Home » , , , , , » Teknik Cantikkan Kepala Bayi???

Teknik Cantikkan Kepala Bayi???

Sumber dari Google
Struktur kepala bayi yang baru dilahirkan sememangnya sangat lembut... "In fact" bayi yang baru dilahirkan memang sangat "fragile". Farah memang terus terang tak berapa nak ada keberanian sangat nak memegang bayi yang baru sahaja dilahirkan, takut-takut kot tergeliat ke, terpatah ke apa ke? Naya jer, karang tak pasal-pasal jer oooo.... Hu hu hu, tetapi bila dah kena pada anak sendiri, mestilah nak pegang kan??? Ha ha ha, secara tak langsungnya "fear factor" itu dilawan pada bulan November 2013 yang lalu... Anak sendiri, baru keluar dari perut sendiri, hari-hari kendong sana-sini dalam perut, mustahillah tak nak memegang kannn? Rugiiii... 

Bentuk kepala bayi ni bergantung...Tak semua bulat, tak semua lonjong... ada ibu perlu melalui kaedah bersalin secara normal, ada juga melalui pembedahan mahupun vakum. Jika tidak kena gaya, kepala bayi yang lembut itu tidak akan menjadi bulat.

Bagi mereka yang memiliki bayi normal dengan kelahiran normal, kadangkala kepala bayi yang keluar dari perut ibu tidak semestinya berbetuk bulat mahupun "oval". Ini kerana proses bersalin normal. Sebab itulah, ada di antara kita yang akan memiliki pelbagai bentuk kepala. Misalnya bulat, "oval" dan ada sesetengahnya yang berbentuk bersegi-segi. Namun ada juga bayi yang akan mempunyai bentuk kepala yang tidak sempurna diakibatkan oleh proses kelahiran ini. 

Apa puncanya? Ianya adalah diakibatkan oleh proses kelahiran dengan vakum ("forceps"). Menurut artikel di SINI, Ibu terpaksa melalui kelahiran sebegini sekiranya bayi tertahan pada laluan vagina. Kepala bayi akan dipegang oleh alatan dan bayi ditarik keluar. Proses ini boleh menyebabkan kepala bayi jadi memanjang. Ini juga berkemungkinan boleh menyebabkan meruncing pada titik-titik yang mana "forceps" telah digunakan. 

Ia juga boleh disebabkan oleh tekanan pada laluan kelahirannya akibat proses meneran ibu yang tidak kuat.Ini boleh menyebabkan kepala bayi jadi bentuk menipis. Mungkin boleh berlaku apabila ibu mengalami proses kelahiran yang panjang dan sukar. Kepala bayi adalah selembut bola kapas, anda perlu menangani bayi dengan lembut agar bentuk kepala bayi boleh dipulihkan kembali. 

Jangan risau ibu-ibu, kalau anda berdepan dengan situasi ini, anda boleh lakukan beberapa kaedah ini di rumah untuk memperbaiki bentuk kepala anak anda.

"The Pillow Mustard"
Cara paling tradisi yang digunakan untuk merawat kembali kepala bayi adalah "The Pillow Mustard". Memperbaiki bentuk kepala bayi dengan meletakkan bantal yang dibuat dari biji "mustard". Bantal ini sangat lembut bagi bayi tetapi bersesuaian untuk memberi tekanan yang lembut agar kepala bayi terbentuk dengan baik. 

Biji "mustard" tu...Gini haa... 

Sumber dari Google
Jadi anda mungkin dapat bayangkan bagaimanakah rupa bentuk bantal tu kan? Kalau kurang pasti lagi...

Sumber dari Google

Bantal Bentuk Donat
Ibu juga boleh membuat bantal berbentuk donat dengan kain span yang lembut. Bentuk mengikut saiz kepala bayi dan gunakan pada bahagian kepala yang diinginkan. 

Sumber dari Google
Ubah Posisi Tidur
Jika bayi anda tidur pada posisi yang sama sepanjang malam, bahagian kepalanya mungkin akan merata pada satu bahagian sahaja. Ubahlah posisi tidur bayi dari satu arah ke satu arah yang lain. Begitu juga dengan posisi menyusu yang perlu diubah selepas beberapa ketika. Sesetengah bayi akan lebih selesa tidur ke arah kanan, maka tukarkanlah ke arah kiri atau letakkan bantal agar tidak berada dalam satu posisi sahaja.

Elakkan Bayi Melihat Satu Arah
Kalau bentuk kepala bayi tak rata atau bulat seperti yang diinginkan, cuba anda perhatikan tabiat bayi anda. Adakah dia suka memandang satu arah sahaja. Jika jawapannya ya, anda perlu melatih agar bayi anda suka fokus ke arah yang lain. Cubalah berbual atau bermain dengannya. Dengan cara ini, bayi akan selesa memandang sekeliling.

Perkara yang mungkin boleh diperbaiki atau dielakkan kan? Tak salah pun untuk mencuba apa yang dicadangkan yer tak? Semoga bermanfaat! :-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Teknik Cantikkan Kepala Bayi??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, January 7, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Bagus tips ni, masa julia mula2 jadi ummi pun takut nak pegang baby, jadi kekok, nak bagi mandikan pun kekok tau farah, tp sebab cekalkan dalam hati ini anak aku...aku kena buat sendiri, time tu tgk mil mandikan je dari situ belajar

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY