Terasa seakan masuk ke kelas belajar memandu semula pula! :-)... Ahaksss... seisi kereta macam bergegar dengan ledakan gelak dengan perkataan spontan yang keluar dari mulut Iman Firash. Aduhaiii Ash oh Ash... Pecah perut Nek Ma dan Mommy oiii... Sambil menaip entri ni pun sambil tersenyum-senyum sendiri. 

Cerita petang Sabtu, sewaktu dalam perjalanan pulang dari cuci-cuci mata di AEON Mall Shah Alam yang baru saja dibuka operasinya pada 10 Mac 2016 yang lepas. Bukannya membeli apa punnn... Saja bawa Ash berjalan-jalan sambil-sambil nak "reccee" lah apa yang menarik di situ. Waktu dalam perjalanan pulang tu, memang akan melintasi TESCO, yang terletak di kawasan perumahan Farah tu. 

Terus jer... Tak menyanggah pun ke TESCO kerana tiada keperluan untuk singgah. Ash biasalah, mana boleh tak singgah TESCO kalau dah nampak TESCO tu dengan mata dia. Entah apa yang dia minat sangat dengan TESCO tu, tu Farah pun kurang pasti. Dia bukan nak apa pun, sekadar nak singgah, ambil bau TESCO iaitu bawa dia pusing-pusing sikit dalam TESCO tu pun dah cukup memadai. Ha ha ha, kesan bila masih dalam hari dah berjalan ke TESCO dulu kot? 

Bila dah terus jer dan buat tak tau dan tak singgah, makanya adalah ruangan yang kedengaran di dalam kereta. Arahan Nek Ma dia berbunyi..."Dik, pusing balik dan sehinggalah sekejap, kesian dia..."... Wahbah ruangan itu berjaya melembutkan hati Nek Ma dia! Wakakakaka... Pusing jer kereta, diam! Tak ada ruangan lagi! Yang ada cumalah aksi mengelap air mata yang boleh mencairkan hati sesiapa yang melihatnya. Alaaa, kesian dia. 

"So? Here is the funny part and made Mommy feel as if" masuk ke kelas memandu semula, bila secara tiba-tiba ada cikgu memandu cilik yang memberi arahan sewaktu menunggu giliran di simpang empat untuk membelok ke arah TESCO. Sewaktu tu, memang sedang siap-sedia nak tekan minyak sebab memang selepas berlalunya sebiji kereta tu dah boleh masuk. Lepas kereta tu melepasi kami jer... #ehhh tiba-tiba ada budak tu berbunyi... "Ashook... Ashook!!!" ~ Masuk-masuk! Katanya... Adoiii lahaiii...Ash, macam mana lah tak pecah gelak? 

Pandai dah bagi arahan pemanduan pada Mommy yer? Nampak gayanya, lepas ni akan ada "co-pilot" dalam kereta yang akan sentiasa memberi arahan pada bila-bila masa Farah sedang memandu nih... :-). Alahaiii...makin banyak perkataan, makin lucu dan makin kerap tergelak dengan telatah dia... Kalau dah lancar betul-betul ni, mau lagi macam-macam Ash ni... :-P... Bersedia jer lah... Ha ha ha...

2 comments Blogger 2 Facebook

  1. X lma lgi jdi tuitor mommy la ash ni hihihi

    ReplyDelete
  2. Lepas ni ash dah tak payah nangis terus je cakap kat mommy...hihi...mommy pun dah tak boleh buat2 tak faham...kihkihkih...budak cumil fanatik tesco...siapa dia...sila angkat tangan....hihi....

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top