Macam Tak Percaya Jer???

Selalunyalah kann? Ada-ada sahaja aktivitinya... Tak mahu duduk diam walau sesaat pun. Kotak pemikiran tu sentiasa berjalan jer...Ada-ada sahaja aktiviti yang hendak dilakukan, ada-ada sahaja kerja atau projek yang hendak dilaksanakan... 

Walaupun kaca televisyen itu memaparkan rancangan kartun kegemaran dia. Main sekejap, berdiri depan televisyen sekejap. Ulang alik ulang alik itulah aktivitinya. Ho ho ho... Tetapi... Petang semalam... 


#ehhhh...biar betul ni??? Gosok-gosok mata 2-3 kali...ha ha ha... Duduk statik jer dia menonton Mickey Mouse Club House. Kalau belek-belek balik gambar ni, macam dah besar 4-5 tahun jer caranya. Hakikatnya baru 1 tahun 8 bulan. Hew hew hew. 

Satu masa nanti akan tiba juga masa begini kelakuannya dan pada waktu itu akan mula rindu saat-saat dia membesar begini. Haihhh... Kalau boleh nak "moment" sebegini kekal yer tak? Tapi mana boleh nak hentikan masa ataupun proses pertumbuhan kehidupan. Itu semua kuasa Allah SWT. 

Sebab tu selalu dikatakan, "enjoy" setiap saat kerana saat itu yang bakal kita rindu sangatttt pada satu masa dan satu hari nanti. "It is very true indeed!!!"...

Dapatlah Mommy dia meluruskan pinggang dan berehat seketika. Ha ha ha. Sekarang ni pun dah banyak mudahnya. Bancuh susu dan letakkan air kosong di dalam satu botol susu yang kecil, kemudian letakkan di "tv console", Ash akan ambil sendiri, buka dan cari bantal papam dia serta cari "port" yang sesuai dan menyusu sendiri. 

Bila dah selesai dia akan letak balik di tempat asal untuk Mommy pungut dan basuh. Kalau misal kata tak ada botol susu di tempat itu, dia akan minta Mommy buatkan. Dah sampai ke tahap itu perkembangannya. Alhamdulillah. 

Tapiii...kalau Ash hari-hari macam ni kan? Bosan gak Mommy nih...Ha ha ha... Walaupun rumah bersepah dengan barang permainannya tetapi Mommy tetap suka dengan suasana dan keadaan itu... ;-)

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Macam Tak Percaya Jer???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, August 9, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Semakin besar ash dah..gaya yg comel..

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala ash bagi mummy rekax la..hehe..kerana ash behave..ok mummy kucing sekor..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Iyakan gayanya mcm kanak2 yg umur 4-5 thn

    ReplyDelete
  4. ash da semakin besar, farah.
    akan rindu la keletah dia hi hi hi...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY