Home » , , , , , , » Bentuk Wajah Dalam 30 Saat???

Bentuk Wajah Dalam 30 Saat???


Sekarang ni tengah demam bermain bentuk-bentuk wajah...Al-maklumlah, wajah tembun kenalah belajar-belajar teknik kontur dan "highlight" kan? Bila ambil gambar tak adalah nampak macam "monster" sangat kembangnya...Ha ha ha... Muka Farah kan jenis nak kata bulat tidak, nak kata bujur pun tidak. Jadi kena pandai-pandailah nak bermain dengan alat solekan yang ada. Dunia solekan kan setiap hari ada jer benda baru... Nak kata minatttt sangat bersolek tu taklah juga, nak kata tidak tu, pun taklah juga... Mungkin Farah dalam kategori "moderate" kot? Ihikss... Bila tiba waktu rajin...Bersolek ajerlah kerjanya...bila tiba waktu mim alif lam alif sin... masa tu memang seksa oooo paksa diri bersolek... Waktu mim alif lam alif sin tu, biasanya tepek bedak dan "eyeliner" jer...Bagi tak nampak "obvious" sangat muka tak siap...Ha ha ha... 

Terbaru seperti yang anda dapat lihat di atas dan Farah nyatakan di perenggan pertama tadi adalah bedak asas 4 warna. Cuba-cuba nak membiasakan diri dengan teknik kontur dan "highlight"...Pada asasnya, bukanlah setiap hari anda perlu lakukan teknik kontur dan "highlight" pada wajah ni. Kalau anda rasa diri anda tu persis Kim Kardashian...Haaa...tu mungkin...Sebab nak kena lalu permaidani merah hari-hari kannn? ;-)... Walaubagaimanapun, kalau masih nak lakukan teknik kontur dan "highlight" ni setiap hari pun boleh...Tapi jika anda bekerja ataupun mempunyai anak kecil, kenalah bijak mencari bagaimana kaedahnya untuk melakukannya di dalam masa yang singkat. Kalau tidak? Alamatnya memang kelewatanlah segala perkara... 

Sumber dari Google
Mula-mula bila anda tonton tutorial yang diberikan di mana-mana video pun anda akan terasa macam badut ajer diri dilukis sebegitu lupa. Tetapi bila kita dah "blend"... Hasilnya menakjubkan...Farah suka!!! Ha ha ha... Tak percaya? Mari lihat... 


Kenapa teknik ni ter-evolusi dalam dunia solekan ek? Ha ha ha, yang Farah faham lah...Ia untuk memberikan impak ilusi kepada bentuk wajah seperti mengecilkan wajah ke? Meruncingkan dagu ke? Gittewlah... He he he... Bila dah mula bermain-main begini, lama-lama dah jadi seronok dah pula... Anda tak nak cuba ke? Seronok juga ok? Wee wee wee... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bentuk Wajah Dalam 30 Saat??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, November 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. kak faaraaaahhhh ...tenkiuu...yaya suka entry ni.... :)

    ReplyDelete
  2. Kena belajar jugak ni... ros tak pandai mekap. Huhu

    ReplyDelete
  3. Mia pun minat juga tengok tutorial makeup ni tp malas nak makeup. Hehe

    ReplyDelete
  4. selalu juga tengok video2 macam ni..tapi kan..tak pernah ikut pun Farah..bila nak keluar dok pakai ikut kata hati je la..tu yang kadang2 tak kuasa nak ambik gambar sendiri tu...hhahah

    ReplyDelete
  5. Seronok tengok..PC rajin juga tengok..hehe..kenkonon nak buat..haha..pernah sekali buat..bukan buat apa pun.,cuba pajai blusher je..senget..belah tinggi belah rendah..taubat tak pakai lagi..

    ReplyDelete
  6. Menarik... Tapi rasa tak sempat nak melayan muka dah ni..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY