Sumber dari Google
"First time mother"... Gittewlah gayanya...Bha ha ha, kadang-kadang ada benda yang tak perlu risau nak dirisaukan, ada benda yang patut risau memang risaulah kannn? Iman Ash? Hurm... Sekarang usia 2 tahun 1 bulan, banyak juga "vocab" dan patah perkataan yang telah dituturkan... Dah pandai bertanya...Dah pandai mengekspresi apa yang dia fikirkan tentang sesuatu... Memang pantau selalu pun...Hu hu hu... Bukan apa, nak cegah dari awal jika-jika ada petanda yang menunjukkan Ash bakal mempunyai masalah "speech delay" ke apa ke kan? Elok dicegah dari awal dari tunggu lama-lama. Moga-moga tidaklah hendaknya... Amin... Iyalah perkembangan setiap anak-anak ini kan berbeza-beza dan tidak sama.... 

Selain rajin bercakap atau berbual dengan anak-anak apakah cara lain atau perkara lain yang perlu dititikberatkan di dalam membantu anak-anak untuk bercakap? Sedikit perkongsian dari artikel di SINI

Mainan adalah perkara yang paling menarik perhatian anak kecil. Bagi mereka alat permainan adalah keutamaan dalam aktiviti harian. Ini kerana bermain adalah sebahagian daripada rutin harian mereka. Agaknya apa akan jadi jika anak kecil tidak bermain? Ibu bapa perlu faham yang bermain adalah sebahagian proses anak-anak belajar.

Tahukah anda bahawasanya permainan boleh membantu anak belajar bercakap? Tapi bukan semua alat permainan mempunyai fungsi yang boleh merangsang perkembangan pertuturan anak. Bagaimana ibu bapa boleh gunakan permainan untuk melatih anak becakap? Ketahui kriteria alat permainan berikut agar ia menjadi satu medium merangsang pertuturan anak seperti diberitahu oleh Ruby Atika, seorang Pakar Terapi Pertuturan.

Pilih Permainan Yang Tepat
Pilih permainan yang memberi kesan menarik untuk kanak-kanak, tetapi sebenarnya sukar untuk dia bermain sendirian. Ini membuatkan mereka terpaksa meminta bantuan ibu atau bapa untuk bermain dengan mainan tersebut. Maka akan terhasillah ayat seperti ini:

– “mama, buat ni”

– “nak lagi”

– “nak pakai jam”

– “camana ni”

– “tak leh pun”

– “mama buka la”

– “mama la buat”

– “nak mama buatkan”

– “nak bagi dia jalan @ pusing @ ada lampu”

– “ketat la, tak leh pusing pun.”

Pilih Permainan Yang Boleh Dibuang Bateri
Ada beberapa jenis mainan yang mempunyai bateri. Apabila kita "switch on", maka mainan itu akan bergerak dan berbunyi sendiri. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak berdikari. Dia hanya akan melakukan aksi mudah iaitu – tengok dan dengar sahaja. Tetapi sekiranya mainan itu tiada bateri, maka dia kena buat sesuatu.

Contoh permainan begini adalah keretapi. Jika tiada bateri, maka dia menggunakan imaginasinya dan pergerakkan tangannya untuk menggerakkan keretapi itu ke mana saja yang dikehendakinya. Sebagai ibu bapa, kita mestilah ambil giliran semasa bermain dengan anak. Maka terhasillah respon begini:

– “Ilman pulak”

– “Keretapi ni Ilman punya”

– “Lalu kat atas sini”

– “Langgar lembu ni”

– “Masuk bawah jambatan”

– “Pusing”

– “Pusing lagi”

– “Ayam naik, lembu naik, itik naik”

– “1,2,3, jalan….”

Pernahkah anda melihat mainan penguin turun slide di kedai mainan? Kalau dipasang bateri, alat mainan itu berfungsi sendiri dan anak hanya akan tengok sahaja. Tetapi cuba bayangkan kalau baterinya dibuang. Tentu anak anda akan berusaha melakukan sesuatu bagi menggerakkan penguin tersebut. Ibu bapa pula mestilah bijak merangsang percakapan anak. Janganlah ibu bapa juga hanya tengok sahaja atau membiarkan si anak bermain sendirian kerana ibu ayah sibuk melayan telefon bimbit. 

Antara pantang larang yang mesti diamalkan apabila membuat aktiviti merangsang pertuturan anak:
  • TV mestilah ditutup semasa aktiviti bermain. TV bukan saja mengganggu tumpuan anak, malah TV mengganggu tumpuan ibu ayah terhadap anak mereka sendiri.
  • Kurangkan penggunaan ayat soal seperti “ni apa?” “dia buat apa?” “ni warna apa?” “ni bentuk apa?”. Sebaliknya banyakkan penggunaan ayat penyata kerana ia membuatkan anak lebih selesa untuk berkomunikasi secara dua hala.
Buat setakat ni, perkembangan Ash masih tidak membimbangkan... Cuma ha ha ha, kalau boleh cepat-cepat penuh sikit "vocab" tu...Senang macam-macam perkara oiii selepas tu... Memudahkan "potty training" juga...Dan manalah tahu kot-kot boleh hantar ke "5 days playschool" ke pula kannn???

5 comments Blogger 5 Facebook

  1. saya memang tak beli mainan ada bateri..sebab anak saya kalau mandi siap bawak mainan sekali mandi..hahhah..

    ReplyDelete
  2. masa adik bongsu kecik dulu pun perasan takde sangat mainan guna bateri, ada satu dua je itu pun jarang bagi main :)

    ReplyDelete
  3. betol2...klu mcm kete de bateri tgk jelaa..lau cabut..mang aktif bgerak

    ReplyDelete
  4. Mainan membantu anak belajar bercakap..kalau anak bertanya dah pandai tu.

    ReplyDelete
  5. yg penting jgn ajar anak ckp pelat kan.. ckp biar terang.. tq sis.. info yg berguna utk besarkan Thaqif..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 
Bubblynotes - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger © 2013. All Rights Reserved.Edit by Jiakreatifelt. Powered by Blogger
Top