Air Tangan Iman Ash...


Karipap yang "presentation"nya tak berapa nak menarik... Karipap yang asal ada dan boleh makan jer untuk sarapan pagi di pejabat. Kenapa tak beli? Sebab Farah juga adalah seorang "picky eater" serupa macam Iman Ash...Ha ha ha, nampak tak? nampak tak? Mak dengan anak sama jer sebenarnya... Sama-sama memilih makan... Farah ni kalau karipap yang dibeli kurang sikit nak gemar. Sebab? Selalu yang Farah jumpa intinya manis!!! Farah tak minat karipap yang inti dia manis... Iyalah kadang-kadang ada orang letakkan inti keledek dan kadang-kadang walaupun inti ubi kentang tetapi masih manis... Tak berapa nak kena dengan tekak Farah... Memilih kan? Banyak cekadak kan? 

Bila dah memilih dan banyak cekadak, kalau nak kena dengan selera sendiri makanya pilihan yang ada, buat sendiri! Memang kebanyakan pada masa kalau nak makan karipap akan buat sendiri. :-). Macam semalam...tiba-tiba rasa teringin nak makan karipap untuk hari ini... Gigihlah diri ini menguli doh kulit karipap dan menyediakan inti. Kenapa Farah namakan tajuk entri ni sebagai Air Tangan Iman Ash... Ha ha ha...Jeng jeng jeng... Rasanya dah dapat agak dah kan? 

Bila Farah sibuk di dapur, Ash pun akan sibuk di dapur juga... Bila Farah menguli doh karipap, dia pun sibuk sama campur tangan nak menguli doh...Yang benarnya bukan nak menguli doh...Nak main jer lebih...Uhuksss...untuk makan sendiri tak apa... kalau nak beri orang makan memang taklah nak beri peluang Ash tu mengacau sampai tahap macam tu... Bha ha ha... Tak ada pula nak melarang dia mengacau semalam, malah beri dia satu alas yang khas buat dia, ambilkan satu bahagian doh yang kecil untuk dia, dan beri dia kebebasan apa yang dia nak buat dengan doh tersebut... Redha jer lah... Perhatikan jer... 

Doh dah siap, inti dah siap, letak atas meja, masa untuk meletakkan inti ke atas doh dan melipat serta melepet tepi karipap secara manual. Seperti tadi, ada pembantu yang tidak rasmi telah melantik diri sendiri menjadi pembantu. Apa Mommy buat itu yang dia nak buat juga... Ha ha ha... Cuma??? 

Secara tidak sengaja! Ash tertumpahkan garam atas mangkuk inti karipap sebab dia juga sibuk bermain dengan bekas garam. Konon-konon... masak lettew...
Hari dah malam sangat dah...Nak "alter" balik inti karipap tu macam rasa dah tak daya... Lagipun garam yang tertumpah tu bukannya sampai satu bekas... Sikit jer kot...Yang Farah perasanlah... Kena marah ke Ash? Tak punnn... Gelak lagi ada dia...Suka ek suka? Sebab dah tak daya nak "alter", dan jangkaan Farah sikit jer garam yang tumpah tak jadi masalah... Farah pun cuba asingkan perlahan-lahan mana yang boleh dan yang tak boleh tu, Farah ketepikan satu bahagian... 

Pagi ni, dah goreng, dah bawa bekal dan dah makan...Ada 2 ketul karipap yang masin!!! Ha ha ha, ini mesti bahagian garam tertumpah tu... Air tangan Iman Ash... Yang buatkan bila Mommy makan karipap masin 2 ketul  tu teringat pada insiden semalam dan teringat pada dia... Gittewlah gayanya kadang-kadang bila nak cepat dan berserapih dengan anak... ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Air Tangan Iman Ash... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, January 21, 2016.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Itulah bila memasak dibantu anak kecil Farah
    Jadi kenangan manis walau yg terjadi karipap bertambah masin!

    ReplyDelete
  2. lama x menjengah blog farah..
    pandai dah ash tolong mama dia masak ek..haha..

    ReplyDelete
  3. Ash... Ash... Rajin tolong Mommy buat karipap ye? Hehe

    ReplyDelete
  4. sambil mummy makan karipap tu..sambil senyum senyum..ya,,ini hasil air tangan anakku..hihihihihi...lepas ni ash tolong mummy klim karipap pulak ya...abag sepupu PC terror klim karipap mummy..kalah adik adik sepupu perempuan dia..kihkihkih..*malu PC*

    ReplyDelete
  5. sampai sekarang x reti bancuh doh karipap....sabar jer la....

    ReplyDelete
  6. Sdp apa da rasa masin2 hihi...da lma x mguli karipap ni

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY