1996 Sehingga Kini, Senarai Kanak-Kanak Yang Pernah Dilaporkan Hilang...

Farah Waheda Wahid
0
Sumber dari SINI
1996: Kehilangan Ting Song Seng (9 Tahun)
Hilang ketika menunggu bas di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Taman Rasah, Klang, untuk pulang ke rumah pada 15 Januari 1996 dan dia masih gagal ditemui sehingga sekarang. 

2007: Kehilangan Nurin Jazlin Jazimin (8 Tahun)
Hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Sekyen 1, Wangsa Maju. Mayatnya yang tidak berbaju dipercayai mangsa deraan seks ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007. Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui. 

2008: Sharlinie Mohd Nashar (5 Tahun)
Hilang pada 9 Januari 2008 ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya. Sharlinie masih gagal ditemui sehingga ke hari ini. 

2008: Muhamad Asmawi Jalaludin (11 Tahun)
Hilang pada 9 Mac 2008 ketika pulang dari taman permaianan berdekatan dengan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi. Dia belum ditemui hingga kini. 

2012: Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang (5 Tahun)
Hilagn pada 1 Mac 2012 dari rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Johor Baharu, ketika keluar ke kedai pada 10.30 pagi. Mayatnya ditemui pada 8 Mac, rentung dalam lubang di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai. Seorang buruh, Muidin Maidin, 26, didapati bersalah membunuh mangsa antara 1 Mac dan 2 Mac 2012 dan dijatuhi hukuman sampai mati. 

2013: Freddie Joseph (1 Tahun 8 Bulan)
Diculik dari rumah ibunya di Bangsar pada 8 November 2013 dan dijumpai keesokan harinya bersendirian dalam keadaan lapar dan letih di Taman Tasik Titiwangsa oleh pemandu lori dan pemandu teksi kira-kira 12:55 tengah hari. 

2014: Mohd. Shariqal Sidek (3 Tahun)
Hilang pada 21 November 2014, ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon, Beaufort, Sabah. Dia ditemui mati, dipercayai dibunuh berhampiran Sekolah Menengah St. John, dua hari kemudian kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dilaporkan hilang. 

Terkini... 

2016: Noor Amila Edrus Norsham (5 Tahun)
Mayat Noor Amila Edrus Norsham, yang dilaporkan hilang di Jinjang Utara sejak lapan hari lalu iaitu 11 Ogos 2016, dijumpai dalam keadaan menyayat hati dengan kepala terpisah dari badan dalam semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, hari ini.

Sumber dari SINI

Salam takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga yang terlibat. :'(. Semakin hari semakin ramai kes kehilangan kanak-kanak... Nauzubillah... Moga Allah SWT melindungi anak-anak kita... Risau betul dengan zaman kini... Sehinggakan memang tak mampu nak lepaskan dia dari pandangan mata dan dari pemantauan walau sesaat pun walau di mana-mana jua...Sampaikan dapat label overproctective dan overpossesive secara percuma...Hu hu hu... Tapi sungguh memang tak boleh nak lepaskan bebas macam tu jer...mesti nak kena ada depan mata juga...  

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !