Sebenarnya tak kiralah sama ada anda peminat watak kartun HELLO KITTY atau anak anda adalah peminat watak kartun HELLO KITTY... kini HELLO KITTY sedang mendekati peminatnya di Malaysia!!! Bermakna, semua para peminat HELLO KITTY berpeluang untuk bersantai serta bergembira di acara yang berkonsepkan karnival yang diberikan nama sebagai HELLO KITTY GO AROUND!!! IN MALAYSIA. Kalau masuk ke ruangan acara HELLO KITTY GO AROUND!!! IN MALAYSIA ni, memang rasa semuanya comel-comel jer di pandangan mata ok? 

Ash lelaki??? Tak sesuai kot nak bawa dia ke acara sebegini??? Tak apaaa... lelaki pun boleh, ramai jer lelaki yang datang ke acara ni Farah lihat...He he he...Taklah semestinya Ash tu minat pada HELLO KITTY yer tak? Yang lebihnya dia adalah pada watak kucing hitam tu dan juga panda. Ash kan peminat kucing tegar??? Dari tak ada mana nak dihala tuju pada hujung minggu yang lepas, jadilah yer tak Ash??? HELLO KITTY pun HELLO KITTY-lah kannn??? Janji dia gembira dan juga dia berseronok sepanjang ada di situ. Di mana??? Di VIVA Expo Hall, Cheras. Kebetulan memang nak menuju ke arah sana, makanya, apa salahnya jika kami singgah sebentar kannn??? 


Alahai comelnya... Ahakss...Ini Mommy yang lebih ke Ash yang lebih ni? Tapi memang geram jer tengok HELLO KITTY ni...Kalau hidup, haiii, tak taulah macam mana ni... (Hakikatnya penakut kucing kannn??? Tapi HELLO KITTY boleh pula...)... Apa yang menarik yer? Ok, meh Farah cerita satu persatu kepada anda...Manalah tau kot-kot nak bawa anak-anak dara masing-masing ke di hujung minggu nanti kan??? 


Bermula dari pintu masuk ke ruang legar pameran atau acara HELLO KITTY GO AROUND!!! IN MALAYSIA ini, yang pertama yang akan anda jumpa adalah "merry-go-round" ini... Di sini, anda boleh bergambar kenang-kenangan yang mana terdapat jurugambar yang akan membantu anda untuk mengambil gambar kenang-kenangan itu. Makanya, tak perlulah nak pegang monopod dan susah payah nak "selfie" kannn??? Dengan nak menggembala anak teruna yang semakin hari semakin aktif, dengan sibuk nak "set up" monopod lagi...Ha ha ha...Memang takkan hado punya...Mujur ada jurugambar yang baik hati di acara ini yang membantu.... Dan hasilnya... 


Konon-konon macam kami di tempat lain selain Malaysia lah ni...Ha ha ha...Sesekali berangan... Hasil gambarnya boleh tahan dan memang akan dibingkaikan untuk kenang-kenangan kami berdua beranak. 


Seperti yang Farah maklumkan acara HELLO KITTY GO AROUND!!! IN MALAYSIA ni adalah acara yang berkongsepkan karnival. Untuk bermain di dalam semua "stall" yang disediakan dan memenangi hadiah, anda perlu mempunyai baucar permainan. Ha ha ha, mak yang kendong dan mengejar anak ni main yang mana dan jer... Tak sempat nak main semua punnn... Banyak pada masanya mengejar seorang kanak-kanak riang Ribena yang berlari-lari ke sana ke mari sampai kaki tangan naik sejuk... Seronok betul!!! 





Kitty Totes...Menarik aktiviti yang disediakan di stesen ini kerana? Kerana di sini anda akan berpeluang untuk menghasilkan "tote bag" dengan rekaan corak setem anda sendiri. Ianya bergantung kepada kreativiti anda. Ikutkan hati nak jer buat oiii!!! Dah alang-alang sampai kannn??? Akan tetapi kalau dah Mommy dia sibuk dengan mereka corak "tote bag" siapa pula yang nak perhatikan Ash??? Ha ha ha.... Jadi kita lalu, dan kita lihat apa yang disediakan kemudian kita kongsikan bersama-sama agar sesiapa yang belum pergi lagi tu, dapat tahu serba sedikit apakah yang menarik di sini. 









Di antara permainan yang sempat Farah cuba dan juga sambil-sambil "dibantu" oleh Ash... Sesekali begini memang orang kata apa tu... "release" tekanan seketika dan gelak ketawa itu datang secara semulajadi gittew... Yang penting "we had a good time together"... 


HELLO KITTY naik kapal terbang ni memang menarik perhatian Ash dan juga kanak-kanak lain... Apa yang istimewanya di mata anak-anak kecil itu Farah tak pasti tetapi melalui apa yang Farah fahami untuk Ash adalah disebabkan kerana ianya adalah "aeroplane". Ash bercakap dengan HELLO KITTY dan minta HELLO KITTY turun sebab dia yang nak naik atas kapal terbang tu...Muahahaha... Malangnya, ianya adalah patung statik yang tidak mungkin boleh dialihkan... Jadi cakaplah banyak mana pun Ash, jawapannya tetap sama iaitu BISU! Ha ha ha... Pandang jer yer? Jangan sesekali nak fikir nak naik belakang HELLO KITTY tu... Ihikss... 





Keretapi ataupun dalam panggilan Ash "tyeinn"... adalah salah satu kegemaran dia. Bila pusing-pusing di ruang legar acara dan terjumpa stesen keretapi ni, makanya agak lama juga kami menghabiskan masa di sini...Yang Mommy dia pun samalah kannn??? Tumpang habiskan lelah seketika di sini... Sandar-sandar sikit di badan HELLO KITTY yang gebus gebas tu... 


Sambil-sambil "selfie" perasan sendiri...Ha ha ha... Leka dia di situ untuk beberapa ketika dan dapatlah berehat seketika sebelum meneruskan penjelajahan yang seterusnya. 



Ada kedai bunga, ada kedai barangan cenderahati eksklusif HELLO KITTY... Kakak tak belilah pun...Nak beli untuk siapa? Takkan Ash nak pakai pula kot? He he he... Sekadar cuci-cuci mata bolehlah...Mungkin jika anda berkesempatan untuk pergi anda boleh membelikan untuk anak-anak gadis anda yang comel dan cilik itu? Kanak-kanak perempuan pasti suka kannn??? 



Tengok apa tu Ash? Ash tengok kalau-kalau ada "bird" atas pokok... Gigih Nek Ma dia mendukung sebabkan dia nak tengok "bird"... Mommy nak dukung tak mahu...Nak Nek Ma juga yang dukung... Kesian Nek Ma... Bukannya daya sangat tu...Itupun gigihkan diri juga... 

Secara keseluruhan, memang petang yang menceriakan buat Ash...Jika Ash kanak-kanak lelaki rasa gembira dan ceria begitu...apatah lagi kanak-kanak perempuan kan kalau berpeluang menghadirkan diri bersama keluarga masing-masing ke sini??? 

Sedikit maklumat untuk melengkapkan lagi perkongsian ini... 




Dan peta lokasinya adalah:


Untuk Maklumat Lanjut:


6 comments Blogger 6 Facebook

  1. Wah seronok tengok hello kitty tu farah....
    Comel je....

    ReplyDelete
  2. wahhh.. ini kalauu minat inii memang singgah masuk .

    ReplyDelete
  3. blink blink mata aiolssss ni kak.... memang suka sangat hello kitty ni... dulu nak beli mahal... selalu kumpul koleksi mekdi je dulu.... wahhhh boleh laaa ajak husband lepas ni !

    ReplyDelete
  4. Geramnyaaa ena tengokkkk.... Rasa nak pergi sabtu ni nanti tapi tiket mahalnyaaa... Hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Haha nice. I bawa adik i pergi exhibition ni. Memang tempat utk fans Hello Kitty

    Cheers
    Miriam
    www.miriammerrygoround.com

    ReplyDelete
  6. Wah.. Mak budak pun jadi budak-budak juga kalau datang sini... Hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top