Home » , , » Nescafe Latte Caramel... Sedap Ke???

Nescafe Latte Caramel... Sedap Ke???



Sebagai penggemar apa sahaja yang berkaitan dengan karamel, memang setiap apa yang berkaitan dengan karamel, Farah tak pernah melepaskan peluang untuk merasa dan mencuba. Jika ok, oklah... Jika tak ok, tak oklah... Bukan apa nak rasa jer... Kalau kena pada tekak tu, akan berterusan atau berulang lagi... Kalau kurang memikat selera tu, mungkin itu yang pertama dan terakhir. :-). Ini sekadar pandangan peribadi Farah dan bukannya semua orang, dan ini mungkin apa yang Farah rasakan secara individu. Bukannya semua orang. "Taste buds" kita berbeza-beza, tidak serupa. Mungkin Farah begini, anda pula merasakan begitu. Dan ini bukannya entri bertujuan nak mempengaruhi orang lain, sekadar berkongsi apa yang Farah rasa jer.

Setakat ini, yang "unbeatable" pada Farah minuman kopi berasaskan karamel adalah "Caramel Frappucino" dan juga "Caramel Machiatto" dari Starbucks. Yang kedua di dalam tangga pilihan Farah adalah "Ice Blended Caramel" dari Coffee Bean. Diingatkan sekali lagi, ini adalah "personal preferences" Farah yer. Bukan melibatkan sesiapa pun. Kalau dapat minum... Ya Allah... Nikmatnya... Ha ha ha... Tiba-tiba terbayang-bayang... Siapa nak belanja ni? :-P... 

Tiba-tiba Nescafe ada keluarkan iklan Nescafe Latte Caramel... Teringin pula nak mencuba...:-). Manalah tau kot-kot kalau kena dengan selera boleh lebih kerap minum minuman kopi berasaskan karamel kan? Wink wink wink... Itu penting dan juga merupakan ilham serta penggerak ketika melakukan sesuatu kerja tu. Terutama-tama kalau buat "Minutes of Meeting" ... Ha ha ha... Itulah tabiinya... Mesti nak minum sesuatu yang berasaskan karamel. 



Nyummeh! Tazzabar dah ni nak mencuba... Ha ha ha... Jakun ke? #ehhh taklah, cuma teruja jer... :-). Nak tau hebat tak rasanya? 



Dah bancuh dengan jayanya dan dah selamat mengalir di dalam tekak dah pun. Hasilnya? Bagi Farah-lah kannn??? Ermmm... Kurang kena pada tekak Farah... Macam masih ada sesuatu yang kurang dan tak kena di situ. Ini yang Farah rasa ok? Orang lain tak taulah... Mungkin Farah jer rasa begitu. Masih boleh Farah minum bukan tak boleh. Tapi macam kurang umpphhh sikit bagi Farah sebab Farah rasa, rasa Nescafe tu lebih pekat dari karamel. Hu hu hu... Mungkin sebab Farah bukan peminum Nescafe yang tegar kot? 

Ada satu lagi perisa iaitu Nescafe Latte Mocha... Macam nak cuba juga tu. Nak rasa macam mana pula. Mungkin Nescafe dan Mocha tu kena kot? Ngeee... 

Anda bagaimana? Dah cuba? Bagaimana pandangan anda pula? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Nescafe Latte Caramel... Sedap Ke???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, April 15, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY