Home » , , , , , , » Doh Karipap Yang Jadi PLAY-DOH…

Doh Karipap Yang Jadi PLAY-DOH…

DOH KARIPAP YANG JADI PLAY-DOH...

Macam nilah kan? Bila bekerja dengan adanya anak kecil di rumah? Kita sibuk bekerja, dia pun sibuk juga nak bekerja juga. Silap-silap haribulan boleh tak jadi kerja kalau tak betul-betul… Eye rolling smile… Macam kisahnya petang semalam sewaktu cuacanya sangat-sangat sesuai untuk tarik selimut… Hajat hati nak bawa kuih karipap sebagai bekalan ke pejabat hari ini (nasib jadi juga bawa… ha ha ha… Open-mouthed smile). Makanya, gigihlah menguli doh karipap dalam senyap-senyap di dapur sewaktu ada orang tu sedang leka bermain di ruang tamu. Ingatkan dia tak sedar yang Mommy dia sedang menguli doh karipap di dapur…

Alamak! Surprised smile… perasan rupanya anak manja Mommy ni! Kwang…Kwang…Kwang… Ingatkan nak elakkan dari dia perasan, rupa-rupanya dia perasan. Nak lari mana? Redha jer lah Mommy oiii… Open-mouthed smile Ahaksss… Sepertimana yang dijangka…chef kecil Mommy memang turut sama sibuk mengerjakan doh karipap yang Mommy dah siapkan dalam bentuk bebola-bebola kecil…

DOH KARIPAP YANG JADI PLAY-DOH... 2

Tu diaaa… atas tikar pun jadi ok? Mana sempat jer! Asalkan hati dia rasa happy. Tapi tulah…doh karipap dia jadikan PLAY-DOH. Bukan tak ada set PLAY-DOH yang dia dapat hasil dari advertorial di Bubblynotes.Com dulu… Tapi nak jugaaa… jadikan doh karipap Mommy sebagai PLAY-DOH. Takkanlah nak larang pula kan? Bukannya sesuatu yang berbahaya malahan adalah sesuatu yang positif serta bagus untuk perkembangan semasa dia. Syukurlah pada Allah kerana anak menunjukkan minat untuk belajar dan bereksplorasi selagi boleh dan selagi mungkin dengan apa sahaja yang ada di persekitaran dia. Itu bermaksud, otak dia sentiasa berfikir dan berjalan. He he he…

DOH KARIPAP YANG JADI PLAY-DOH... 3

Gigih dia cuba membentuk setiap nombor-nombor yang ada dalam memori di kepala dia… Open-mouthed smile Ha ha ha…Lepas tu susunnya mesti nak cantik… Iman Firash memang macam tu! Kalau susun satu-satu benda tu mesti nak lurus, mesti nak selari, mesti nak cantik-cantik…mesti nak sejajar…Kalau tidak! Itu boleh menimbulkan amarah Angry smile dan mulalah dia bising sebab tak seperti hasil yang dia mahukan.

DOH KARIPAP YANG JADI PLAY-DOH... 4

Perasaan besar hati tu toksah cakaplah kannn? Bila dah siap dialah orang yang paling berbangga dengan pencapaian diri sendiri. Smile with tongue out. Yang Mommy ni pun, dok pujilah punya puji punya puji. Bagi semangat katanya…

DOH KARIPAP YANG JADI PLAY-DOH... 6

DOH KARIPAP YANG JADI PLAY-DOH... 5

Elok-elok dari ada 20 ketul kuih karipap yang Mommy nak buat, tinggal 19 ketul jer! Ha ha ha… Winking smile… Biasalah tu kan? Adat bila ada anak kecil, memang kena expect such things will happen… Betul tak?

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Doh Karipap Yang Jadi PLAY-DOH…, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, December 14, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Alahai.. kreatifnya dia.. hehehe..
    Doh karipap pun jadi ye.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Alahai..comelnya..boleh goreng sekali.lah nombor ash tu..😂😂😂

    ReplyDelete
  3. Jadi education play doh pun boleh..huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia