Home » , , , , , , , , » Projek Kuih Raya Mommy Ash 2015...

Projek Kuih Raya Mommy Ash 2015...

Dua tiga hari yang lepas, Abah Ash ada tanya, "Sayang...raya tahun ni you tak buat kuih ke?"... Jawapan jujur dan ikhlas... "Ada berkira-kira nak buat juga tapi buat yang Ash suka makanlah..."... Pertanyaan disambung lagi..."Kek?"... Jawapan jujur dan ikhlas lagi..."Kek, tengok dulu macam mana...kalau tak sebelum raya mungkin tengah-tengah raya tu..."...Ekekekeke... 

Akhirnya, semalam iaitu Rabu, 15 Julai 2015, dari waktu sahur secara perlahan-lahan, memulakan projek kuih raya untuk tahun 2015 nih. Tahun ni agak semangat dan meriah sikit berbanding tahun- tahun sebelumnya. Tahun 2014 memang taklah membuat kuih raya sebab masa tu macam banyak pula dapat kuih raya orang beri. Lagipun masa tu, kekononlah masih membiasakan diri sebagai seorang ibu baru... 

Hampir seharian mengerjakan kuih raya jer... Buat sekejap, berhenti, buat sekejap, berhenti. Ada anak kecil yang aktif berekplorasi katakannn... Alhamdulillah, walaupun agak "struggle", dapat juga empat jenis kuih untuk raya tahun ini. 


Ini adalah Biskut Red Velvet... Lepas tengok si Rara buat biskut nih, terus terasa macam nak cuba jer. Sebab ini sesuatu yang baru nih. Selalunya Farah biasa buat "muffin" dan juga kek Red Velvet. Tak pernah pula lagi mencuba buat biskut. Tak apa, kali ni kita cuba sesuatu yang baru. 


Yang keduanya, Crunchy Almond Cookies... Yang ini ilmu yang diperturunkan oleh sepupu Farah. He he he... Sebab dia memang jual Crunchy Almond Cookies nih... Belajarnya dah lama, dari tahun 2014 lagi... Tahun 2015 baru buat... Yang merah-merah buat penyeri tuh adalah ceri yer kawan-kawan... 


Ini Chocolate Peanut Cookies... Hurmmm... Laju jer Ash masuk tiga ketul dalam mulut dia, suka pula dia. Tapiii... Mommy rasa macam terlebih coklat jer nih Ash? Apasal Ash macam suka? Ha ha ha...Pelik gak Ash nih... 


Ini pula yang terakhir yer...hasil air tangan Mommy Ash... Crunchy Almond Chips Cookies... Wo wo wo, yang ni kannn... Rapuh bangattt lah pulok... Kalau makan tu kena tadah dengan tapak tangan... Berkata kepada diri sendiri...sila perbaiki kelemahan diri pada kali ini... 

Phewww... Selamat juga walaupun banyak "pit stop"... Ekekeke... Yer lah selama kini memang buat paling kurang sejenis kuih raya... Tahun 2014 cuti seketika, tahun ni bila suami dah bertanya... Gigihkanlah diri kita ni berkecimpung kembali kannn??? Ingat nak pencen dah... Tunggu Ash besar sikit nanti... Rupa-rupanya tak boleh nak pencen... 

Kalau tak pencen, tahun depan jual kuih raya lah pula boleh??? Muahahaha...Masalahnya, larat ke nak ambil tempahan tu??? 

Yang jadi bertambah-tambah puas hati adalah bila Abah Ash tengok gambar kuih-kuih ni, "request" nak "tapaw"... Ha ha ha, hilang penat tau tak?


Disebabkan tak ada depan mata dan jauh di sebelah sana, kita main What's App jerlah hantar gambar kuih yang dah siap. Pun boleh... Walaupun jauh bukannya terputus hubungan punnn... Teknologi kan ada? Hantar jer melalui What's App... Jamu mata namanya nih...

Cukuplah empat jenis jer... Memadailah tu... Orang kata biar bersederhana serba serbi yer tak? Empat ni pun terasa banyak dah nih... Cara-cara pembuatan dan bahan-bahan segala bagai... In Shaa Allah lah kalau ada ruang dan kesempatan, lepas-lepas cuti raya ni ke?



Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Projek Kuih Raya Mommy Ash 2015..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, July 16, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Banyak biskut yang mommy ash buat, hebat lah!

    Sesuai nk join segmen dayana ni, boleh menang perfume Next dari UK.

    http://www.dayanazahari.com/2015/07/segmen-kuih-raya-kegemaran-saya.html

    ReplyDelete
  2. Syukurla sis trbuat lgi kuih raya, Lya langsung x pegang pun oven..sibuk sgt jdi Taylor hihi

    ReplyDelete
  3. Crunchy almond cookies nampak sedap. Hehe

    ReplyDelete
  4. gigihnye mommyAsh, sedapnye kuih2 tu..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY