Bila Dia Mandi Kolam...


Alaaa... bukan kolam betul-betul pun, kolam "inflatable" tu... Ini memang aktiviti mingguan Ash jika cuaca mengizinkan seperti langit cerah tanpa jerebu, tidak hujan dengan petir dan kilat sabung menyabung di luar sana tu... Memang dah menjadi rutin dan salah satu aktiviti riadah Ash kalau tak ke mana-mana dan ada di rumah. Oklah tu kan? Ada aktiviti lain selain "homeschooling", tablet dan televisyen. Cipta kelainan sedikit, kalau tak bukan setakat Ash dengan Mommy Mommy sekali kematu.

Sewaktu kecil dan sebelum-sebelum ni agak tidak sukar mengawasi dia bermain serta mandi kolam buatan nih. Akan tetapi, hujung minggu yang lepas baru-baru ni ada pula teknik baru dia bila bermain serta mandi kolam buatan nih... Haiyoooo.... Jawapannya memang tak boleh lepas pandang dan kena sentiasa ada dekat dengan dia. Sekarang Mommy terpaksa masuk ke dalam kolam sekali dengan dia... Ahaksss nasiblah Mommy ni jenis "moderate size". Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil... Yang sedang-sedang ajer gittew... Bha ha ha... Sedanglah sangattttt... Sedangkan tembun tak sedar...

Sekarang ni dia dah pandai nak ber"jogging" dan melompat-lompat dalam kolam tu. Dush dush dush... Pening jap Mommy. Lagi dilarang, lagi galak nampaknya. Bukannya apa, dasar kolam tu adalah daripada plastik... Plastik... Dan asasnya memang materialnya plastik... Kalau terlentang atau tergelicik? Sakitnya siapa? Cederanya siapa? Dan yang menggelabah, panik siapa? Mahu tak mahu, memang kena masuk juga dalam kolam tu dan rapat sangat-sangat dengan dia... Bahaya oooo... Memang Mommy tak lepas ler...

Ini membuatkan Mommy nak mencari kolam yang lebih besar dan juga lebih tinggi... Supaya keseronokkannya lebih dan juga dia tak dapat melompat serta ber"jogging" macam tu dalam kolam "inflatable" tu..  Macam-macam cerita kan yang dia cipta? Makin besar makin banyak cerita ek? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Dia Mandi Kolam... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, November 4, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. boleh cari yang lebih besar lagi,selesa sikit mommy dan ash duduk dalam tu

    ReplyDelete
  2. Sukanya dia.... heeee... lama tak tengok hero besar dah ensem :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY