Pagi semalam lebih kurang dalam pukul 3.00 pagi, tiba-tiba seisi rumah bergelap. Bukan kerana "blackout" tetapi disebabkan lampu tangga tiba-tiba terpadam dengan sendirinya. Hurmmm, mentol terbakar lettew gamaknya tu. Dan secara tiba-tiba juga Ash nak susu. Meraba-raba ko mencari suis lampu nak turun ke bawah nak ke dapur nak buat susu Ash.
Kebiasaannya, kalau malam-malam, bila seluruh isi rumah dah bersedia untuk tidur, sememangnya lampu tangga akan dipasangkan bagi memberikan sedikit pencahayaan. Tak adalah gelap gelita sangat kannn??? Siapa-siapa yang nak turun ke dapur tu. Bila mentol terbakar... Memang tersangatlah gelap gelitanya.
Bila bangun dari tidur, terus pergi ke arah lampu tangga. Bukan apa, nak jadi juruteknik yang tak bertauliah. Agagaga... Farah memang dah biasa tukar-tukar lampu ni. Memang dah jadi kerja Farah ler kat rumah. Semuanya menurun dari Atuk Ash yang merupakan pesara "chargeman". Sedari kecil memang dah didedahkan kepada rangkaian kerosakkan elektrik dan dah terbiasa melihat Atuk Ash bekerja.
Ohhh sebelum tu, sebelum menanggalkan mentol yang terbakar itu, haruslah tutup suis utama dulu sebagai langkah keselamatan dan tak nak sia-sia jer kejong terkena renjatan elektrik. Wakakaka.... Tanggalkan mentol tu bukan apa, sebab nak ke "hardware" dan mencari mentol gantian. Nak ler tau, berapa watt, berapa volt. Tak naklah salah beli, salah pasang nanti jadi masalah lain pula kan?
Dah beli, tiba masa untuk memasang mentol yang baru. Punyalah "super duper freaked out", siap tutup suis-suis utama seantero rumah. Ha ha ha... Masa nilah, masa nilah seorang kanak-kanak itu terpaksa dikurung di dalam kandang supaya tak menuju ke arah tangga dan risiko berlaku kemalangan. Muahahaha.... Yang rasa macam erkkkk.... "Maaa meeee, ngiii giii...". Dalam alih bahasanya... "Mommy, tinggi lagi"...Sewaktu Farah sedang memanjat tangga untuk memasang mentol yang baru.
Ada mandur pula yang memantau kerja Farah. Amboiiii... Becok pula tu mulut mandur tu. Sambil-sambil tangan tu, menunjuk-nunjuk ke arah lampu tangga. Sesekali kerling-kerling juga pada si kecil tu... Manalah tau, kot-kot terlepas dari kurungan.
Selesai semua... Pasangkan semula suis-suis utama di kotak DB...
Tadaaaaa.... "Mission accomplished!".... Ha ha ha... Ala kerja ni senang jer semua orang pun boleh lakukan... Tapi tiba-tiba ada satu suara bersorak... "yeayyyy!!!"... Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan... :-). Mesti Ash rasa Mommy "superhero" kan??? Ahakssss....
Motif cerita? Takkk yang benarnya saja nak borak-borak kosong dan ceritakan gelagat Ash... Tu jer... Ha ha ha...
wah..supermon..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah. .ash support mummy..
ReplyDeleteCik akak memang penakut sikit...mesti tak bertukar mentol tu..hahaha
ReplyDeleteYakin boleh
ReplyDeleteWahhh mommy serba boleh :D
ReplyDeletehahaha hebat mommy ash.. kalau Lissa, tiba2 gelap, panik dulu.lepastu baru pikir mau buat apa. haha
ReplyDeleteserba boleh.....boleh jadi calon ibu mithali ni ... :))
ReplyDelete