Home » , , , , , , , , , , » Koleksi TIPS MEMASAK Bagi IBU BEKERJA

Koleksi TIPS MEMASAK Bagi IBU BEKERJA

KOLEKSI TIPS MEMASAK BAGI IBU BEKERJA

Kalau boleh mudah nak mudah lagi, kalau boleh efisyen nak efisyen lagi, kalau lebih menjimatkan masa nak jimat masa lagi. Itulah yang selalu difikirkan oleh ibu-ibu yang bekerja tentang bab masak-memasak pada waktu hari bekerja. Tidak semua ibu-ibu bekerja yang mempunyai peluang atau masa yang mencukupi untuk memasak setiap hari. Ya, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tapi, dalam kes-kes kalau anda terperangkap di dalam kesesakan lalu-lintas selama berjam-jam sehinggakan tiba di rumah jam 10-11 malam dan suami serta anak-anak dah tidur? Kalau anda bertugas di luar kawasan? Ada ke peluang untuk anda memasak untuk makan malam pada hari tersebut?

Ibu-ibu moden yang bekerja, sibuk dengan tugas hakiki dan tanggungjawab keluarga serta rumah tangga. Bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila ramai yang berkata mereka keletihan atau tidak mempunyai masa menyediakan hidangan di rumah. Wohooo! Jangan panik! Diakui, memang tidak mustahil untuk menyediakan hidangan yang dimasak di rumah walaupun pada hari-hari bekerja yang sibuk tanpa mengorbankan kualiti atau rasa masakan anda. Ini yang Farah nak kongsi ni dengan anda ni, koleksi tips memasak bagi ibu bekerja yang disediakan oleh Prof. Dr. Poh Bee Koon dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia melalui artikel yang dimuatnaik di SINI.

3 Langkah Yang Boleh Dilakukan Bagi Mencapai Misi Memasak


Rancang Lebih Awal

Sediakan menu minggu lebih awal dan pastikan anda membeli semua ramuan yang diperlukan terlebih dahulu. Anda boleh menjadikan pengalaman membeli-belah bahan makanan untuk dimasakkan kepada sesuatu yang menyeronokkan. Pergi membeli-belah bersama anak-anak dan libatkan mereka di dalam proses membeli barangan runcit atau mentah untuk dimasak.

Sediakan Awal

Setelah membeli barang-barang runcit, anda harus luangkan sedikit masa melakukan kerja-kerja persiapan, seperti membersihkan ikan, mengupas bawang putih/bawang merah, mengagihkan ramuan untuk keesokkannya dan lain-lain. Lebih mudah untuk mengatur barang-barang sekiranya anda telah merancang menu anda. Anda boleh menyimpan ramuan bagi menu setiap hari di dalam beg plastik berzip atau bekas. Melabelkannya mengikut tarikh dan menu juga boleh membantu. Dengan cara ini, anda tidak menghabiskan terlalu banyak masa menyediakan ramuan pada hari bekerja dan anda boleh terus memasak.

Berkongsi Beban Kerja

Libatkan kesemua ahli keluarga. Contohnya, anda boleh menyuruh si kecil anda menyiapkan meja makan, anak-anak yang lebih besar boleh diminta untuk membantu menyediakan hidangan mudah, dan pasangan anda boleh menguruskan tugasan lain seperti membasuh pinggan mangkuk. Mengagihkan beban tugas akan membantu menjimatkan masa dan tenaga anda, dan paling baik ia memberi faedah tambahan dengan membolehkan keluarga meluangkan masa bersama.

4 Tips Mudah

3 langkah yang telah digariskan di atas memerlukan sedikit disiplin diri. Namun, terdapat perkara-perkara lain yang anda perlu lakukan untuk membantu anda menyediakan hidangan makan malam untuk keluarga. Berikut adalah tips yang boleh membantu menyelamatkan hari anda! Open-mouthed smile

Hidangan Dalam Satu Periuk

Terdapat bermacam-macam resepi hidangan yang boleh dimasak di dalam satu periuk dan mudah disediakan yang anda boleh dapati melalui internet. Hanya tekan Google untuk mendapatkan hidangan keluarga masakan di rumah yang lengkap, berkhasiat dan enak yang anda boleh masak dalam satu periuk. Untuk lebih cepat, anda boleh sediakan semua bahan pada hari minggu dan simpan di dalam beg penyejuk beku. Ini amat berguna jika anda membeli ramuan mentah dengan banyak memandangkan anda boleh menyediakan segala-galanya pada hari yang sama. Masukkan sahaja kandungan beg penyejuk beku anda ke dalam periuk untuk memasak hidangan apabila anda memerlukannya.

Memasak Perlahan Menjimatkan Masa

Beli periuk masak perlahan. Anda hanya perlu memasukkan bahan sebelum pergi bekerja dan hidangan siap dimasak apabila anda pulang. Alat yang mudah digunakan ini mengambil beberapa jam untuk masak, tetapi prosesnya sering menghasilkan hidangan yang enak yang mengekalkan jus dan rasa enak ramuan-ramuan anda. Cara memasak begini paling sesuai bagi daging yang keras seperti daging kambing atau lembu, tetapi ia juga sangat sesuai untuk memasak ayam.

Tips Tambahan!

Menggunakan pemasa elektrik dengan periuk masak perlahan anda merupakan cara mudah untuk mengawal bila untuk memasang atau memadamnya.

Sediakan Hidangan Lebih Awal

Satu cara berguna untuk mengurangkan masa yang diperlukan untuk menyediakan hidangan pada hari bekerja ialah dengan membuat persiapan pada hari minggu. Malah, anda boleh menambah satu lagi langkah dengan memasak lebih pada hari minggu. Setelah disediakan, anda boleh agih-agihkan ke dalam bekas yang bersesuaian saiz sebelum menyimpannya di dalam penyejuk beku.

Membeli Penyejuk Beku

Jika bahagian penyejuk beku peti sejuk anda terlalu kecil, pertimbangkan untuk membeli penyejuk beku lebih besar yang khusus. Penyejuk beku yang lebih besar bukan sahaja bermakna anda mempunyai lebih ruang untuk menyimpan makanan mentah atau ramuan, tetapi ia membolehkan anda menyejuk beku makanan yang siap dimasak bagi hari-hari yang anda tiada masa untuk masak. Ini termasuk sup, stew, makanan bergoreng, bebola daging, kaserol dan juga roti atau beras.

3 Peraturan Mudah Untuk Diikuti


Sejukkan Makanan Panas Supaya Setara Suhu Bilik Terlebih Dahulu

Menyimpan makanan panas di dalam penyejuk beku boleh menyebabkn suhunya meningkat, maka menjejaskan makanan lain yang disimpan di dalam penyejuk beku. Untuk mencegah pembentukan kristal ais yang besar, sejukkan makanan dengan sempurna dengan menempatkannya di dalam peti sejuk dahulu sebelum disejuk beku.

Labelkan Tarikh Disediakan Pada Bekas Makanan Anda

Ini bagi mencegah anda daripada tersilap mengambil makanan yang disimpan terlalu lama. Bagi ramuan mentah, anda mungkin ingin memasukkan resepi dan cara persediaan untuk mempercepatkan proses memasak.

Guna Makanan Yang Disejuk Beku Dalam Tempoh 3 Bulan Untuk Mendapatkan Rasa/Tekstur Terbaik

Mengambil makanan yang disimpan terlalu lama adalah berisiko disebabkan risiko pencemaran.

Tips Tambahan!

Menyimpan beras di dalam penyejuk beku adalah cara yang berguna untuk menyimpannya lebih lama kerana menyejukbeku sebenarnya membunuh telur kekabuh beras.

Ya, sememangnya terdapat produk-produk yang memudahkan kehidupan anda. Anda tidak perlu menyediakan segala-galanya sendiri daripada bahan asas untuk memasak hidangan yang enak dan berkhasiat untuk keluarga. Sebagai contoh, anda boleh membeli produk yang siap dipotong, sos-sos yang dibotolkan, ayam panggang yang tersedia dimakan dan doh pizza yang siap disediakan. Terpulang kepada citarasa dan cara masing-masing untuk mengendalikan rutin masakan masing-masing. Ini adalah cuma satu bentuk perkongsian yang mungkin boleh mendatangkan manfaat buat semua ibu-ibu di luar sana. Winking smile

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Koleksi TIPS MEMASAK Bagi IBU BEKERJA, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, January 8, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Perkongsian yang bermanfaat. tq sis.

    ReplyDelete
  2. good tips...kalau xwt cmni...lmbt ler mkn malam...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia