Home » , , , , , , » Pengalaman Diwawancara Pendek Oleh Astro Awani...

Pengalaman Diwawancara Pendek Oleh Astro Awani...

Cerita ni sebenarnya dah lama terperam. Heee, memang ada 2-3 cerita lagi kot yang terperam. Memang kurang kesempatan untuk menitipkan cerita-cerita yang terperam itu disebabkan kesibukan pelbagai urusan semenjak kebelakangan ini. Hari ni berpeluang berkongsi dengan pembaca Bubblynotes.Com. 

Soalannya adalah berbunyi: 

Kenapa Farah memilih untuk berblog? 

Jawapan yang diberi adalah: 

Farah memilih untuk berblog adalah kerana minat ke arah penulisan sejak di bangku sekolah lagi. Farah suka berkongsi cerita, informasi dan dalam masa yang sama menjana pendapatan hasil dari berblog. Selain dari itu, ianya adalah bagi menyampaikan maklumat kepada umum dan juga memenuhi tanggungjawab sosial terhadap masyarakat. 


Ini adalah merupakan wawancara pendek atau temubual ringkas sewaktu Farah dan beberapa orang rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari  menghadiri majlis Iftar Amal Perdana Aman Palestin. Majlis ini adalah sebuah majlis iftar khas yang dianjurkan oleh Aman Palestin Berhad di dalam usaha mengumpulkan dana untuk Palestin. Kehadiran kami sebagai blogger pada majlis tersebut adalah untuk memenuhi tanggungjawab sosial sebagai seorang blogger dan juga menyampaikan sumbangan seberapa yang mampu bagi saudara-saudara Islam kita di Palestin sana. 

Pengalaman ditemubual oleh pihak Astro Awani untuk rancangan Ramadan Awani ini adalah satu pengalaman yang baru bagi Farah di dalam kerjaya dunia blogger. Bagaimana perasaannya apabila ditemubual di hadapan lensa kamera? 


Alhamdulillah, perasaan gugup itu tiada dan soalan yang ringkas dapat dijawab dengan lancar dan Farah berikan yang terbaik semampu Farah. Bagi Farah, jika blogger petah berbicara melalui penulisan maya, blogger juga perlu bersedia untuk petah berbicara di hadapan lensa kamera. Farah bukanlah mengatakan diri Farah bagus, tetapi Farah juga seperti kamu-kamu semua yang lain. Masih belajar untuk memperbaiki apa yang sepatutnya diperbaiki. 

Pengalaman ini adalah salah satu pengalaman yang manis di dalam kerjaya Farah sebagai blogger dan salah satu kenangan manis bagi tahun 2015 ini. Alhamdulilkah, syukran Ya Allah dan terima kasih kepada abang besar Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Ben Ashaari di atas segala peluang, tunjuk ajar dan juga nasihat. Tidak dilupakan juga, keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari yang memang memainkan peranan yang penting sesama kami di dalam memberi sokongan moral dan juga bekerjasama sesama kita. 


Tidak lupa juga, terima kasih kepada Beeha dan juga pihak Astro Awani di atas kesudian menemuramah kami, blogger-blogger di Kelab Blogger Ben Ashaari di majlis tersebut. 

Berada di hadapan lensa kamera dan ditemubual bukan perkara mudah tetapi perlu ada keyakinan diri. Walau kurang yakin macam mana sekalipun, perlu tampil yakin. Jawapan tidak perlu panjang lebar ataupun berbelit-belit, yang ringkas dan padat, penuh dengan info sudah memadai. Itu yang Farah belajar di dalam temubual ringkas selama beberapa minit tersebut. 

Tips untuk anda juga nih! Siapa tahu, satu hari nanti rezeki anda pula ditemubual kan??? Heee... Berkongsi dari pengalaman seketika...

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pengalaman Diwawancara Pendek Oleh Astro Awani..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, July 23, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Wowww ! Tahniah kak farah... pengalaman berharga tu...

    ReplyDelete
  2. wah.. retis gitu.. tahniah sis.. makin lama makin dikenali.. bangga dpt kenal sis dlm dunia blogger nie..

    ReplyDelete
  3. confiden kakfara!tumpang bangga hidup sezaman dengan kbba!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY