Aktiviti Mengenal Bahagian Tubuh Ash...

Baru berada di dalam keadaan "sober state"... Ahaksss... "sober" lah sangattt... Ingat apa nak "sober sober" ni? Uhukss sebenarnya semalam Farah dilanda migrain sedari tengah hari semalam lagi, urat rasa tegang jer di bahagian belakang kepala dan kepala tu terasa macam bengal jer. Malam tadi terus "knocked down" awal... Tepuk-tepuk Ash tidur, Mommy dia sekali hanyut awal... 

Owhh, bukan nak bercerita tentang migrain tu sangat pun. Tak kanlah tajuk entri dengan isi entri nak menyimpang sepenuhnya. Menyimpang sikit-sikit tu memang selalu buat... :-P...

Aktiviti mengenal bahagian tubuh ni, sebenarnya memang dah kerap dan berulang-ulang Farah lakukan bersama-sama Ash sedari Ash mula pandai berjalan lagi. Sasaran yang ditetapkan, Ash sepatutnya kenal sekurang-kurangnya 90% bahagian tubuh pada usia 2 tahun. Kalau kenal semua pun lagi bagus. 

Kenapa? Sebab Farah pernah terbaca di dalam satu artikel mengenai perkembangan anak-anak kecil yang mengatakan bahawasanya sewaktu di usia 2 tahun, anak-anak sepatutnya sudah mula kenal dengan bahagian tubuh mereka. Dari situlah Farah merangka-rangka perancangan bagaimana untuk membantu Ash ke arah itu.

Sumber dari Google

Menyedari hakikat bahawasanya perkembangan setiap anak-anak itu adalah berbeza-beza dan kemampuan juga akan keluar dari diri mereka adala pada waktu yang tidak sama, Farah tidaklah pula memaksa Ash supaya cepat-cepat mengeluarkan kemampuan diri dia. Cuba bagi membantu, Farah kerap berkomunikasi dan juga melakukan aktiviti yang dapat menarik perhatian dia supaya dia belajar secara perlahan-lahan untuk mengenali dan tahu. Memaksa bukan cara Farah kerana Farah tahu memaksa tidak akan mendatangkan apa-apa hasil melainkan mewujudkan tekanan pada diri Ash sendiri. Takkanlah kerana kita mahukan anak kita cepat pandai kita sanggup memaksa sehingga memberikan kesan yang negatif kepada diri dan juga psikologi mereka kan? 

Konsepnya bagi Farah sama... Ibarat kita belajar untuk menduduki peperiksaan dengan menghadiri kelas tuisyen ataupun giat melakukan latih tubi begitu juga dengan pendekatan melatih serta mendidik anak-anak. Adakala sedikit paksaan perlu dilakukan demi kebaikan anak-anak tetapi bergantung kepada keadaan dan kesesuaian usianya. Yang ni tugas ibu bapalah nak kena pandai mengatur dan merancang situasi serta masa yang bersesuaian dan apakah pendekatan yang terbaik. 

Farah pula tak adalah nak mengangkat diri Farah ni sebagai "Mrs. Knows It All" dan pakar di dalam mendidik anak. Haippp... Tak terlintas sekalipun dan sedetik pun. Cuma ini adalah cara Farah dan pendekatan Farah. 
Alhamdulillah, sasaran Farah nampaknya telah mula menunjukkan hasil. Ada satu rasa kepuasan dalam diri sebagai ibu yang tidak dapat digambarkan dan tidaklah pula berniat atau bertujuan untuk menunjuk-nunjuk serta riak. Hakikatnya diluar sana ramai juga anak-anak kecil yang lain bijak dan cerdik serta berjaya mencapai tahap perkembangan tertentu hasil dari perhatian juga didikan ibu bapa mereka. Tahniah kepada kita semua yang bergelar ibu bapa. 

Di usia 1 tahun 9 bulan, tahniah anak Mommy kerana telah menunjukkan perkembangan yang positif dan semoga Ash sentiasa berkembang dengan positif Mommy doakan. Tugas Mommy cumalah membantu selebihnya terpulang kepada kemampuan Ash menyerap apa yang didedahkan. Yang pastinya, Farah bersyukur dan gembira dengan perkembangan yang positif ini. Ibu mana yang tak gembira kan? 

Kalau bab mengira... "Twoooo, threee, eight... Nine, ten..." masih melompat-lompat lagi ikut sedap mulut. Ha ha ha... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Aktiviti Mengenal Bahagian Tubuh Ash..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, September 17, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Untung ash punya mama yang rajin ajar macam2...bijak!

    ReplyDelete
  2. comel je dia kedip2 kan mata tu....tergoda auntie tau ekeke..

    ReplyDelete
  3. semoga Ash membesar menjadi anak yang pintar, soleh dan mendengar kata. Aamin... :D

    ReplyDelete
  4. Rajinnya ibu umpama obor anak anak..semangat pula ibarah pelincir kenderaan..kalau sabar dan gigih in sya Allah pasti berhasil..

    ReplyDelete
  5. Two, three,eight, nine,ten pun kira dah tahu yg disebut itu adalah angka Farah.
    Mahu anak bijak kita kena ada inisiatif jadi bijak juga..

    ReplyDelete
  6. Sy pun mula ajar juga tuh.. Si kakak banyak bantu adik.. cuma si adik ni sifatnya banyak memerhati.. Dan memorinya simpan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY