Ulser Mulut Kanak-Kanak ¦ Patutlah Dia Tak Nak Makan

Farah Waheda Wahid
10

Dua tiga hari yang lepas, Nek Ma Ash ada mengadu yang Ash mogok makan nasi. Tiada perkara yang asing kot? Sebab memang akan ada masa-masa selera Ash untuk nasi tidak terbuka. Bukan kali pertama berlaku. Dia mungkin bosan bila hari-hari dah makan nasi kan? Mungkin seleranya pada makanan lain. 

Ingatkan macam tu lah. Tapi sesuatu seakan tak kena! Sebabnya biasanya bila dia tak nak makan nasi, dia akan makan segala bagai makanan lain. Kali ini? Dia cuma akan makan "mashed potato" sahaja. Bukannya sehari tetapi berlarutan sehingga hari kedua dan ketiga. Sangat-sangat sesuatu nih! Puas lah Mommy, Nek Ma dan Atuk pujuk dia makan oiii... Tetap macam tu juga. 

Sabtu... sewaktu membeli stok ikan untuk minggu ini, sewaktu penjual ikan sedang menyiapkan bungkusan ikan-ikan yang dibeli, sewaktu dukung dia, tiba-tiba ternampak " mata ikan" tu di tepi bibir bahagian atas. Yang nampaknya satu jer. Besar... pada penglihatan memang nampak satu jer. Automatik otak menghantar impuls bahawasanya itulah penyebab dia tak nak makan. 

Terus hantar ikan-ikan balik ke rumah supaya tidak busuk, dan terus ke klinik. Tangkas Mommy kan? Ha ha ha... Dah biasa dah. Kalau Ash tak sihat, memang tak pernah tunggu-tunggu dan tengok-tengok, terus jer bergegas untuk mendapatkan rawatan untuk dia. Biarlah sekecil mana pun kannn? Mommy tetap akan cuba membantu untuk merawat dengan sebaik mungkin walaupun makanya ini bukanlah seorang doktor pun. Ibu-ibu memang begitu yer tak? Bila apa pun jadi kat anak, walau sekecil mana pun, akan tetap hati tu bergoyang-goyang atau terusik. 

Nak kata dia kurang minum air suam? Memang taklah, sebab dia memang penggemar tegar air suam. Mungkinlah faktor cuaca panas sekarang ni kot? Boleh jadi juga kan?

Sumber dari Google
Kalau dah laju bertutur mungkin dia akan mengadu yer tak? Sepertimana gambar di atas ni. Hu hu hu... padanlah dia kadang-kadang, menangis secara tiba-tiba dua tiga hari ni. Agaknya mungkin lebihlah pada dia tu. Maafkan Mommy sebab tak terfikir yang mungkin Ash mengalami ulser mulut sebelum ni.

Menurut apa yang Farah pernah terbaca di dalam satu artikel mengenai kesihatan dahulu, punca sebenar kepada ulser mulut adalah tidak diketahui tetapi mungkin terjadi disebabkan oleh beberapa perkara seperti stres, perubahan hormon, jangkitan (infeksi), kekurangan zat makanan, alahan, radioterapi dan juga kimoterapi. Tak kan Ash stres kot? @_@... Dan tanda-tandanya adalah sebenarnya apabila rasa membakar di dalam mulut, kesakitan, tidak selesa, hilang selera makan dan demam. Di dalam kes Ash ni, dia masih aktif seperti biasa, cuma tulah tak nak makan sangat selain dari "mashed patto".

Sewaktu doktor memeriksa Ash tu, dia periksa seluruh bahagian mulut dan juga tekak. Seksa ko nak periksa tu. Ha ha ha... ko rasa kenapa? Sebab Ash tak mahu diperiksalah, mana nak duduk diam. "No, no,no..." katanya. Terpaksalah Mommy ni jadi tukang pegang. Sebelah tangan pegang kedua-dua tangan, sebelah lagi pegang dahi sementara keadaan tubuh dia tu menghadap doktor dan di duduk di atas riba Mommy.

Alhamdulillah, memang benar tak ada tempat lain yang diserang dengan ulser mulut tu. Tu jerlah satu-satunya di tepi bibir atas yang besar tu. Doktor tak beri antibiotik dahulu kerana ianya tidaklah seserius mana, tetapi Ash dibekalkan dengan Oral Aid untuk disapu sebanyak 3 kali sehari. Nak menyapu tu pun satu cabaran juga tu. Ha ha ha. Bukan senang oiii, tapi nak tak nak adalah tetap perlu kalau nak sembuh kan?

Sumber dari Google
Mungkin kalau tak pergi klinik pun boleh kot? Sebab ada cara alternatif bagi nak merawat ulser mulut tu. Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh tiga ke empat hari, tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Kalau nak rawat sendiri sebenarnya ada beberapa petua:

Air Garam
Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser. Pasti pedih kannn??? Untuk Ash memang tak sesuailah kot di umur ini.

Air Kelapa
Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.

Marjerin
Mungkin ramai tidak tahu marketing berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.

Madu
Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan,

Soda Penaik
Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan campuran bersama sedikit air suam, ia boleh diletakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.

Kasihan bila yang terkenanya adalah anak kecil. Mujurlah satu jer dan tidak berderet-deret. Kalau tidak mau bengkak juga mulut tu. Moga-moga cepatlah sembuh yer Ash? :-). 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sian plak...tp biasa budak sekejap je...org dewasa tak seminggu tak sah..

    ReplyDelete
  2. Alahai kesiannya...kita pun akan rasa sakit..inikan pulak budak kecik

    ReplyDelete
  3. Kesiannya Ash kena ulser..Get well soon dear...

    ReplyDelete
  4. Orang dewasa kena ulser pun terasa seksa mommy...inikan pula anak kecikkan...yang ada makan ais krim vanilla...sambil makan...sapu sikit pada ulser..

    ReplyDelete
  5. kita yang dewasa ni pun kalau kena terasa seksa ni kan pulak anak kecik tu kan. Nasib baik la Ash xde meragam. Dah besar kan, Sarah ckp baik2 je ye Abg Ash

    ReplyDelete
  6. ulser nih kna kat kta pun memang rsa geram ja..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sudi berkongsi...harap lebih bnyk perkongsian ye...

    ReplyDelete
  8. Oral aid rase lg sesuai utk orng dewasa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !