Home » , , , , , , , » Kelebihan ANAK LELAKI RAPAT Dengan Ibunya?

Kelebihan ANAK LELAKI RAPAT Dengan Ibunya?

KELEBIHAN ANAK LELAKI RAPAT DENGAN IBUNYA

Orang kata, kalau boleh anak-anak biarlah sama timbang taranya kerapatan hubungan mereka di antara ibu dan bapa. Bila sama timbang tara, barulah seimbang. Si ibu tak sentap, si bapa tak berkecil hati. Barulah tak berebut claim kata, anak lebih rapat dengan ibu, anak lebih rapat dengan bapa. Kebiasaannya, masyarakat sekeliling sinonim sangat dengan anggapan anak perempuan akan rapat dengan bapa, anak lelaki akan rapat dengan ibu. Itu memang menjadi satu cakap-cakap umum dan itu sememangnya banyak berlaku. Akan tetapi tidak dinafikan bahawasanya, ada situasi yang mana anak-anak akan sama rapatnya dengan kedua-dua ibu bapanya. Tak ada unsur berat sebelah dari pihak anak. Sama rata jer dia rapat dengan ibu bapanya… Cumanya, yang banyak berlaku ialah, anak akan rapat di antara salah satu, iaitu sama ada ibu ataupun bapa. Kannn? Farah sendiri sewaktu kecil lebih rapat dengan Atuk Firash. Akan tetapi, semakin lama semakin dewasa semakin rapat dengan Nek Ma Firash. Yang Farah pandang adalah, sebenarnya faktor rapat tak rapat ni berubah-ubah mengikut keadaan semasa yang benarnya. He he he… Laughing out loud.

Farah terbaca satu artikel di SINI yang Farah rasakan agak menarik untuk dikongsikan di dalam entri pada kali ini, sebagai bahan bacaan ibu bapa. Dikatakan anak lelaki yang tidak dekat dengan ibunya cenderung untuk lebih agresif dan destructive. Apabila seseorang anak lelaki itu rapat dengan ibunya terdapat beberapa kelebihan yang mana kelebihan-kelebihan yang telah dikongsikan menerusi artikel tersebut adalah seperti yang disenaraikan di bawah:

Kecerdasan Emosi Dan Empati

Apabila seseorang anak lelaki itu rapat dengan ibunya, seseorang anak lelaki itu bebas untuk mengenali emosi sendiri dan mengekspresikan emosi sendiri. Kelak, dia sendiri boleh mengetahui rasa tidak selesa yang dirasakan oleh diri mereka. Sama juga halnya ketika mereka melihat orang lain sedang merasakan emosi tertentu, mereka akan mudah untuk merasa empati disebabkan mereka memahami bagaimana perasaan orang lain yang berkaitan.

Menjadi Seorang Pasangan Yang Penuh Dengan Empati Kepada Keluarga

Menurut Dr. William Pollack, seorang professor di dalam bidang psikologi dari Universiti Havard, anak lelaki yang rapat dengan ibunya tidak akan menolak untuk membantu kerja-kerja rumah seperti memasak, membersihkan dan menggantikan lampin pakai buang bayi tanpa merasakan itu adalah perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. He he he, orang perempuan memang suka dengan lelaki yang mempunyai ciri-ciri macam ni kan?

Peluang Untuk Lebih Berjaya Di Dalam Pekerjaan

Dengan keadaan ekonomi pada masa kini yang lebih sukakan pekerja yang mempunyai kemampuan komunikasi yang kuat dan kecerdasan emosi yang tinggi berbanding kemampuan fizikal atau skil kepimpinan ala-ala pejuang. Dikatakan sekiranya seseorang anak lelaki itu lebih rapat dengan ibunya, ianya akan mampu menguasai skil komunikasi yang baik dan mempunyai kecerdasan emosi yang sangat tinggi yang dapat membantu mereka menjadi seseorang yang lebih berjaya di dalam pekerjaan.

Memiliki Fahaman Yang Seimbang Mengenai Maskuliniti

Anak-anak yang biasa rapat dengan ibunya akan memiliki pandangan yang berbeza mengenai maskuliniti. Mereka memandang sifat ini dengan lebih seimbang dan tentu sahaja berbeza dari persepsi tradisi yang mana seseorang lelaki itu harus selalu kelihatan kuat dan tidak boleh menangis.

Peluang Untuk Lebih Menyerlah Di Dalam Akademik

Melalui satu kajian yang melibatkan 400 orang anak-anak di usia sekolah menengah di sebuah sekolah di New York, ianya mendapati bahawa anak lelaki yang memiliki hubungan yang rapat dengan ibunya terbukti tidak mudah menjadi cemas atau mengalami masalah depresi. Selain itu, mereka juga sering mendapat keputusan yang baik di dalam bidang akademik jika dibandingkan dengan rakan sebaya yang tidak rapat dengan ibu mereka.

Jadi, janganlah pandang sebelah mata, lelaki yang merupakan anak mak ni ya? He he he… Yang pentingkan, sebenarnya, apa pun jantina anak-anak kita, anak-anak seharusnya sememangnya dekat hubungannya dengan ibu bapa. Kannn?

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kelebihan ANAK LELAKI RAPAT Dengan Ibunya?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, November 12, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Farah,
    Terima kasih, saya dah baca.

    Senang2 jengoklah:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. setuju.. children bila rapat dengan parents senang nak discuss problem..tak la terlalu terikut dengan peer pressure

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY