Ibu Bekerjaya Juga Mampu Buat Anak Gembira!!!


Ada juga Farah terbaca keluhan-keluhan ibu bekerjaya yang rasa kekurangan bila mana "mind set" mereka mengatakan bahawasanya sebagai ibu bekerjaya masa mereka tidak seperti ibu-ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa yang mampu mengulit anak 24/7. Salah sebenarnya tanggapan itu, ibu yang sepenuh masa di rumah pun ada kerjanya juga yang mana kadang-kala anak-anak harus pandai membawa diri untuk bermain sendiri. Yer tak? Tidak semestinya ibu-ibu yang sepenuh masa di rumah itu mampu mengulit anak 24/7 kerana ibu-ibu yang sepenuh masa di rumah itu ada tugasan yang perlu dilakukan untuk menjaga rumahtangga serta ada juga ibu yang sepenuh masa di rumah tu sebenarnya melakukan pekerjaan dari rumah. Contoh yang paling dekat adalah melalui perniagaan di atas talian. Bezanya dengan ibu bekerjaya ialah anak sentiasa ada di depan mata. He he he...

Anda rasa jika anda seorang ibu yang bekerjaya anda tidak mampu membuatkan anak anda gembira ke? Setiap kali pulang dari pejabat, kita ni bukannya boleh terus berehat ok? Paling tidaklah, kita letak beg, gantung apron di badan dan bersiap-siap sediakan juadah makan malam untuk keluarga. Kemudiannya sibuk dengan urusan rumahtangga yang lain. Ya, inilah rutin tetap ibu bekerjaya. Kalau lakukan pesanan menu kedai pun sesekali hanya sebab memang tak larat atau dah sakit demam yer tak?

Tak pernah ada rungutan daripada kita sebagai ibu kerana di dalam hati kita, kita mahu menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak. Penat tak usah cerita yer tak? Demi keluarga ibu boleh saja. Untuk jadi lebih tersusun dan juga menggembirakan anak Farah kongsikan sedikit pengalaman Farah sendiri dan juga sedikit tips yang dapat Farah kongsikan dari artikel di SINI

Curi Masa Untuk Diri Sendiri
"This is what you call the "ME" time!!!"... Memang sangat-sangat penting untuk mencari satu masa untuk diri sendiri. Bayangkan selama ini anda sibuk menguruskan keperluan anak-anak. Sudah tiba masanya ibu perlu mencari minat ataupun hobi yang boleh dilakukan setiap hari. Ha ha ha, sebagai contoh Farah ber-blog, ini masanya Farah curi masa untuk diri Farah sendiri. Blog itu kan minat Farah? Menulis itu kan minat Farah? Kalau hobi membuat roti, mulakan membuat roti yang benar-benar anda suka. Perkara utama adalah lakukan sesuatu yang anda suka! Menjaga kesihatan fizikal dan mental begitu penting agar anda boleh memastikan anak-anak gembira setiap hari. 

Ada masa-masanya, kalau Farah rasa Farah perlukan masa dan ruang untuk diri sendiri. Cepat-cepat keluar dari pejabat dan kemudiannya kannn, Farah singgah ke pusat membeli-belah yang sangat berdekatan dan berhampiran dengan pejabat Farah kini. Saja, jalan-jalan, ronda-ronda dan terapi diri di situ. "Window shopping" tidak semestinya membeli kan? Kebiasaannya masa yang Farah ambil untuk diri sendiri ini tidak lebih dari satu jam! Tenang-tenangkan diri, tenang-tenangkan diri juga yer tak? Namun jangan sesekali lupakan anak di rumah...

Cuba Untuk Ketawa
Belajarlah untuk ketawa!!! Tapi jangan ketawa sebarangan yer? Nanti orang ingat kita ni mental pula...Ahakss... Tekanan itu adalah adat dan tekanan itu adalah menjadikan diri kita sebagai seorang ibu lebih kuat. Tak ada tekanan tak ada cabaranlah hidup kita ni yer tak? Jadi usahalah untuk belajar bergembira dan ketawa dengan anak-anak walaupun sebesar mana pun masalah ataupun tekanan yang dihadapi yer? Lakukan aktiviti bersama mereka sebelum tidur ataupun di hujung minggu.

Jadi ibu bekerjaya memang perlu pandai "slot" masa untuk bersama anak-anak untuk aktiviti "bonding time". "Bonding time" itu sangat penting dan tak boleh sesekali diabaikan. Secara peribadi, waktu Farah fokus 100% pada Ash adalah pada waktu malam selepas balik bekerja seusai mandi, solat dan masak sebelum dia tidur selama lebih kurang sejam setengah ataupun dua jam. Bergantung kepada waktu tidur atau mengantuk Ash. Memang jika nak dibandingkan dengan ibu sepenuh masa di rumah waktu itu sangat kurang dan tidak memadai amaunnya...Tapi fikirkan sejenak kembali, "it's better to have the personal touch at least an hour rather than nothing right?"...Eloklah hado dari nan hado langsunggg!!! Hujung minggu jika tiada acara blog, atau Farah memilih untuk tidak mengikuti mana-mana acara blog, adalah sememangnya khusus untuk Ash semata. 

Disiplin Kerja Itu Penting
Aturan kerja penuh disiplin adalah asas kejayaan seseorang ibu. Bangun seawal pagi dan lakukan setiap pekerjaan itu dengan pantas dan tangkas. Buat senarai kerja dan letakkan di tempat yang boleh dilihat dengan mudah. Misalnya di peti sejuk. Jadual biarlah praktikal kannn? Untuk ibu lakukan janganlah letakkan sesuatu di luar jangkaan kita pula... "Be realistic ok?" 

Keluarga Tetap Nombor Satu!!!
Walaupun wanita bekerjaya, anda tetap wajib letak keluarga fokus utama. Setiap kali balik ke rumah, perkara pertama dakaplah anak-anak. Luahkan kerinduan seharian yang ditinggalkan kemudian, baru lakukan perkara yang seterusnya. Sebelum tidur, peluk mereka dan ciumlah anak-anak dengan penuh mesra. Ini cara membina sikap positif dalam diri anak-anak tanpa anda sedari. Kalau pipi Ash tu memang lunyai dikerjakan Mommy....Ha ha ha... Rindu oooo seharian tinggal.... 

Cipta Rumah "Syurga"
Binalah sebuah rumah ibarat syurga. Tuang sehabis boleh kasih ke dalam keluarga. Pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan teratur walaupun anak menyepah sehebat mana. Ajar anak-anak mengemas barangan mereka. Ha ha ha... Ash masih dalam latihan...Ini akan membantu meringankan tugasan anda kelak. 

Semua ibu mampu membuatkan anak gembira!!! Dengan cara??? Dengan cara kita yang tersendiri dan "tailor-made" ikut kesesuaian kita... Betul tak??? Jadi tak perlu rasa kekurangan walaupun anda adalah merupakan ibu yang bekerjaya yang mana anda rasakan waktu bersama anak adalah terhad. ;-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ibu Bekerjaya Juga Mampu Buat Anak Gembira!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, December 3, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. Wahhh... Yeayyy... dah boleh komen blog Farah setelah sekian lama tak dapat mengomen.

    Ha betul tu Farah. Ibu bekerjaya perlu pandai bahagi dan agihkan masa dan paling penting, kena ada jadual & target. Thanks Farah atas tips berguna di atas.

    ReplyDelete
  2. sy selalu memasak. weekend husband ada balik so ada la masa untuk diri sendiri tapi kadang2 anak sibuk jugak ikut kita ke dapr. hihhihi

    ReplyDelete
  3. setuju sangat-sangat...semua mommy adalah supermom keluarga masing-masing

    ReplyDelete
  4. sebenarnya ibu yang bekerja lebih kuat emosi dan mental, seharian kat pejabat bukan bermakna relax. balik rumah sambung tanggujawab sebagai isteri dan ibu.. rehat beberapa jam jer tu pun kalau anak tidur lena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ! kwn yg surirumah selalu je ckp yg dia lagi teruk dri yg bekerja.. huhu diaorg ingat kita yg bekerja ni balik kje goyang kaki..

      Delete
  5. setuju. pengurusan masa dan disiplin diri itulah kuncinya...plus sentiasa positif di atas perkara yg remeh temeh

    ReplyDelete
  6. Isu terkini dalam perdebatan kalangan wanita moden.. Tak perlu pertikaian kehidupan orang lain sebenanrnya... Syukur dgn diri kita dan jalan kehidupan yg kita pilih.. Tak perlu nak bandingkan dgn orang lain..

    ReplyDelete
  7. Tapi duduk rumah jaga anak memang letih.Saya dulu kerja executive okla hantar anak rmh org blk jmput pun dh ptg xterasa sgt.Anak no 2 berhenti kerja dan jaga sendiri smpai kata kt laki lbh rela bkerja daripada duduk rmh jga ank jika diberi pilihan.Tp tula ank no2 ni xnk kt org lain nk xnk kena jga juga la.Jaga budak2 kena bnyk bersabar letihnya ya ampun.Sebab itu ada kajian uji suami duduk rumah utk satu hari pun para suami tak sanggup dan mereka lebih rela bekerja.Yerla letih nk uruskn rumah,masak n jga ank serentak.Sebab tu yg jd surirumah tanpa maid xsempat nk bergaya. Ibu yg bkerja cntik2 belaka.Apa2 pun dua2 ada pro n con.Yg pasti semua ibu nk yg tbaik utk ank2 mereka.Xde lbh n kurang pun..both equall.

    ReplyDelete
  8. yes, farah. dgn cara kita sendiri.
    dgn pattern yg kita acu sendiri.
    lain ibu, lain keadaan sekeliling.
    jgn tiru org :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY