Kongsi Makanan Dengan Kucing???


Bukannya makanan kucing yang dia makan tetapi makanan dia yang dia kongsi dengan kucing. Kucing tu dah ibarat kawan baik dia sangat dah. Hari-hari minta sama ada Nek Ma dia ataupun Farah buka "sliding door" semata-mata nak panggil kucing jiran yang rajin sangat bertandang tu. Hu hu hu... Yang si kucing pun bila kawan baik dah memanggil laju jer datang. Kenal sangat dah kucing tu dengan suara Iman Ash. Kagum sekejap si Mommy melihat nilai persahabatan di antara kucing tu dan Ash. 

Kucing mana? Kucing yang sama seperti yang Farah pernah kongsikan di dalam salah satu entri Farah sebelum ni iaitu... 


Sama-sama membesar mereka ni. Ha ha ha... Setia sungguh mereka berkawan... Ash kan pencinta kucing dan si Mommy pula adalah penakut kucing tahap ekstrem dan tak boleh ditolong lagi dah. Bila anak dah minat kucing ni terpaksalah belajar-belajar beranikan diri. Yakin boleh! Ha ha ha... Masalahnya boleh ke??? Tiap kali cuba beranikan diri mesti gagal... Muahahaha... 

Sumber dari Google
Cuti Deepavali yang baru lepas ni, dia tiba-tiba susah sangat nak makan. Itu "mood" dia lah tu, memang ada masa kalau kita suap dia, tertepis-tepis, tertepis-tepis tak mau makan. Suapkan dia lepas tu dia keluarkan nasi tu balik. Habis berterabur atas lantai. Farah ni pula, kalau Ash tak nak makan susah hati... Ha ha ha... Macam mana pun mesti nak buatkan dia sampai nak makan. Kadang-kadang tu bukan dia tak nak makan, nak makan, tapi Ash ni kuat menyakat Mommy. Saja jer dia sambil gelak-gelak berlari keliling rumah dan Farah terpaksa kejar dia semata-mata nak suap makanan. Semput menyuap anak teruna ni makan tau tak? Ihiksss... Banyak main! 

Terpaksa fikir macam-macam cara nak beri dia "stay" satu tempat makan. Kena disiplinkanlah dari kecil yer tak? Nanti ada pula cakap-cakap belakang kata mak tak reti mengajar anak makan setempat. Bha ha ha... Caranya makan di meja makan, sambil ikat dia pada "high chair" dia tu. Kadang-kadang, bila tiba angin dia tak nak duduk di "high chair" terpaksa duduk depan televisyen, pasangkan kartun kegemaran dia semata-mata nak beri dia duduk makan dengan diam. Tertib sikit Ash... 

Owhhh, kelain pula perginya cerita... Cuti Deepavali yang baru lepas ni, "mood" makan tu jadi susah. Lain sikit pula caranya. Berjalan menuju ke "sliding door" suruh buka dan dia panggil kucing. Maka dengan lenggok Mak Limah datanglah kucing tu. Bila kucing dah sampai, dia duduk, kucing pun duduk... Entah apalah pesanan khidmat masyarakat dia pada kucing tu... Yang kucing pula, saya yang menurut perintah... 

Ambillah peluang tu kan? Cuba suap dia makan... Nganga ko... Cumanya lepas suap dia, dia ambil tangan kita sambil mulut becok, halakan ke pinggan dan kemudian suruh kita ambil makanan dan ambil semula tangan kita dan suruh berikan pada kucing. Awww... "So sweet"... Dia suruh, Farah kongsikan makanan dia dengan kucing. Dah macam menyuap dua orang anak makan dah Mommy ni jadinya... Suap Ash, kemudian letakkan ke lantai sebahagian makanan Ash untuk kucing. Suap anak tangan kanan ler oiii... Ambil sebahagian makanan guna tangan kanan, alihkan ke tangan kiri kemudian letakkan secara perlahan-lahan ke lantai. Takut kucing katakan. 

Selamba jer dia bagi arahan kat kucing tu... "It..It.." bermaksud "eat"... Kucing pun makan. Makan bersaing, selera mereka ek? Setiap kali kucing makan... Haaaa kata Ash... Berulang-ulang dan berterusan sampailah habis licin semua nasi dan lauk pauk dalam pinggan. Kenyang anak manja Mommy dan "anak angkat" Mommy yer? 

Farah kisah ke Ash berkongsi makanan dia dengan dengan kucing kesayangan dia tu? Tak apalah mungkin Allah sedang beritahu, makanan kita hak kita tu bukan semua rezeki kita. Sebahagiannya adalah rezeki kucing sebab tu kucing tu datang pada kita. Mungkin Allah juga sedang memberitahu kita, apabila kita memberikan makanan kepada kucing itu, Allah akan ganti dengan rezeki lain yang lebih baik. Sebab satu kebaikan itu Allah balas dengan 10 kebaikan atau pahala. Allah Maha Mampu. Dan boleh jadi Allah sedang memberitahu apabila kita tidak memberi makanan kepada kucing itu sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru. Rezeki itu luas, bukan hanya wang tapi meliputi kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan. Kerana haiwan tidak pandai mengucapkan terima kasih, ia hanya tahu minta dan makan. :-). 

Jauh di sudut hati, yang benarnya bangga dengan Ash dan suka dengan sikap Ash walaupun Farah ni penakut kucing. Ngeee... Apakah memang Mommy kena belikan anak kucing untuk Ash seekor sempena hari lahir Ash tak lama lagi??? Hurmmm... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kongsi Makanan Dengan Kucing??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, November 12, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

5 comments:

  1. kanak-kanak memang suka main tambahan masa makan

    ReplyDelete
  2. Murah rezeki berkongsi makan dgn kucing;)

    ReplyDelete
  3. mummy dah ada ank angkat..hehehehe..ok juga mummy hadiahkan ash tu..huhuhu..

    ReplyDelete
  4. soooo sweet.
    bagus gitu farah. satu didikan yg baik.
    buat pe la kita nak halang dia kan.
    dia sedang mengenali alam dia.
    sharing... caring... walaupun dgn kucing :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY