Bila Anak Suka Mengadu...

Sumber dari Google
Kanak-kanak bila dah pandai bercakap, bila semakin luas pergaulannya, semakin luas dunianya, pasti akan jadi seseorang yang pandai mengadu. Tidak banyak sedikit pasti ada perkara yang ingin mereka adukan kepada ibu bapa ataupun guru di tadika ataupun sekolah... 

"Mommy...Naznin kannn, dia main permainan Ash...lepas tu dia tak bagi Ash main" - contohhhh... Ash masih belum lancar lagi bercakap. Tetapi rasa-rasanya Farah juga bakal menghadapi situasi sebegini satu hari nanti ni. Tidak mustahil dan ya Farah rasakan ianya mungkin berlaku. Nak nak lagi dia memang manja kan? Ahakss... 

Kenapa anak kecil suka mengadu perbuatan orang lain kepada ibu atau bapanya? Sikap suka mengadu ini nampak remeh tetapi harus diberi perhatian kerana ia boleh membuatkan karakter anak kelihatan tidak baik. 

Menurut satu artikel di SINI

Mengapa Anak Suka Mengadu?

Penyebab utama kanak-kanak suka mengadu sama sahaja seperti orang dewasa. Ngeh ngeh ngeh. Mereka cuba menunjukkan kekuatan, meningkatkan rasa keyakinan diri atau sekadar inginkan perhatian. Mereka beranggapan dengan mengadu, ia boleh membuatkan dirinya disukai oleh ibu bapa atau guru di sekolah.

Namun, jika dilihat dari sudut positif, si anak yang suka mengadu membuktikan dirinya faham tentang peraturan dan boleh membezakan perkara yang baik dan sebaliknya. Bagaimanapun dalam konteks kanak-kanak prasekolah, sikap mengadu boleh dijadikan sebagai penyelesaian apabila mereka menghadapi masalah.

Contohnya, sekiranya sedang berebut barang permainan dan sebagainya. Oleh itu, sebagai orang dewasa, kita perlu faham mengapa si anak itu mengadu, barulah boleh membuat penyelesaian dengan lebih bijak.

Kenalpasti Punca
Apabila mendengar aduan anak, ada baiknya ibu bapa siasat apa situasi sebenar. Jangan terlalu mudah percaya dengan kata-kata aduan. Mereka perlu diajar dengan tidak semua aduan itu menunjukkan mereka dalam pihak yang benar. Ajar mereka untuk mengadu apabila melibatkan perkara yang berbahaya dan mengancam keselamatan dirinya. Contoh situasi, si kakak mengadu apabila adiknya melompat-lompat di atas katil yang boleh membahayakan diri mereka, bukan mengadu, si adik bermain lompat menggunakan tali kepunyaannya.

Alihkan Perhatian
Jika anak-anak anda sering mengadu antara satu sama lain hampir setiap hari, cuba alihkan perhatian mereka kepada perkara lain sehingga mereka lupa untuk mengadu. Contohnya, jika anak pertama mengadu kepada anda akan perbuatan anak kedua (tetapi tidak berbahaya) anda boleh meminta dia menggambarkan perbuatan tersebut di atas kertas, kemudian anda melihatnya apabila dia selesai membuat gambaran. Beritahu kepadanya anda lebih gembira mendengar dia bercerita tentang apa yang dilakukan berbanding aduannya.

Cari Jalan Lain
Apabila anak mengadu, mungkin anda boleh berbincang dengannya mengapa masalah yang diadukannya itu timbul, Kemudian sama-sama memikirkan jalan penyelesaian. Misalnya jika dia mengadu, kakaknya suka menyembunyikan barang miliknya. Ajak di fikir kenapa ia boleh berlaku. Adakah si kakak sekadar suka bergurau dengan adik atau benar-benar mahu menyakitkan hati adiknya. Kemudian, sama-sama mencari jalan penyelesaian supaya kakak tidak lagi melakukan perkara tersebut.  

Ada pro dan ada kontranya jika anak suka mengadu pada Farah. Yang bagusnya, bila anak suka mengadu kita dapat tahu apa yang berlaku di sekolah? Bagaimana situasi di sekolah? Apa masalah yang mereka hadapi? Dan sebenarnya salah satu perkara untuk "trigger" kita supaya memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak dan sentiasa mengambil tahu perkembangan anak-anak walau di mana sahaja, tidak kira sama ada di rumah ataupun di sekolah. Mungkin itu petanda kita kurang mengambil tahu dan memberikan perhatian. Mereka memberikan kita peringatan dengan cara ini.

Tapi kalau sudah menjadi tabiat...setiap hari ada sahaja perkara yang diadukan, memang kita kena lakukan sesuatu supaya tabiat itu berhenti atau menjadi tidak kerap. Terangkan kepada mereka tidak salah untuk mereka mengadu kepada kita kerana sebagai ibu bapa kita wajib tahu setiap permasalahan yang dihadapi oleh mereka. Cumanya, jika sesuatu aduan itu terlalu kerap berlaku, cuba berikan jalan penyelesaian kepada anak ataupun bantu mereka untuk menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi supaya aduan itu dapat dihentikan "once and for all"... Mungkin mereka kerap mengadu kerana tidak tahu cara bagaimana untuk menghadapi ataupun menyelesaikan apa yang ada di hadapan mereka. ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Anak Suka Mengadu... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, September 10, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. afwiyah pun dah suka mengadu walaupun tak tau butir percakapannya tu :-)

    ReplyDelete
  2. anak mengadu untuk perhatian kita :-)

    ReplyDelete
  3. Ada bagus nya anak mengadu... Dia nak kita dekat dgn dia.. Jika anak tak mengadu kita sendiri anak jauh dari kita..

    ReplyDelete
  4. Anak saya yang sulong suka mengadu sebab dia nak perhatian ibu abah...jeles dengan adiknya..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY