Bayi Buta Selepas Terkena "Flash" Kamera???

Farah Waheda Wahid
10
Sumber dari SINI
Ada yang dah terlintas di hadapan mata ataupun yang sudah membaca berita ini ke? Farah ni baru sahaja terbaca di http://www.dailymail.co.uk/ sebentar tadi, lepas tu terus laju-laju kongsi di Bubblynotes.Com. Bukannya nak jadi minah kepoh tetapi sebagai pengetahuan umum dan peringatan  kepada kita semua. 

Sumber dari SINI
Kasihan bayi ni, baru jer 3 bulan usianya dan kejadian ini adalah berlaku di China. Lahirnya sempurna, kemudiannya menjadi cacat penglihatan kemudiannya. Bayi ini dikatakan didapati buta sebelah matanya selepas rakan kepada keluarga yang datang menziarah mengambil gambar bayi tersebut dan terlupa menutup "flash" kamera. 

Kesan daripada pancaran "flash" kamera itu, doktor mengesahkan bayi malang tersebut mengalami kerosakkan kekal. Ini kerana terkena pancaran "flash" dari jarak 10 inci sahaja. Akibat daripada itu mata kanan bayi ini buta manakala penglihatan mata kiri pula terjejas. 

Lebih malang lagi, doktor memberitahu, kerosakan ini adalah kekal dan tidak boleh dirawat menerusi pembedahan. "Flash" kamera yang kuat cahayanya itu telah merosakkan macula iaitu bahagian dalam mata. 

Sumber dari SINI
Untuk pengetahuan, macula tidak terbentuk sehingga kanak-kanak berusia 4 tahun. Ini bermakna mata bayi amat sensitif dengan sinaran cahaya yang kuat. Ibu bapanya mula menyedari ada yang tidak kena dengan penglihatan bayi mereka sebaik sahaja gambar tersebut dirakamkan.
Menurut doktor, biarpun bayi menutup mata semasa orang merakamkan gambar mereka dengan "flash" kamera yang kuat, namun cahaya itu boleh menyebabkan kerosakkan kekal. 
Apa yang berlaku, kita jadikan iktibar dan juga pengajaran. Ibu bapa perlu lebih berhati-hati ketika hendak merakamkan gambar pertama bayi masing-masing kerana takut ia menyebabkan kemudaratan kepada bayi sendiri. Pada rakan dan juga saudara yang datang menziarah, jangan lupa maklumkan juga. Kalau takut mereka terasa hati, katakan sahaja kita belum bersedia gambar bayi kita dirakamkan. 
Kalau nak rakam juga gambar, cari tempat terang dan pastikan "flash" kamera ditutup tau! Jangan sampai kerana keterujaan kita boleh memudaratkan anak kita ataupun bayi orang lain.

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Tu la..masa tutup flash buka lampu semua

    ReplyDelete
  2. subhananallah..takutnya.tq for sharing.
    #singgah syawal

    ReplyDelete
  3. kesiannya.....baru tahu yg flash boleh butakn mata baby...

    ReplyDelete
  4. first time dengar.. bahaya ni.. kesian baby..

    ReplyDelete
  5. salam..
    wahh ni mmg btul2 kne amik pgjran ni..bhye..
    ish minta jauh la drpd blaku pd dri or org tdekat.. >,<

    ReplyDelete
  6. Hati-hati bila ambil gambar bayi..

    ReplyDelete
  7. Oh dear.... ;(
    Scary.... jangan ambil gambar baby kecil dengan flash....Thanks for sharing!!!!

    ReplyDelete
  8. T_T apeeee nieee. kesianya bby tuuuuu.
    eiqa pun kdg2x x suka ble flash tu on.
    sakit mata budak kecik.
    kesianyaa

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !