Jejak Kaki Ke Farm In The City, Seri Kembangan


Kejap nak pergi, kejap tak nak pergi, kejap nak pergi, kejap tak nak pergi... Daaaa... "Make up your mind ok?"... Memang sedari dulu lagi sejak tau kewujudan Farm In The City di Seri Kembangan ni, asyik berkira-kira jer sama ada nak bawa Iman Ash ataupun tidak. Banyak sangat perkara yang difikirkan. Bukan tak teringin nak bawa dia berjalan tengok haiwan-haiwan yang ada di Farm In The City tu, tapi bila fikirkan kesesuaian...Ahaksss kesesuaianlah sangat...Dengan cuaca panas terik, dengan Ash yang "putera lilin" tu... Rasa macam kesian pula nak membawa dia ke situ dan terdedah kepada cuaca yang panas terik. Gedik ke? Tak apalah... siapa nak kata gedik ataupun mengada-ngada, kata jerlah...Tak jadi kudis pun kat kakak... "I know my son best..."... Sok-sok akibat dari tindakan sendiri anak tu demam sendiri yang menanggung, sendiri yang hadap bukannya orang lain yang menjaga kan? kan? kan? Ada sebablah kenapa kalau boleh nak elakkan dia didedahkan dengan punca-punca yang boleh mengakibatkan demam...Yang mengikuti Bubblynotes.Com tu taulah sebab musababnya.... Hurmmm... 

Nak bawa dia, kena tengok ramalan kaji cuaca dulu... #ehhh tak...Ha ha ha, kena tengok dulu, cuaca panas terik sangat ke? Atau cuaca redup-redup gittew... Ni sebenarnya cerita perap yang mana Farah tak sempat-sempat nak mengarang atau membebel di Bubblynotes.Com... Sungguh!!! Kebelakangan ni... "I barely even have time for my ownself" pun...Sangat-sangat "occupied with stuffs and things for the upcoming event" di pejabat... Makan tengah hari pun selalu "skip" sekarang ni... Malam-malam buta semalam, sementara menunggu kain baju selesai dibasuh oleh orang gaji elektronik, sempat jugalah mengarang cerita yang entah berapa minggu ke belakang dah diperap.... Wakakakaka.... Tak silap ini sewaktu cuti hujung minggu yang panjang semasa akhir tahun 2015. Kes tak tau nak pergi ke mana lagi dah dan dah tak tau nak buat apa lagi dah.

Bukannya tak boleh nak duduk rumah diam-diam "uolsss"... Masalahnya, "expectation" anak tu yang ada kala kena dipertimbangkan juga...Ha ha ha... Seminggu terperuk dia pun ada keinginan nak berjalan-jalan kan? Anak nak berjalan takkanlah mak tak boleh nak bawa pula? Bukannya mak tak reti nak memandu ataupun nak gunakan Waze mencari jalan kan? :-P... Tak salah anak tu kalau mempunyai jangkaan sebegitu... Dan tak boleh nak salahkan anak tu kalau dia pun ada keinginan untuk ke mana-mana... Jika berkemampuan, jika ada ruang waktu dan jika ada kesempatan tak salah pun kalau nak  membawa kannn? Lepas mandi...hari Sabtu atau Ahad atau sewaktu hari Mommy cuti, mesti nak pakai baju cantik...Bha ha ha... Selepas disiapkan, secara automatik dia akan ke rak kasut dan ambil kasutnya, serta suruh pakaikan... Selamba jer kannn? Kadang-kadang tu maknya tak bersiap pun lagi, dan kadang-kadang tu memang tak ada rancangan nak ke mana-mana pun... Alahaiii, batal rancangan nak bersenggang-senggang di rumah... Ha ha ha... 

Ok ok ok, panjang sangat bebel... jomlah kita terus masuk ke bab jejak kaki ke Farm In The City di Seri Kembangan ni ha... 


Sinonim sangat dengan Farm In The City nih... Kura-kura gergasi besar gedabak yang sentiasa disuapkan dengan sayur kangkung... Ha ha ha... Melihat kura-kura ni agaknya terfikir tak dalam hati dia yang bosannya lahaiii, asyik-asyik orang datang dok suap kangkung jer...Asyik-asyik orang datang dok suap kangkung jer... Ting tong boleh fikir sampai ke situ... Dah itu makanannya kannn? Tentulah dia makan...tapi momentumnya perlahan benar...Sampai boleh naik mengantuk Farah tunggu kat situ...Ihikss... Ash pula, memang terujalah bila nampak kura-kura besar tu... Diusap-usap lembut cangkerang kawan tu...Lepas tu... Ada ke dia nak naik atas kura-kura tu macam mana dia kudakan Atuk dia? Pengsannn...Nasib sempat halang...Ha ha ha...Kalau tak deritalah kura-kura tu... 


Melentik jer jari jemari comel dan kecil itu memberi Ikan Kap makan kan? Alhamdulillah lah, "he's enjoying it much"... Suka dia dapat beri ikan makan...Nak membela Ikan Kap kat rumah tak ada pula lanskap air terjun buatan manusia yang mampu dibuat lagi...Ha ha ha... Kalau ada pun dan kalau bela pun, rasanya tak sampai seminggu habis semua ikan kena ngap dengan kucing-kucing yang sentiasa berkeliaran, baik tak payah...Makanya cukuplah sekadar kita berlibur memberi ikan makan di sini yer Ash?


"Duck... Duck... Duck".... Bising mulut dia oiii... Lepas tu cuba mengikuti mimik bunyi itik... Lepas? Ermmm...Ha ha ha...Mula-mula lepaskan juga, tetapi bila dah nak buat aksi "stunt" cepat-cepat gapai... :-P... Sebelum ada yang masuk dalam kolam dan berenang dengan itik sekali kannn??? 


Merak sekarang pun dah pandai tak nak "show off" bila orang nak ambil gambar dia...Ahakss... Penat kot berdua beranak menunggu merak tu nak mengembangkan bulu-bulunya yang cantik tu... Tunggu punya tunggu tak juga dikembangkan, akhirnya tangkap jer lah gambar merak ni walaupun bulunya tak kembang. Ha ha ha... Sebab nak cepat-cepat gerak ke tempat lain pula... 


Memang taklah Mommy nak pegang ayam tu kannn??? Mommy kan penakut haiwan... Tapi ada lah orang tu... "cool" dan suka jer bila disuakan pada dia... Mommy pula yang jadi risau... 




Lebihnya kepada tengok haiwan jer lah kami ni aktiviti di dalam tu... Nak naikkan Ash "pony ride", umur masih belum pada peringkat yang bersesuaian... Mampu tengok dari tepi jer...Bha ha ha... Tak apa, lain kali bila Ash dah besar sedikit boleh naik yer "pony ride" tu... He he he... 

Harga Tiket:

Tanpa MyKad

Dewasa: RM 48.00
Kanak-Kanak: RM 38.00
Warga Emas: RM 38.00

Dengan MyKad

Dewasa: RM 30.00
Kanak-Kanak: RM 25.00
Warga Emas: RM 25.00

Alamat:
Jalan Prima Tropika Barat 2
Taman Prima Tropika
43300 Seri Kembangan
Selangor Darul Ehsan

Peta Lokasi:


No. Telefon: 03-89412099



Untuk Mommy, biasa-biasa jer...akan tetapi mungkin untuk Ash ianya satu pengalaman yang menyeronokkan... Asalkan dia "happy", oklah tu... Memang nak bagi dia "happy" pun... Bukan atas sebab lain... Janji hati dia puas dan hari dia ceria... ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jejak Kaki Ke Farm In The City, Seri Kembangan, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 19, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. Rindu nak mai sini lagi main dengan haiwan2.. Huaaaaa

    ReplyDelete
  2. tunggu ash besar lagi sikit...boleh pergi lagi mummy...nampak muka ada sorang budak comel tu teruja...hihihihihi...

    ReplyDelete
  3. Bestnya sekali sekala dapat tengok haiwan dekat2 :D

    ReplyDelete
  4. untung la oiii...acik sally ni berkira nak g zoo pun..hahahaha

    ReplyDelete
  5. Mesti Ash happy dapat tengok macam-macam haiwan kat sana :)

    ReplyDelete
  6. anum dah sampai dah
    best sesuai bawak budak2

    ReplyDelete
  7. Seronok anak-anak dapat melihat haiwan di taman ini. Pengalaman berharga buat mereka..

    ReplyDelete
  8. kiddo dh bising nak pergi zoo,ingt nk bwk sini..hihuu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY