Home » , , , , , , , , , » Selamat, Mudah & Pantas Urusan Pembelian Atas Talian Dengan VISA CHECKOUT

Selamat, Mudah & Pantas Urusan Pembelian Atas Talian Dengan VISA CHECKOUT



Setiap kali sesi membeli-belah melalui atas talian atau kebiasaannya disebut serta dikenali umum sebagai online shopping, perkara yang paling macam pfffttt...Kenapalah setiap kali membeli atas talian, setiap kali bila tiba di bahagian pembayaran macam rasa jemu, letih nak menaip macam-macam jenis maklumat yang diperlukan. Setiap kali membeli, setiap kali tu jugalah perlu menaip segala bagai informasi mengenai kad debit atau kad kredit sebelum pembayaran diproses.
 
Ermmm, ada tak caranya untuk meringkaskan serta memudahkan proses pembelian atas talian ini tetapi selamat? Ada ke tak? Tiba-tiba Farah terfikir... Kalau benar-benar ada, memang itulah yang Farah tercari-cari selama ini! Tak perlu nak jadi kompleks sangat bila setiap kali melakukan pembelian atas talian. Kalau boleh nak macam ala-ala digital wallet services seperti PayPal. Yang mana, untuk pertama kali kita cuma perlu daftar, kemaskini segala jenis maklumat yang diperlukan dan daftarkan sebarang kad debit atau kredit untuk instant access.
 
Rupa-rupanya memang ada... ia dinamakan sebagai VISA CHECKOUT... Konsepnya adalah sama seperti digital wallet services seperti PayPal yang Farah nyatakan di atas dan apabila kita melayari laman web yang menyediakan perkhidmatan VISA CHECKOUT, kita dengan mudahnya cuma perlu klik pada LOGO VISA CHECKOUT untuk melakukan pembayaran ke atas barangan yang kita beli melalui atas talian tersebut.

Jika anda dapat lihat, logo VISA CHECKOUT yang dimaksudkan oleh Farah adalah sepertimana yang Farah paparkan di atas yang dapat anda lihat di dalam seleksi cara pembayaran atas talian untuk setiap pembeli atas talian. Itulah dia logonya untuk VISA CHECKOUT yang bakal memudahkan hidup semua orang.... Muahahaha...
 
Mungkin ada yang masih tidak dapat gambaran yang sebenar tentang VISA CHECKOUT ini dan mungkin juga ada yang beranggapan ianya masih sama seperti proses pembayaran atas talian sedia ada dengan menggunakan kad debit atau kad kredit. Cuma nama produk jer lain... Takkkk.... Jika penjelasan Farah di atas agak mengelirukan anda atau mungkin anda kurang faham... Farah jelaskan sekali lagi di sini bahawa VISA CHECKOUT adalah perkhidmatan pembayaran pantas dan mudah yang membolehkan pengguna membayar untuk barangan dalam talian dengan mana-mana peranti dengan hanya beberapa klik. VISA CHECKOUT membantu mengatasi kesukaran pembeli dalam talian dan mudah alih dengan MENGURANGKAN JUMLAH LANGKAH yang diperlukan untuk melengkapkan sesuatu pembayaran atas talian.
 
Contohlah contoh yer Farah cuba tunjukkan di sini supaya anda lebih faham dan jelas... Katakan, Farah ingin melakukan pembelian di atas talian, contohnya di laman web Superbuy.


Farah pergi ke laman web yang berkenaan, kemudiannya, Farah pilih produk apa yang Farah nak beli. Contohnya seperti di bawah, Farah memilih untuk membeli produk yang dipaparkan di dalam gambar di bawah:
 
 
Seperti proses pembelian atas talian yang lain, Farah perlu Add To Cart sebelum proses Check Out dan juga pembayaran.
 

Dan seterusnya, apa yang perlu Farah lakukan adalah klik pada Checkout Now yang mana ianya akan membawa Farah ke satu halaman lagi di mana, di halaman tersebut akan terpapar seperti gambar yang di bawah ini pula:
 


Ini adalah halaman di mana anda perlu memilih bagaimanakah cara pembayaran atas talian yang anda ingini. Dulu sebelum kenal dengan VISA CHECKOUT ni, macam biasa, pilih pilihan yang ada yang tersenarai di bawah halaman tu... Inilah di mana, bila anda pilih salah satu cara pembayaran melalui senarai yang anda nampak di barisan terakhir tu yang memerlukan anda menaip satu persatu maklumat perbankan dan juga kad debit atau kad kredit anda sebelum pembayaran anda dapat diproses.
 
Nampak tak logo VISA CHECKOUT tu? Untuk pembayaran sepantas kilat! Silalah klik pada logo VISA CHECKOUT itu yer kawan-kawan. Perlu ada kad kredit baru boleh guna perkhidmatan VISA CHECKOUT? TIDAK SEMESTINYA!!! PERKHIDMATAN VISA CHECKOUT ADALAH BERFUNGSI UNTUK SEMUA JENIS KAD DEBIT DAN KAD KREDIT UTAMA. Makanya, jika anda tidak mempunyai kad kredit pun tak mengapa, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan VISA CHECKOUT untuk memudahkan urusan pembelian atas talian anda. Lagipun, perkhidmatan VISA CHECKOUT ini boleh digunakan ke atas kesemua gajet yang mempunyai akses ke laman web... Boleh guna pada telefon pintar, tablet ataupun komputer.
 


Setelah Farah klik pada logo VISA CHECKOUT tersebut, ia akan membawa Farah ke satu halaman baru sepertimana yang dapat anda lihat pada gambar yang dipaparkan di atas. Untuk menggunakan VISA CHECKOUT, pengguna hanya perlu memasukkan 'username' dan log-masuk untuk membuat pembayaran tanpa perlu memasukkan nombor kad kredit 16-digit dan tarikh akhir di setiap urusan pembelian. Tak perlu nak isi macam-macam jenis maklumat lagi dah. Mudah pun mudah, ringkas pun ringkas. Tak perlu nak melalui semua hassle setiap kali beli setiap kali nak mengisi banyak maklumat dan terpaksa keluarkan kad debit atau kad kredit sebab tak ingat nombor kad dan sebagainya. Tapi jika anda belum lagi mendaftar dengan VISA CHECKOUT, anda klik pada bahagian yang berwarna kuning tu iaitu Baru dengan VISA CHECKOUT.


Dari halaman tadi, setelah anda klik Baru dengan VISA CHECKOUT ia akan membawa anda kepada halaman di mana anda perlu mengisi butiran kad debit atau kad kredit anda dan juga beberapa maklumat yang lain yang diperlukan. Isi sekali jer...Tak perlu isi banyak-banyak kali dah. Selepas ni cuma perlu masukkan username dan log masuk sahaja...


Tu dia... dengan gambar kad sekali dia bagi ok... Bila dah lengkap segala ni, memang mudah jer proses pembayaran, sebab cuma perlu klik untuk membayar dengan VISA CHECKOUT dan masukkan username kemudian log masuk... Ia akan terus membantu anda untuk memproses bayaran dengan cepat, selamat dan pantas...
 

Tunggu sehingga kod MSOS dihantarkan ke telefon bimbit anda, kemudian masukkan... Tadaaaa... Selesai sudah urusan pembayaran atas talian setelah anda diberikan notifikasi bahawa pembayaran anda telahpun selamat diterima.




Tinggal tunggu barang dapat jer ok?

  • PEMBAYARAN DAN MAKLUMAT PENGHANTARAN ANDA DISIMPAN JADI TIDAK PERLU BUANG MASA.
  • CUMA GUNAKAN KAD DEBIT ATAU KAD KREDIT SEDIA ADA SAHAJA.
  • PEMBELIAN ATAS TALIAN MENGGUNAKAN VISA CHECKOUT BOLEH DILAKUKAN MELALUI KOMPUTER, TABLET DAN JUGA TELEFON PINTAR.
Pada masa kini, pihak VISA CHECKOUT telah menjalankan kerjasama dengan lebih 200 MERCHANT ATAU PENIAGA UTAMA di Malaysia sebagai sebahagian daripada penyedia perkhidmatan VISA CHECKOUT di peranti mereka. Antaranya, kini VISA CHECKOUT diterima oleh peniaga dalam talian di Malaysia seperti Malindo Air, GSC Cinema, Superbuy.com, SweetSpot Digital, Little Whiz, Twenty3, Avenue86 dan CUTI. Untuk senarai penuh kesemua peniaga dalam talian dengan VISA CHECKOUT, anda boleh merujuk kepada https://checkout.visa.com/shopping/index.jsp?country=MY&locale=en_MY.

Untuk Maklumat dan Informasi Lanjut:

Sekiranya terdapat sebarang soalan atau pertanyaan, sila hubungi VISA CHECKOUT:

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Selamat, Mudah & Pantas Urusan Pembelian Atas Talian Dengan VISA CHECKOUT, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, August 25, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. baru taw pasal visa check out.. mudah laa utk org yg slalu sgt online shopping kan..:)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY