Anak Suka Gigit Kuku??? Sila Guna Cara Ini...

Sumber dari Google
Sikit-sikit dia gigit yer? Lama-lama sampailah kuku tu jadi sebegini rupa...

Sumber dari Google
Setakat ni, Iman Ash belum lagilah ada tabiat menggigit kuku ni... Tak pernah nampak lagi dia menggigit kuku dan harap-harapnya akan datang pun tidaklah hendaknya... Tak sanggup nak tengok rupa kuku Iman Ash jadi seperti gambar di atas...Jatuh saham anak teruna kakak nanti...Ahakss... 

Tak pelik pun jika anak anda sering gigit jari, ada beberapa cara yang boleh membantu untuk menghentikan tabiat ini. Anak-anak mungkin sahaja menggigit kuku kerana bosan, tertekan mahupun disebabkan oleh kebiasaan. Kebiasaan ini menjadi tabiat dan akan terbawa-bawa sehingga ke peringkat umur yang lebih dewasa jika tidak dibendung dari awal. 

Situasi baru, pengalaman baru di sekolah, persahabatan dan pelbagai aspek lain dalam kehidupan anak-anak sedikit sebanyak memberikan tekanan yang jarang dapat difahami oleh ibu bapa. Jadi keadaan ini boleh menyumbang kepada permulaan tabiat menggigit kuku. Menurut artikel di SINI, berikut merupakan beberapa tips yang boleh digunapakai untuk menghentikan tabiat tersebut daripada terus menjadi amalan anak-anak anda.

Kenalpasti Perasaan Anak
Jika anak menggigit kuku, kemungkinan kerana tekanan yang sedang dihadapinya. Contohnya, peperiksaan yang hampir menjelang, penceraian dalam keluarga ataupun suasana baru dalam kehidupan. Usah biarkan anak-anak terus terbiar dalam tekanan. Bantulah anak-anak menangani masalah tersebut dengan komunikasi yang berkesan.

Elak Menghukum
Tabiat menggigit kuku bukan mudah untuk dihakis. Hukuman tidak akan menyelesaikan masalah. Apa kata gunakan cara yang lebih berdiplomasi bagi membantu anak meninggalkan tabiat tersebut secara berperingkat? Contohnya, meletakkan peraturan yang munasabah seperti "dilarang menggigit kuku ketika di meja makan". Anak-anak akan menurut peraturan tersebut dan sedikit demi sedikit tabiat tersebut akan dapat dikurangkan.

Cipta Mitos Yang Munasabah
Reka-reka cerita...Ha ha ha...Biasalah tu kannn? Ibu bapa kena kreatif sikit. Cuba beritahu tentang mitos-mitos berkenaan dengan tabiat tersebut seperti "perut akan buncit kerana kuman pada kuku akan membiak di dalam perut". Anak-anak akan sentiasa mengingati perkara tersebut dan secara perlahan akan meninggalkan tabiat itu.

Beri Sokongan Dan Bantuan
Susah macam mana pun, satu masa anak akan bersedia untuk meninggalkan tabiat menggigit kuku tersebut. Mungkin kerana ejekan rakan-rakan di sekolah. Jika situasi tersebut berlaku, pastikan anda sentiasa bersamanya. Berikan kata-kata semangat dan dorongan padanya. Jangan lupa untuk menyatakan kasih sayang anda padanya tidak kira apa pun yang berlaku. 

Atasi Jika Melarat
Dapatkan nasihat doktor jika anak-anak menggigit kuku sehingga menyebabkan luka dan pendarahan pada jarinya. Jika tabiat tersebut berlaku secara tiba-tiba dan melarat dengan teruk, si kecil pasti memerlukan rawatan ataupun bantuan kaunseling professional dengan segera.

Farah sendiri pernah lihat kawan sekolah rendah Farah dulu suka sangat gigit kuku sampai berdarah-darah...Adoiii terbayang lagi...Macam alamak tak sakit ke? Hu hu hu...Kalau anak-anak mula menggigit kuku tu, cegahlah awal-awal supaya tidak menjadi kebiasaan sehinggakan kesan seperti berdarah dan sebagainya berlaku...Lagipun rosak kuku... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Anak Suka Gigit Kuku??? Sila Guna Cara Ini... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, December 14, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Alamak.
    Adik akk dh umur 36 pun masih ada tabiat ni, berjangkit kt ank akk yg umur 16 skrg, adiknya yg umur 6 thn pun ada nk ngikut juga nih, aduhaiii

    ReplyDelete
  2. Ha, mak dulu selalu bagi mitos yg bukan2 tak nak bg sy gigit kuku..hahah

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY