Sumber diubahsuai dari Google
Waktu hari bekerja memang masa itu adalah sangat terhad untuk Ash dan Farah. Bukan Farah sahaja, mana-mana ibu bapa yang bekerja semuanya begitu kan? Waktu adalah sangat terhad bagi kita pada waktu hari bekerja. Kadang-kadang bukan anak-anak jer yang rasa tak puas bertemu muka atau bergurau senda dengan kita, kita sendiri pun merasakan begitu sebenarnya.

Walaupun tidak dizahirkan selalu, walaupun tidak dizahirkan secara terang-terangan. Namun hati kita merasa. Bagi ibu-ibu bekerja, ada yang berkeinginan untuk bekerja dari rumah atau menjadi surirumahtangga sepenuh masa kerana terlalu ingin melihat anak-anak membesar di hadapan mata sendiri dan tidak mahu ketinggalan setiap detik indah itu. Akan tetapi apakan daya, macam Farah ni, nak tak nak terpaksa bekerja juga demi mencari rezeki sesuap nasi. Bagi yang mampu tu, tahniah! Nikmatilah “moment-moment” indah anak membesar di hadapan mata anda. 

Tertarik dengan perkongsian artikel yang Farah baca pagi ini di SINI mengenai beberapa perkara yang kita tidak sepatutnya marahkan anak-anak kecil kita sebagai ibu bapa… Secara tidak langsung ia juga memberi peringatan kepada diri Farah sendiri sebenarnya dan tidak salah rasanya jika Farah juga berkongsi dengan pembaca Bubblynotes.Com apakah yang dikongsikan oleh artikel tersebut… 

Apa perasaan anda apabila ditinggalkan sepanjang hari oleh seseorang tetapi dimarahi atau tidak diendahkan apabila berjumpa? Tentu sedih kan? Itulah perasaan yang dialami oleh anak anda jika mereka tidak diendahkan apabila anda pulang dari kerja. Sampai rumah, sibuk dengan hal sendiri… 

Bayangkan dia dengan gembiranya berjalan terkedek-kedek kea rah pintu rumah semata-mata hendak menjadi orang pertama menyambut kepulangan ibu atau bapa atau akan mengetuk pintu bilik air dengan sekuat hati sambil memanggil “Mommy”… Alahaiiii… Sebak pula terasa hati…Ha ha ha… Semuanya itu bukan sebab anak anda terlalu manja atau tidak boleh langsung berenggang dengan ibu. Rindu ok? Rindu…

Kalau anak melakukan hal-hal berikut jangan terlalu cepat hendak melantun atau melenting. Cuba tarik nafas dalam-dalam dan belajar bersabar. Mungkin ini caranya hendak menyatakan kasih sayang anda.

Banyak Bertanya
Bersyukurlah kalau anak anda jenis suka bertanya banyak soalan. Jangan cepat herdik atau menyuruhnya diam. Layankan sahaja soalan daripadanya. Sebenarnya anak anda sedang cuba mendapatkan perhatian daripada anda. Mungkin ketika itu anda terlalu sibuk dengan kerja sendiri sehingga mengabaikan dirinya.

Bermain Dengan Makanan
Secara spontan anda pasti akan menjerit apabila melihat si kecil sudah comot satu muka dengan makanan yang anda hidangkan kepadanya. Tetapi jika anda boleh bertenang sekiranya berhadapan dengan situasi ini, ketahuilah yang anak anda sebenarnya seorang yang bijak.

Dia sedang membuat eksperimen dan mengekplorasi dunia. Perasaan ingin tahu anak terlalu tinggi hingga membuatkan dia terasa hendak mencuba sesuatu yang dirasakan menyeronokkan. Itu namanya dia sangat sayang kepada anda. Anak anda sangat menghargai hidangan makanan yang ibunya sediakan. Bila mampu berfikiran sedemikian, barulah anda dapat mengawal diri dan tidak menjerit marah kepada si comel.

Membaling Objek
Pernahkah anda mengalami situasi dibaling objek seperti botol susu? Telefon bimbit? Alat kawalan jauh televisyen? Dan sebagainya oleh si kecil? Kalau ikutkan hati mahu sahaja anda pukul, tetapi bila melihat wajah comel yang tidak bersalah terpaksalah anda mengawal perasaan geram dan sakit. Ia sebenarnya salah satu cara anak kecil mengekspresi perasaan sayangnya kepada ibu atau bapa.

Mungkin juga anda tidak mengendahkan anak walaupun dia bercakap atau mengajak bermain bersama. Sebaiknya anda beritahu anak jangan ulang perkara itu lagi dan dalam masa yang sama ajarkan dia cara yang betul untuk memanggil orang lain.

Menunjukkan Kreativiti
Kadangkala sudah puas anda memuji dan menyatakan kekaguman atas hasil lukisan atau kerja kreatifnya tetapi dia tetap bertanyakan sama ada cantik atau tidak? Anak anda sebenarnya sedang mencari keyakinan diri. Pujian anda memberikan dia keyakinan untuk menajdi yang lebih baik. Sekurang-kurangnya dia akan berasa bangga kerana hasil usahanya melukis objek yang sudah tentu diri anda mendapat pujian.

Bermain Bersama
Adakalanya anak suka mengajak anda bermain dengannya. Janganlah anda menolak ajakan anak. Sesekali apa salahnya layan dia bermain walaupun anak perempuan anda mengajak si bapa bermain masak-masak atau mekap-mekap sementara anak lelaki pula mengajak ibu bermain bola. Itu tandanya anak sangat sayang akan ibu dan bapa dan ingin memasukkan anda dalam watak alam permainannya.

Buat Ragam
Di kala anda sedang mengejar masa, anak pula buat hal seperti enggan turun dari kereta apabila sudah sampai ke taska atau tertinggal barang sekolah dan menangis dalam perjalanan dan bermacam ragam lagi. Semuanya dilakukan semata-mata mahukan perhatian dan masa yang lebih bersama anda.

Jadi janganlah segera menghukumnya kerana ia hanya akan menambahkan lagi kesedihannya. Pujuklah dan cakaplah dalam nada yang lembut supaya anak belajar memahami situasi anda. Sebenarnya itu salah satu cara si kecil menunjukkan kasih sayang. Jadi, janganlah marah atau tempelak anak anda. Biarpun penat atau letih sekalipun, lemparkan senyuman dan hulurkan tangan untuk memeluk mereka. Pasti anak akan berasa bahagia dan tidak kehilangan. Anda pasti akan merindukan saat ini apabila anak semakin membesar nanti. Zaman kecil anak terlalu cepat berlalu, jadi nikmati ia sementara berpeluang.

1 comments Blogger 1 Facebook

  1. memang tak patut marah, tapi tak patut juga biar...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top