Home » , , , , , , , , , » Syukur Dan Lega Yang Amattt...

Syukur Dan Lega Yang Amattt...

Sumber dari Google
Untuk bahagian yang besar yang satu ini, Alhamdulillah, syukur Ya Allah dan lega yang amattt... Untuk bahagian-bahagian yang lain masih perlu menghadap lagi. Cumanya, sekurang-kurangnya tak perlu memikirkan bahagian yang ini lagi dah... "For now"... 

Apa tu??? 


Ni haaa... Baby Mia Farah ni ha... Semalam dapat surat dari bank yang tajuknya "Confirmation of Sale"... Isi kandungan surat itu menyatakan bahawasanya hak milik Baby Mia adalah kini sepenuhnya atas nama Farah disebabkan pembayaran ansuran bulanan telahpun selesai sepenuhnya. Kiranya, dah tak ada kongsi-kongsi hak milik dengan bank lagi dah. 

Mulanya kannn... Rasa macam tak percaya pun ada. Erkkk betul ke? Walhal kalau tak silap Farah, pada pertengahan tahun ni tadi, Farah ada berhubung dengan pihak bank untuk bertanyakan mengenai status ansuran. Farah dimaklumkan bahawasanya ansuran pembayaran pinjaman jual beli Farah dengan bank akan selesai pada bulan Oktober 2015 ni. Sebab macam tiba-tiba bulan Ogos dah selesai tu yang jadi tak percaya tu. 

Disebabkan rasa was-was dan kurang percaya itu, Farah pun telefonlah pihak bank tadi. Iya... Alhamdulillah, memang betul urusan pinjaman jual beli kereta Farah telah selesai sepenuhnya. Legaaaa..... (satu bab)... 

Apa nak buat bila urusan pinjaman jual beli kereta dah selesai? Dapatkan geran kereta yang asli dari pihak bank sebab dah jadi hak milik kita kannn? Dalam kes Farah, geran yang asli dah lebih kurang 2 tahun dah Farah pegang. Heee, tu pun sebab dulu masa nak perbaharui cukai jalan dan insurans, bank berkenaan baru berpindah....kakitangannya tak sempat buat salinan dan terus beri yang asli untuk simpanan. 

Kemudian perlu ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk dapatkan cop pembatalan hak milik kenderaan oleh bank dan kini adalah hak milik mutlak Farah seorang sahaja. In Shaa Allah, akan diuruskan dalam waktu terdekat. 

Pejam celik pejam celik dah 5 tahun rupanya Baby Mia ni. Alhamdulillah, syukur dan lega yang amattt!!! Buat masa sekarang tak fikir pun nak bertukar kepada yang lain. Cukuplah Baby Mia ni ada. Lagipun kondisi masih tip top dan masih seperti baru lagi walaupun usia dah 5 tahun. Tak ada yang cacat celanya. Uishhh... Baby Mia ni dibelai dan ditatang dengan sebaiknya dan memang banyak sangat jasanya. 

Dah selesai satu bahagian kena fokuskan bahagian-bahagian lain yang memerlukan perhatian pula... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Syukur Dan Lega Yang Amattt..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, September 4, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Whh seronoknyaa sekurang kurangnya satu dah langsai :)

    ReplyDelete
  2. Salam singgah sini farah....wahhh... bestnya baby mia dah jadi hak milik farah sepenuhnya....Tahniah yer farah...

    ReplyDelete
  3. Nampak cantik macam baru je Farah..tak nampak macam dah 5 tahun. Bestnya dah habis bayar. Hilang beban hutang,kan?

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..memang lega sangat dah sette..tak perlu bayar bulanan lagi dah kan

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..pasni takde dah nak risau

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY