Home » , , , , , » Laman Web #Bajet2016 & Mekanisme Crowdsourcing Untuk Bajet 2016

Laman Web #Bajet2016 & Mekanisme Crowdsourcing Untuk Bajet 2016


Kalau Ramadhan dan Raya setiap tahun kita nantikan, pembentangan bajet pun antara perkara penting dalam Malaysia untuk kita nantikan yer tak? Mungkin ada yang mengharapkan keajaiban berlaku, dengan harapan... Mungkin ada yang sekadar ingin ambil tahu agar tidak ketinggalan atau keciciran berita serta pengetahuan. Dan tak kurang juga yang memikirkan apakah yang bakal naik lagi di tahun yang mendatang. 

Bajet oh bajet. Uhuksss, apa pun hidup tetap perlu diteruskan dan rezeki tetap perlu diusahakan serta dicari bagi meneruskan kelangsungan hidup. #ehhh tak lama lagi jer kan pembentangan Bajet 2016? Pejam celik, pejam celik dah sampai dah tarikh 23 Oktober 2015 tu... 

Tahun 2015 dan Bajet 2016 ni pendekatannya agak berbeza sedikit dari tahun-tahun sebelumnya. Sebab dah ada laman web Bajet 2016. Yang mana untuk Bajet 2016 ini, dikatakan pendekatan "crowdsourcing" telah diperkenalkan kepada rakyat. Dalam erti kata yang lain, rakyat dialu-alukan untuk mengambil bahagian dengan mengemukakan cadangan anda di laman web yang dimaksudkan. Jadi sekiranya, anda mempunyai banyak cadangan terpendam silalah kemukakan cadangan anda tu di saluran yang telahpun disediakan. 

Farah pasti di dalam kalangan kita ni semua, memang banyak jer cadangan sebenarnya yang terluah dan tak terluah. Nak nak lagi zaman kos sara hidup yang semakin tinggi dan gaji yang tak berapa nak tinggi. Boleh dikatakan zaman sekarang ni dah jadi zaman "survival", tambahan lagi dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit... Arghhhh... Tensi juga kannn??? Katalah nak bercuti di United States, ahakss memang tak jadi bercuti ler... Duit tak berapa nak berkepok-kepok. Kalau berkepok-kepok pun, rasanya lebih baik menyimpan untuk keperluan yang lebih penting. Anak semakin membesar oiii... Semakin banyak nak pakai duit. Kena beringat sikit... *pesanpadadirisendiri

Bagaimana mekanisme "crowdsourcing" untuk Bajet 2016 ni bekerja??? 

Sumber dari Twitter

Begitulah seadanya... Proses "crowdsourcing" untuk Bajet 2016. Bebel panjang-panjang pun tak tau nak melalut apa. Cumanya, moga-moga cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh orang ramai betul-betul dipertimbangkan serta membawa kepada perubahan yang diharapkan. Tiap kali bajet dibentangkan, tiap kali tu lah macam-macam perkara yang dibayangkan... 

*Nilai RM50.00 dah macam RM10.00, nilai RM100.00 dah rasa macam tak sampai RM50.00... Bukan boros berbelanja, rasanya macam dah habis jimat dah kot? Hu hu hu... Apapun, bersyukurlah dan teruskan kelangsungan hidup seadanya... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Laman Web #Bajet2016 & Mekanisme Crowdsourcing Untuk Bajet 2016, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, September 14, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. betul rasanya dah habis jimat tahap paling maksimum jimatnya..keperluan mesti dipenuhi..kehendak sudah banyak ditolak ke tepi..suka atau tidak mesti kena lakukan perubahan untuk rakyat semua..supaya yang susah tidak terus bertambah tersepit..

    ReplyDelete
  2. its true dear... nilai ringgit skrg ni dah takde nilainya dah... pegang kat tangan sekejap abis... harap2 lah pemimpin kita boleh cari resolusi utk ringankan beban rakyat... sebagai penjawat awam ofkos lah nak dapat bonus haha...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY