Home » , , , , , » Fenomena Ombak Merah : Elak Makan Kerang!!!

Fenomena Ombak Merah : Elak Makan Kerang!!!

Sumber dari Google 
Baru jer terfikir nak membeli kerang dan layan kerang rebus. Kerang rebus kalau makan memang layan. Boleh duduk menghadap berlama-lama semata-mata nak menikmati kerang rebus yang enak tu. Alih-alih tiba-tiba terbantut pula idea nak membeli kerang dan melaksanakan hajat nak makan kerang rebus tu. 

Kenapa? Sebab kerang beracun! Disebabkan oleh fenomena ombak merah. Sebelum berkongsi berita ini dengan lebih lanjut, meh nak kongsi sikit tentang fenomena ombak merah ni. Apa tu fenomena ombak merah? 

Menurut sumber di SINI

Ombak merah atau air merah juga dikenali sebagai "red tides", adalah satu fenomena semulajadi yang mana ledakan alga mikroskopik berlaku. Dalam persekitaran marin terdapat pelbagai jenis hidupan mikroskopik yang penting untuk persekitarannya. Hidupan mikroskopik ini menghasilkan makanan melalui aktiviti fotosintesis dan menyokong hidupan lain di aras trofik yang lebih tinggi dalam rangkaian makanan. 

Kebanyakan hidupan ini terapung dalam turus air dan bergerak mengikut pergerakkan air larus dan pasang surut di sekelilingnya. Hidupan mikroskopik ini juga sering dikenali sebagai alga atau fitoplankton. Pelbagai jenis manfaat boleh diperoleh daripada fitoplankton. 

Walaubagaimanapun, terdapat fitoplankton tertentu yang berupaya menghasilkan bahan metabolit berancun dalam selnya yang boleh membawa mudarat kepada hidupan laut serta manusia. Apabila fitoplankton tertentu menumbuh pesat akibat keadaan persekitaran yang sesuai atau rangsangan luaran seperti peningkatan komposisi nutrien dalam air, ia akan membentuk ledakan dan menyebabkan persekitaran air berubah menjadi kemerahan.

Walaupun kebanyakan ledakan adalah berwarna kemerahan, terdapat juga ledakan yang berbentuk kehijauan dan keperangan. Jika ledakan alga berlaku di kawasan penghasilan kerang-kerangan (seumpamanya kerang, tiram dan kupang), kemungkinan besar kerang-kerangan ini akan tercemar dengan bahan metabolit beracun yang dihasilkan oleh fitoplankton tersebut.

Ini menyebabkan kerangan tidak sesuai untuk dipasarkan atau dimakan. Kebanyakkan bahan metabolit ini adalah jenis toksin saraf yang akan merencat fungsi saluran ion dalam sistem saraf mamalia. 

Yang bahayanya, bila keracunan dari kerangan ini ia juga boleh mengakibatkan kematian. Mangsa yang keracunan akan mengalami kelumpuhan otot atau pernafasan dalam 30 minit. Tahap ketoksikan ini adalah 1000 kali lebih tinggi berbanding cyanide, tidak berbau, tiada rasa, tidak boleh dimusnahkan dengan sebarang asid atau alkali atau dengan suhu yang tinggi. 

Bahayakan? Disebabkan itulah kena elakkan makan kerang-kerangan buat sementara waktu ni. Rasanya ramai yang dah tahu kan berita ni? 

Yang Farah nak kongsikan berita adalah dari sumber di SINI

TUMPAT: Orang ramai dinasihat agar tidak memakan kerang yang diperoleh dari Sungai Geting, di sini kerana dikhuatiri masih tercemar akibat fenomena alga atau 'ombak merah'.

Penjualannya juga dilarang sehingga mendapat pengesahan Jabatan Perikanan Kelantan berhubung kandungan toksin air sungai berkenaan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata tahap toksin yang tinggi dalam alga merah akan menyebabkan keracunan serta boleh membawa maut.

"Tempoh lama mana (larangan) itu bergantung kepada kajian seterusnya oleh jabatan perikanan, tahap yang dibenarkan adalah 80 mikrogram/100 gram tisu, sekarang 3000 ribu paras amat berbahaya," katanya selepas meninjau Sungai Geting pada Ahad.

Menurutnya, notis larangan sudah dikeluarkan di semua premis penjualan hasil laut, sungai serta pangkalan sungai.

Bagaimanapun, kerang dari sungai lain adalah selamat untuk dimakan.

Sementara itu, Felo Kanan Penyelidik Universiti Malaya, Prof Dr Leaw Chui Pin berkata mereka yang mengalami keracunan toksin alga merah akan menunjukkan simptom seperti sesak nafas, kebas dan lumpuh otot

Malah katanya, dalam kes tertentu ia boleh membawa maut

"Simptom keracunan biasanya bermula dengan rasa kebas bahagian bibir, lidah dan seterusnya melumpuhkan sistem penafasan dan cirit birit,

"Jenis plank ini hanya mencemarkan kerangan tetapi tidak kepada ikan," katanya lagi.

Alga merah dikesan di Sungai Geting sekitar tahun 2001.

Ketika itu, enam penduduk mengalami keracunan dengan salah seorangnya maut kerana memakan kerang-kerangan hasil dari sungai berkenaan.

Pertumbuhan alga merah atau dikenali sebagai "red tide" merupakan kejadian semulajadi.

Kehadiran alga merah dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan air sungai kelihatan merah.
Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Perikanan Kelantan, Mohd Zain Saad menjelaskan kewujudan alga merah ini tidak menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Menurutnya, ketika ini, alga merah dikesan di Sungai Geting sahaja dan nelayan boleh mengutip hasil kerang di sungai-sungai lain tanpa sebarang masalah.

Menurutnya, larangan mengutip dan menjual semua hasil kerang dari Sungai Geting berkuatkuasa sejak 10 September lalu.

Setakat ini, katanya, tiada kes penduduk keracunan akibat memakan kerang-kerangan dari Sungai Geting diterima.

Yer tau jauh pun fenomena ombak merah tu dan kerang-kerangan beracun tu dari lokasi tempat tinggal Farah. Tapiii, tak salahkan berhati-hati... Farah ni kan ada kalanya "over cautious" sikit. Tetapi sesiapa yang berhampiran tu adalah amat disarankan supaya berhenti memakan kerang buat sementara waktu sehingga keadaan benar-benar disahkan selamat. 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Fenomena Ombak Merah : Elak Makan Kerang!!! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, September 20, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. dh lah tgh craving T.T uwarghhhhh

    ReplyDelete
  2. salam....
    tq share farah...
    nasibla yaya jnis bukan suka mkn kerang ni..huhu

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,

    hi sis... lama gile tak jenguk sini.... okayy !!! fine tak boleh makan kerang daaa !!!

    ReplyDelete
  4. Baru teringin nak pergi beli kerang...sabaralh dulu

    ReplyDelete
  5. lor baru makan cahr kuew teow kerang..hehee

    ReplyDelete
  6. bahaya nya ... kena tunggu fenomena ni reda dulu la kan baru leh makan balik

    ReplyDelete
  7. tengok jugak berita malam tadi pasal kerang ni...

    ReplyDelete
  8. ooooo... xd lah teringin sangat. tapi bila datang ngidamnyer tu susah jugak. takut terlupa.

    ReplyDelete
  9. Alahai...dh la fav mamalong ni...Adik akaknpun ckp benda yg sama sbb dia kan keja ngan LKIM

    ReplyDelete
  10. ahhh kerang mmg bestt. susah betul nk tnggal kann hehehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY