Home » , , , , , , , , » Petang Yang Terik... "Indoor Activity" Bersama LEGO Duplo...

Petang Yang Terik... "Indoor Activity" Bersama LEGO Duplo...


Bukannya lagak, jauh sekali menunjuk mahupun berbangga diri, tetapi hakikatnya barang permainan Ash memang dah membukit di kedua-dua buah bakul khas untuk menyimpan permainan dia. Jujurnya yang Mommy beli tidak sebanyak jika dibandingkan dengan hadiah dari kawan-kawan Mommy ataupun sama ada Atuk Ash ataupun Nek Ma Ash. Alhamdulillah, murah rezeki Ash. Syukur kepada Allah SWT. 

Kadang-kadang tu terfikir juga... Berbakul-bakul permainan, esok-esok Ash dah besar siapa nak main semua ni. Silap-silap haribulan, maunya Farah jual sebagai "pre-loved item" nih... Ha ha ha, itupun kalau permainan-permainan dia masih "valid" dengan zaman kanak-kanak akan datang. Tak pun beri sahaja secara percuma. 

Petang tadi, cuaca memang amat terik sehingga peritnya terasa ke kulit. Memang taklah nak bawa Ash berjalan-jalan makan angin petang di sekeliling taman perumahan tu. Takut-takut nanti demam pula dia. Baik cegah sebelum terjadi. 

Memang kalau boleh cegah, Farah akan cuba cegah sebolehnya. Tapi kuasa Allah SWT siapa yang tahu yer tak? Al-maklumlah, bila anak pernah mengalami sawan demam / sawan tarik, fobia dan traumanya tu lain macam. Hatta kalau sesibuk mana sekalipun di pejabat, kalau dengar Ash demam, memang sepantas kilat akan mohon kebenaran untuk pulang. Anak itu lebih penting dari segala. 

Bosan juga petang tadi, hampir semua permainan dah habis dipunggah. Hampir semua permainan yang dah kami "rotate". Otak pula seakan beku seketika untuk lakukan aktiviti apa. Muahahaha... 

Tiba-tiba Atuk Ash balik awal sedikit hari ini. Dan buka-buka jer pintu dah bagi hadiah pada cucunya. Errr... Nak suruh pulang ke kedai semula memang tak mungkinlah kan? Mahu atau tidak, terima jerlah dengan ucapan terima kasih. Ash? Dah tentu-tentulah orang yang paling gembira dan teruja. 

Maka bermulalah aktiviti melatih "motor skills, sensory, shapes, colours and creativity" untuk Ash. Agak-agak yang lebihnya siapa? Mommy ke Ash? Ha ha ha... Lama kelamaan main, Mommylah yang jadi syok dan kembali ke zaman kanak-kanak dahulu. Kalau ikutkan dulu masa kekecik dah puas dah bergelumang dengan LEGO. Tu punnn tak puas-puas lagi. 

Dah tuuu??? Anak ajak main? Layanlah dia sepuas-puasnya. Hari bekerja tak dapat semua nih. Masa singkat dan terhad sangattt... Jadi "enjoy" lah selagi waktu terluang tu ada. Curi ruang dan masa yang ada. Hari bekerja hujung minggu jerlah waktunya panjang. 

Itu pun kot-kot? Kalau ada kerja lain... Sama juga perginya. Begitulah pengorbanan seorang ibu mencari rezeki siang dan malam untuk anaknya. Gitchewsss... Gedik sangat "statement" tetapi itulah kenyataannya. 

Seronok juga melayan LEGO Duplo ni dan dengan LEGO Duplo tak perlu risau pun jika anak tertelan ke apa sebab dibeli mengikut kesesuaian umur. Besar-besar bagak LEGO-nya... Apa pun terima kasih Atuk Ash untuk hadiah yang diberikan kepada Ash... Tak tau nak cakap macam mana... Kadang-kadang tu naik segan jugakk....

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Petang Yang Terik... "Indoor Activity" Bersama LEGO Duplo..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, August 7, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. zaman keen kecil-kecil pon, berbakul-bakul mainan.. takpe, mainan bagus untuk create creativity kanak-kanak.. nak-nak lego.. go, ash, go~ ^_^

    ReplyDelete
  2. banyakknyaa. jangan dibuang. nanti ash junior menyusul. hikhik :-)

    ReplyDelete
  3. akak pun jarang beli mainan kat anak².. byk kawan dan mak sedara diaorg yg bg.. tp bagus gak mainan ni utk perkembangan minda mereka..

    ReplyDelete
  4. Samalah farah..kadang2 mak yg lebih2..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY