Bila Anak Takut Dengan Doktor...

Sumber dari Google
Kes takut doktor ni, bila dikenang-kenang balik masa lampau memang boleh jadi senyum-senyum simpul sendiri. Kadang-kadang tu, boleh jadi gelak sakan sampai pecah perut bila mengenangkan kenangan silam tu. Farah sewaktu kecil-kecil memang sangat penakut dengan doktor, di dalam kepala ni macam-macam terbayang bila terpaksa berjumpa dengan doktor. Macam ngeri sangat rasa. Bukan setakat sehingga habis tadika, dibawa sampai ke sekolah rendah ok? Ihikss...sekolah menengah pun masih bertemankan sama ada Nek Ma Ash atau Atuk Ash kalau nak berkonsultansi dengan doktor. 

Bila tiba Ash??? Rasanya dia ada mewarisi tak banyak sedikit. Tapi rasanya dia berani sikit ataupun sebenarnya dia berani tapi "shader-shader" (mengada-ngada) jer lebih. Ha ha ha... Sebabnya... Bila masuk dengan Mommy dan Nek Ma, dia akan menangis ligat sampai desibel tu boleh pergi ke "pitch" yang paling tinggi. Agaknya orang kat luar entah fikir apalah kan? Ha ha ha.... Macam sakit sangat, macam kena picit-picit, walhal tak ada apa pun sebenarnya. Doktor tu belum sentuh lagi, cuma tegur jer...Muahahaha... 

Yang hairannya, bila dia masuk dengan Mommy sahaja tanpa ditemani Nek Ma ataupun Atuk dia... Elok pula diam. Tapi berpujuk-pujuk lah juga...Haaaa...doktor pun sebenarnya nak kena pandai mengurat Ash ni... Sewaktu masuk ke bilik konsultansi dia akan didukung oleh Farah, kemudian bila Farah duduk, dia masih diam lagi... Bila jururawat atau pembantu klinik ambil dia dari Farah dia akan mula teriak!!! Sekuat-kuatnya... Kalau nak tahan sikit nangisnya tu, ha ha ha, kenalah Farah yang pegang dia tak lepas-lepas, alih perhatian dia, kemudiannya dia akan nangis bila doktor pegang dia... Bha ha ha...

Yang akan datang tak taulah kan? Sama ada masih takut lagi ke atau tidak... Tapi memang usaha sedaya upaya untuk dia tidak takut walaupun hakikatnya Mommy dia sehingga kini setiap kali nak jumpa doktor pasti ada perasaan berdebar-debar... 

Sumber dari Google
Haru juga jadinya bila anak takut dengan doktor nih...Ha ha ha, baru kini kutahu perasaan Nek Ma dan Atuk Ash... Suka atau tidak, walaupun diri sendiri takut dengan doktor juga, kena latih juga Ash supaya berani dan tidak takut berjumpa dengan doktor. Yer tak? 

Farah ada terbaca satu artikel oleh Dr. Genn O'Keeffe dari Pediatricsnow.Com, sebenarnya anak-anak kecil ni menangis bukan disebabkan oleh rasa sakit tetapi kerana takut berada di dalam lingkungan yang baru dan takut kepada doktor. Jadi nak tak nak, sekali lagi, seperti biasa, jadi ibu bapa ni kenalah kreatif...He he he...Untuk ciptakan suasana dan situasi yang selesa buat anak-anak supaya kurang atau hilang rasa takut tu. 

Tapi macam mana ek nak hilangkan rasa takut tu atau kurangkan rasa takut tu? Takkanlah hari-hari nak pergi ke klinik atau hospital yer tak? Tak relevan dan tak praktikal sungguh cadangan tu...Hik hik hik... Mungkinlah mungkin ini boleh membantu kot? Sekadar pandangan jer... 

"BE THERE ON TIME!"
Buat temujanji dan datang tepat pada waktu. Kalau tunggu lama-lama pun anak boleh jadi bosan. Bila jadi bosan mulalah meragam yer tak? Kemudian, rasa tidak selesa akan membuatkan anak mula menangis, mula meragam yang mana akhirnya terbawa-bawa sehingga berjumpa doktor. Tapi, janganlah pula datang terlalu lewat sampaikan jadi terburu-buru nak dapatkan rawatan doktor. Kena "perfect timing"...kaedahnya, buat temujanji, sampai tepat pada waktu, masuk bilik doktor, dapatkan rawatan dan balik. Kot lah kalau boleh digunapakai cara ni kannn??? 

BAWAKAN BEKALAN
Tak kisahlah apa-apa, bekalan makanan ke? bekalan permainan ke? bekalan bantal busuk ke? Semuanya untuk alih perhatian takut anak-anak tu pada doktor. Bila mereka leka, makanya mereka rasa selesa, rasa seronok. Biarkan mereka makan apa yang mereka nak makan, main apa yang mereka nak main, peluk apa yang mereka nak peluk. Buatkan seolah-olah ada keseronokan bila berjumpa doktor. 

FAHAMKAN ANAK SIAPA DOKTOR
Yer yer, kecil-kecil, masa bayi mana nak faham siapa tu doktor dan apa tugas doktor. Tapi bila dah cecah umur mula faham, secara perlahan-lahan kita sebagai ibu bapa kena terangkan pada anak-anak dan fahamkan anak-anak yang doktor tu tugasnya merawat pesakit dan bukannya tugasnya mencederakan atau memakan orang. Hik hik hik... Ada macam-macam cara...Contohnya, kartun Disney Junior... "Time For Your Check Up, Time For Your Check Up" ...Haaa lebih kurang macam tu kot lagu temanya... 

Sumber dari Google

KHASKAN DOKTOR UNTUK ANAK
Tadi dah sebut temujanji, ni nak cerita pasal khaskan doktor tertentu untuk anak. Tak semestinya seorang sahaja doktor. Biasakan anak dengan sekurang-kurangnya 2 doktor yang biasa merawat mereka. Anak-anak kecil ni bila tengok orang asing lagilah rasa tak selesa, (bagi sesetengah yang takut orang tu, yang tak takut orang tak termasuk ok?)... Jadi bila ada masalah macam ni, biasakan dengan sekurang-kurangnya 2 orang doktor. Bila memerlukan rawatan, jika seorang doktor tak bertugas, seorang doktor lagi ada... Bila mereka biasa, mereka kenal, rasanya mungkin tak ada masalah di situ kot? Kalau boleh ajak jer doktor tu "wefie" sekali...Ha ha ha... Simpan gambar doktor tu, supaya anak ingat. 

Biasanya doktor pakar kan? Mereka ada cari yang tersendiri untuk menarik perhatian kanak-kanak. Memang berbeza dengan doktor biasa. Farah perasan perbezaan tu... Kadang-kadang mereka benarkan anak kita pegang peralatan tertentu hanya semata-mata nak tarik perhatian anak kita tu... 

ALIHKAN PERHATIAN
Cuba alihkan perhatian anak dari rasa takut...Macam tadi di atas Farah ada nyatakan bawakan bekalan permainan...Yer, berikan mereka alat permainan, biarkan mereka leka. Kalau tak ada alat permainan...telefon pintar sendiri pun boleh jadi mangsa...Pun boleh....Muahahaha... Pasangkan apa-apa sahaja yang mereka suka... Kalau tak pun...beri mereka kebebasan berlegar di dalam kawasan klinik ke sana ke mari dengan pantauan selagi tidak mengganggu pesakit lain ataupun peralatan lain di kawasan klinik atau hospital. Pantau jangan tak pantau. 

Perasan tak? Di sesetengah klinik dan hospital ada kawasan khas untuk kanak-kanak bermain dan peralatan permainan khas untuk kanak-kanak. Itu salah satu usaha menarik perhatian anak-anak supaya memikirkan yang bahawasanya tiada apa yang hendak ditakutkan bertemu dengan doktor ataupun ke klinik dan hospital. Bila sakit, memori mereka tentang klinik atau hospital tu cantiklah sikit kann??? In Shaa Allah, mereka akan pergi ke klinik dan hospital dengan rasa yang positif. 

Farah sendiri secara perlahan-lahan cuba fahamkan Ash ni sebenarnya nih... Alhamdulillah setakat ni sihat lagi dan hendaknya biarlah sihat. Bukan mendoakan anak tak sihat yer tak? Hu hu hu...Cumanya tetap kena fahamkan dia sebab akan datang mungkin ada lawatan ke klinik ataupun hospital...Manalah tahu kan? Mana ada manusia yang sihat dan tak sakit-sakit? Kadang-kadang manusia memang boleh jatuh sakit kannn??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Anak Takut Dengan Doktor... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, September 2, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. adui..bab check up doc ni yg irine leceh sikit.. dia dah tau takut..huhu.. padahal xde orang pon takut2 kan dia.. dah laa genap 2 tahun kkia suruh check up dentist..camnaaa nak bawak ..grrr

    ReplyDelete
  2. anak saya pun jenis yang takut doktor. Apa yang saya kena buat kalau bawa anak jumpa doktor, saya kena dukung atau dudukkan dia atas peha saya. Ha, dengan cara tu je dia ok dengan doktor. Aduii.

    ReplyDelete
  3. Aeisya so far tak de la takut Doctor sgt. Mgkun juga sbb jarang sakit..atau dia kecik lagi kot..hehe

    Btw..tips yg sgt berguna..tq sis

    ReplyDelete
  4. Kalau zaman auni... awal2 doktor dah bekalkan gula2... then bila doktor nak suntik, tangan mama jadi mangsa gigitan !

    ReplyDelete
  5. Nani ni sampai sekarang takut dengan doktor. Hahahah :P

    ReplyDelete
  6. Kadang doktor pun kena pandai psikologi..kalau muncung doktor lebih tajam dari jarum PC pun seram mummy..tapi kalau friendly...rasanya silap silap boleh nyembang lama sgare resepi lagi...nampak simple tapi mempengaruhi emosi pesakit sebenarnya...

    ReplyDelete
  7. Hehehe anak2 Lya setakat ni alhamdulillah tak takut la ngan Drsebab dah train diaorang kalau sakit kena la bagi Dr check ..kalau tak camne kita nak tahu apa sakit kita tuu...Jadi diaoarng dah terbiasa gitu..

    ReplyDelete
  8. salam singgah sini farah...memang ramai kanak2 ni takutkan doktor...Diana pun masa kecil takut sangat dengan doktor ni...hihi..

    ReplyDelete
  9. dulu masa kecik2 dah berani pergi klinik, sbb masa tu pengalaman jumpa doktor2 yg baik dan pandai pujuk,siap dpt gula2
    Yang Benar, Nota Purba

    ReplyDelete
  10. Akiff memang suka pergi klinik jumpa doktor.. Kat klinik tu pulak ada sudut bermain.. Itu tujuan dia.. Hahaha..

    ReplyDelete
  11. anak ok bab jumpe doktor..cuma smpai tang cucuk meraung satu klinik sbb takut.takut sakit..hehehe

    ReplyDelete
  12. boleh simpan tips ni untuk anak besar nanti..ni tengah umur bawah setahun tak reti takut lagi...huhu

    ReplyDelete
  13. kalau muja, tak takut sangat dengan doktor sebab umi muja doktor. tp sangat takut dengan dentist.. hehee

    ReplyDelete
  14. ijat, masuk spital aje da takut.
    sebab memang ada 1 doc khas utk ijat kalau dia demam ke hape ke.
    so dia da kenal da klinik tu :)
    and doc pun da tau, kalau ijat masuk, kena sediakan mainan atas meja :)

    tapi now da lama x jumpa dr lee. alhamdulillah :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY