Home » , , , , , , , , » Kali Ini Kita Kocak Air Di i-City WaterWorld, Shah Alam

Kali Ini Kita Kocak Air Di i-City WaterWorld, Shah Alam


Selalunya main kocak-kocak air di Sunway Lagoon, kira-kira memang dah hafal dah pelan dan struktur Sunway Lagoon tu haaa...Ha ha ha... Bila masuk jer dah tau nak menuju ke mana destinasi kegembiraan dan kesukaan Ash... Petang Sabtu yang lepas, kita tukar sikit lokasi ke i-City WaterWorld, Shah Alam. Sajaaa beralih angin dan bertukar "view" sesekali... Nak juga tahu apa yang menarik yang ditawarkan oleh taman tema air yang lebih kurang sama konsepnya tu kan? 

Asalnya, bercadang nak pergi pada waktu pagi sebab nak elakkan panas mencacak di tengah hari dan dalam masa yang sama nak elakkan cuaca yang sering hujan jer di waktu petang sekarang ni kan? Akan tetapi, rancangan bertukar apabila semua orang terpaksa mengikut waktu "boss" kecik bangun dari tidur dan makan. :-)... Nak bawa dia memang kena sediakan dia dulu agar tiada amukan yang berlaku, kalau tidak memang payah kerja yer tak? Dan "it doesn't serve the purpose" bila dia mengamuk dan tak "enjoy"... Maka, yang penting, elemen aktiviti pada hari tersebut adalah Ash. 

Ini sebenarnya, adalah salah satu aktiviti yang tidak terancang sejak lama dulu dan baru-baru jer jadi secara spontan...Tiket pula didapatkan secara atas talian oleh Atuk Ash melalui laman web i-City yang mana sekarang ini sedang berlangsung Waterworld Year End School Holidays Promo, 21 November 2015 sehingga 3 Januari 2016. Harga untuk promosi yang ditawarkan pula adalah:

Harga Tiket Dengan MyKad

Dewasa: 
RM 22.50

Kanak-Kanak (atas 90cm, bawah 12 tahun):
RM 18.00

Warga Emas:
RM 18.00

Harga Tiket Dengan Tanpa MyKad

Dewasa:
RM 27.00

Kanak-Kanak (atas 90cm, bawah 12 tahun):
RM 22.50

Warga Emas:
RM 22.50

Kalau tak ada promosi tak silapnya harga tiket untuk dewasa RM 25.00. Sepertimana yang tercatat di laman web mereka lah. Tapi daripada apa yang Farah diberitahu oleh petugas di sana, jika beli secara atas talian harganya adalah lebih murah berbanding jika kita beratur di tiket kaunter di i-City WaterWorld tu. Kenapa? Ihikss...Jangan tanya Farah, Farah pun tak pasti ok? 


Sampai-sampai jer di sana, benda pertama yang dilaburkan adalah pelampung! Alahaiii, kenapalah boleh terlupa... Sedangkan di rumah tu ada jer banyak pelampung...Hari tu sewaktu percutian singkat ke Sunway Resort Suites pun lupa bawa pelampung. Beli pelampung di Sunway Lagoon dengan harga RM 20.00. Mak aiii, mahal kott... pelampungnya nipis jer kualitinya...Tapi "standard" lah tu kan, nama pun Sunway Lagoon...segah namanya segah itu jugalah harganya...Hua hua hua... Kali ini pun terlupa juga... Tapi rasa berbaloi beli pelampung di sini...Harganya cuma RM 6.00 sahaja dan kualitinya adalah lebih baik dan lebih tebal...Kerjanya mengumpul pelampung ajerlah yer tak? Agaknya, kalau sepuluh kali pergi, sepuluh kali jugalah terlupa Farah ni kot... Hu hu hu...


Di sini, duit tak laku ok? Semua transaksi urusan jual beli adalah menggunakan iCard... iCard ala-ala macam kad TouchNGo jugalah lebih kurang... Kena tambah nilai dan setiap transaksi adalah menggunakan iCard. Beli pelampung tu mula-mula tak taulah pula kena pakai iCard. Tapi bila mereka kata mereka tak terima duit...Baiklah...Belilah iCard ni dengan nilai RM10.00. Setiap kali tambah nilai, iCard ni boleh ditambah nilai dalam gandaan RM10.00. Owhh, bukan boleh guna sekali jer, berkali-kali pun boleh dan bukan sekadar di taman tema air jer, nak masuk tempat-tempat lain pun kalau tak silap Farah gunakan iCard ni juga kot? Makanya, simpanlah iCard ni dengan sebaiknya di dalam dompet yer tak? Manalah tau kot-kot akan datang nak kembali lagi ke sini... 


Agak kurang jelas gambar di situ, tapi kisah apa kan? :-)... Seperti biasa, bila nampak air memang dia insan yang paling teruja dan tak sabar. Sebab tu dari rumah lagi, Mommy dia kena siap-siapkan diri sendiri berpakaian yang bersesuaian untuk terus masuk ke dalam air. Bila dah sampai ke destinasi, terus siapkan dia dan terus menuju ke dalam air jer... Sebab dia tak sabar... Melenting-lenting dia nak masuk ke dalam air kan? 


Tengok tu, seboleh-boleh semua yang bernama kolam dia nak masuk...Termasuk kolam hiasan ni ha.... Sibuk nak panjat masuk...Sebenarnya lawaklah kannn...Rasa nak tergelak pun ada, tapi macam tak baik pula dok gelakkan anak sendiri...Ha ha ha... Apalah yang dia tau, dalam "mind-set" dia, airrr, janji airrr... Belum berapa nak faham nak "differentiate" kan kolam di taman tema air lagi. Yang mana boleh mandi yang mana sekadar hiasan...Asalkan air jer...Dia fikir boleh masuk dalam nih...Ha ha ha... 



Sudut ni dipanggil "Children Adventure"... kolam khas buat kanak-kanak. Kami sekejap jer di sini dan Farah pun tak mahu berlama-lama di sini...Nak tau kenapa? Kolam kanak-kanak ni memanglah binaannya menarik mata yang melihat dan menarik perhatian kanak-kanak termasuk Ash. Cumanya, kolam ni banyak struktur sangat dan ada segi-segi atau bucu-bucu yang kalau terhantuk memang boleh benjol. Untuk kanak-kanak yang berusia 5 atau 6 tahun ke atas memang sesuailah ni sebab dah pandai jaga diri sendiri sewaktu di kolam ini. Itupun ibu bapa kena kerling-kerling juga sesekali kan? Manalah tau... Tetapi untuk kanak-kanak seperti Ash yang baru 2 tahun dan masih memerlukan ibu bapa di sisi ni, pada Farah agak berisiko dan terdapat banyak "hazard" untuk Ash di sini. Nak nak lagi, Ash jenis yang bila dah nampak permainan depan mata tidak mahu dipegang... Nanti dia ingat macam papan gelongsor di taman permainan dia nak "slide" sendiri? Ohhhh, tak boleh tak boleh...bahaya... Baik cegah sebelum apa-apa...Bukanlah sekat, tetapi lebih kepada berbentuk kepentingan keselamatan dia... Hu hu hu... Ada banyak lagi cara nak berseronok... Kejap-kejap jer kami di kawasan ni... Pergi juga jangan tak pergi, nanti kempunan Ash... 


Sudut ini pula dipanggil sebagai "Jacuzzi Pool"... Yang ini memang Farah suka...Ha ha ha... Ber-jakuzi sambil-sambil tu duduk di bawah pancuran air...Ash? Dia tak kisah...Janji air... Mana-mana pun dia ok... Kolam jakuzi ni tak adalah besar mana pun, tetapi cukuplah untuk semua orang yang ada di i-City WaterWorld pada hari kejadian...Ngee... 


Kalau di Sunway Lagoon, inilah kawasan yang hampir sama pilihan Farah...kawasan ada tempayan tu kannn? Di i-City WaterWorld pun di kawasan yang sama juga pilihan Farah... "Wave Pool"... Ash pun suka berendam di sini sebab kawasan lebar dan luas kan? Kalau dah masuk kolam ni, memang sampai kecutlah berdua beranak berendam dalam air... Lagi dalam, lagi Iman Ash suka, lagi rancak kaki dan tangan mengocak-gocak air di dalam cubaan berenang dia...Hurmm...kena 3-4 kali lagi, memang maunya anak pandai berenang, mak tak pandai-pandai berenang...Muahahaha.... 

Beza dengan Sunway Lagoon??? Ombaknya tak adalah macam ombak Sunway Lagoon. Ombaknya memang "mild" sahaja... Airnya pun tenang sahaja... Pelampung yang hado, yang bertaburan dalam kolam tu, pakai jerlah, tak ada sewa-sewa pun... Ianya adalah percuma untuk digunakan... Jadi pandai-pandailah "grab" yer... Buat macam kolam sendiri... Farah tak adalah pakai pelampung tu...Hua hua hua...Tumpang pelampung Ash jer... #ehhh... Taklah, sibuk merenangkan anak... Berdiri sambil memegang dia di celah ketiak yang berlampung tu... Tapi kannnn...orang tu ingatkan macam dia berenang sendiri...Tak ada maknanya Ashhh...Mommy yang pegang ok? :-P... 


Ini namanya "Tornado Ride"... Ash tak datang sini dengan Farah pun, belum tentu Farah nak masuk ke dalam ni ok? Ha ha ha... Tengok gambar pun dah kembang kempis nafas dan jantung bergerak dengan laju, inikan pula nak masuk ke dalam...Memang taklahhh kannn??? Kakak ni bahagian-bahagian begini pengecut juga sebenarnya... Jujur mengaku... Tak sampai keberanian untuk mencuba sesuatu seperti yang ini... 


"Rainbow Slider"... ini pun memang taklahhh kannn.... Tak setabah itu untuk meluncur sebegini...Macam-macam terbayang dalam kepala ni ha... Ha ha ha... Aksi-aksi sukan ekstrem ni memang Farah angkat bendera putih walaupun ini bukanlah seekstrem mana pun kannn??? 

Secara keseluruhannya itulah yang terbentang di depan mata Farah di i-City WaterWorld, Shah Alam...Pilihan-pilihan yang terdapat di situ. Tentunya tidak se"fancy" Sunway Lagoon... Akan tetapi di dalam kategori ok... 



Berendam di dalam air selama lebih kurang hampir 2 jam dan kemudiannya secara paksa rela angkat Iman Ash ke darat... Masa untuk bersalin pakaian dan juga masa untuk pulang ke rumah...Dah dah ler tu... Petang dah punnn... Ada pemberontakan sedikit berlaku di situ kerana Ash tak nak keluar dari air walaupun jari jemari telahpun kecut...Cerita biasa kan untuk Ash kalau dah dapat berendam di dalam air? :-)... Demi nak memujuk...bawa dia berjalan-jalan seketika di sekeliling i-City walaupun hakikatnya sebenarnya Mommy dia tak hilang kemampuan nak berpusing-pusing berjalan-jalan dah... Kena buli dengan Ash dalam air mana tak letih... Uhukss...nampak nau stamina "drop" sangat nihh...Ha ha ha.... 




Yang penting dia gembira dan kami sama-sama menikmati "bonding time" kami itu... Komen secara peribadi dari Farah mengenai i-City WaterWorld, Shah Alam... Ianya adalah satu lokasi riadah yang ok jika sekadar ingin membawa anak-anak anda bermandi-manda serta beriadah... Harga tiket masuk pun tidaklah semahal mana dan kualiti air serta suasana adalah ok pada waktu dan ketika Farah ke sana tempoh hari... Setakat anak-anak nak bermandi-manda berendam memang ok sangat dah tu... Lagipun anak-anak bukannya nak main semua jenis permainan kan? Mereka lebih menumpukan kepada AIR... nak berendam dalam air... Namun jika anda melihat ke arah kepuasan untuk mencuba segala jenis permainan taman tema air, ia bukanlah satu lokasi yang dapat memberikan anda kepuasan sepenuhnya... Jika itu yang anda cari...sila ke Sunway Lagoon...He he he... 

"Dark side of" i-City WaterWorld, Shah Alam...Taklah bukan nak kata yang negatif ke apa, cuma berdasarkan pengalaman sendiri dan juga hasil pembacaan di beberapa buah blog lain yang mana blogger-blogger tersebut juga pernah menjejakkan kaki ke i-City WaterWorld, Shah Alam. Mungkin, ini adalah salah satu "point-point" ataupun perkara yang pihak i-City WaterWorld boleh ambil kira dan ambil perhatian di dalam menambahbaikkan lagi taman tema air mereka dan juga meningkatkan perkhidmatan mereka... 

"Uneven Slide Adjoining"

Sambungan papan gelongsor air di bahagian "Children Adventure" yang Farah perhatikan adalah tidak sama...Jap ehhh, pinjam kawan blogger punya gambar nak tunjuk apa yang Farah maksudkan... 

Sumber dipinjam dan kredit kepada Merryn dari Submerryn.Com
Tak silap Farah lama juga Merryn dah ke i-City WaterWorld, Shah Alam ni, pada tahun 2012, dan sehingga sekarang masalah yang sama masih lagi berulang. 2012 sehingga 2015 dah hampir 4 tahun dah ni... Kalau boleh tolonglah baiki dan sama ratakan...Bahaya ni untuk pengunjung... Kita tak mahulah kalau-kalau ini menjadi salah satu punca kecederaan..."Hazard" kannn???

Kondisi Bilik Persalinan
Tak sempat pula Farah nak merakamkan gambar... Kondisi bilik persalinan sememangnya basah dan berair lantainya dan juga "fixtures" agak tidak terjaga... Sesuatu perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan dan juga demi menampakkan kelasnya yang tersendiri untuk keselesaan pengunjung... 

"Locker"
"Locker" kelihatan sangat usang dan berkarat... Macam tak terjaga... 

Mesra Pelanggan
Kakitangan di kaunter dan juga di kawasan sekitar perlu lebih memaniskan muka dan mesra pengunjung... Ekspresi wajah mungkin boleh diperbaiki lagi...Kena dengan yang tak ambil kisah tak apa, tetapi jangan ambil remeh tau, ada pengunjung yang sangat teliti dan ambil kisah setiap inci kemudahan serta keadaan sekeliling... Tambat hati pengunjung tu penting untuk kelangsungan perniagaan yang dijalankan...He he he... Kakak? Dalam kategori fleksibel tetapi tetap rasa perlu diperbaiki... 

Air Yang Keruh di Bahagian "River Adventure"
Ada satu bahagian yang seakan mati di situ. Bahagian itu dipanggil "River Adventure"...Ianya sepatutnya berfungsi macam "River Cruising" naik pelampung gittew macam di Sunway Lagoon... Akan tetapi!!! Airnya sangat keruh yang mana secara jujur kalau tanya Farah, memang Farah tak akan bawa Ash ke bahagian itu untuk "River Cruising"... Errmmmm... Tapi hari tu pun tengok macam tak berfungsi jerrr...Memang dah nak tutup bahagian tu ke? Tapi sayanglah tak dijaga... Airnya pula bertakung dan keruh...Mencacatkan pemandangan juga tuh...Apa kata "convert" kepada sesuatu yang lain? Supaya ia tidak mencacatkan pemandangan? 

"LifeGuard"
"LifeGuard" di sini memang rajin-rajin...Heee... rajin tiup wisel "uolsss"...Ha ha ha... Tapi baguslah, mereka kan menjaga keselamatan pengunjung cuma kalau terlalu kerap meniup wisel tu, boleh jadi gangguan jugalah... Cara mengatasi... Sila pekakkan telinga dan berikan sepenuh tumpuan terhadap aktiviti anda... 

Bukanlah Farah sengaja suka-suka memberikan pandangan negatif ataupun cerita yang boleh mengakibatkan orang tidak mahu berkunjung...Seperti yang Farah katakan tadi...Ok...i-City WaterWorld, Shah Alam nih, cuma ada beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan serta diperbaiki... Kalau dapat dipertingkatkan dan diperbaiki, mesti jadi lagi ohsem!!! :-)... 

Waktu Operasi:

Hari Berkerja:
11.00 pagi sehingga 7.00 malam
(tutup pada hari Selasa)

Hujung Minggu / Cuti Umum / Cuti Sekolah:
10.00 pagi sehingga 7.00 malam

i-City WaterWorld, Shah Alam
D-1-G, /AJ, Jalan Multimedia 7/Ah
i-City
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan



Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kali Ini Kita Kocak Air Di i-City WaterWorld, Shah Alam, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, December 14, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. Lya x smpai lgi ke cne...nmpk best sgt.kat sabah ni x da lgi tmn2 tema mcm ni,kebykkn air terjun jer hhihi

    ReplyDelete
  2. wah menarik menarik ni.
    tq farah ur information

    ReplyDelete
  3. sekali sekala boleh la kat sini..repeat berkali-kali kene fikir lagi kot..kan.

    ReplyDelete
  4. Waaa best nya... hee dah lama tak main air

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY