Farah ni bukanlah peminat setia pakaian dari "lace" tetapi ada sesetengah hari, sesetengah acara tu, Farah adalah juga mengenakan pakaian "lace". Mengikut keselesaan Farah dan kesesuaian acara katanya. Sebab, bagi Farah lah, pendapat peribadi Farah, bila pakai pakaian "lace" ni serba serbi kena jaga. Tak boleh main balun, main belasah, lasak bergerak sana sini sangat.
Nak duduk kena tengok dulu, kena jaga. Nak bersandar, kena tengok dulu, kena jaga. Nak bergerak boleh jer, tapi kena perhati kalau terlanggar apa-apa. Takut-takut, "lace" tu tercarik ke? tersangkut ke? terkoyak ke? Kannn??? Errr... Ke Farah jer yang fikir macam ni,nih?
"Lace" adalah satu material yang lembut dan sangat feminin. Selalunya jadi pilihan wanita sewaktu pertunangan, pernikahan, persandingan ataupun acara-acara formal. Kalau jaga betul-betul dan baik, boleh bertahan, bertahun-tahun lamanya. "Lace" bukan murah oiii... Mahal... Nak murah pergi melancong ke Bandung...Ngeee...
Apa itu kain "lace"? "Lace" ialah kain seperti jaring yang dihasilkan dari kerja tangan atau mesin, yang dibuat daripada kapas, linen atau fiber sintetik. Pakaian daripada selalunya dinasihatkan untuk dicuci secara cucian kering. Kos penjagaan fabrik macam ni tinggi, sebab tu sebaik-baiknyaboleh dicuci dengan tangan.
Ini yang Farah belajarlah yer dari beberapa pembacaan dan juga kawan-kawan:
1. Pakaian "lace" hanya perlu direndamkan menggunakan air sejuk dan detergen yang sederhana kuat. Jangan rendamkan seharian. Sekadar 15 minit pun dah memadai. Pastikan zip dan butang sudah disempurnakan untuk mengelakkan jaringan "lace" tertarik dan terkoyak.
2. Tidak perlu memberus, kerana ini akan memberikan kesan terhadap fiber kain. Ini ikut logik pun kita tahu kan? Kalau berus habislah "lace" tu rabak.
3. Kemudian bersihkan dengan air bersih sehingga hilang kesan detergen, tetapi sila jangan perah - hanya ramas-ramas sahaja untuk mengeluarkan air. Kain "lace" ni berjaring, jadi ia tidak begitu menyerap air. Oleh itu, perahan memang tidak perlu yer?
4. Jangan gantung pakaian "lace" untuk keringkannya apatah lagi menggunakan mesin pengering. "Lace" harus dikeringkan dengan udara biasa dan harus dikeringkan atas permukaan yang datar.
5. Selalunya baju "lace" tak perlu diseterika. Tetapi kalau-kalau rasa perlu, lapikkan papan seterika dengan tuala putih dan lapiskan dengan kain lain di atas baju "lave" tersebut agar tiada sentuhan langsung daripada seterika kepada baju "lace". Ini penting untuk mengelakkan perincian "lace" itu herot atau senget, juga bagi memastikan baju "lace" tidak terkoyak terkena bucu seterika yang agak tajam baginya.
6. Dinasihatkanlah yer, baju "lace" tidak digantung, tapi dilipat untuk mengekalkan bentuknya daripada melurut menjadi besar terutamanya di bahagian bahu. Jangan risauuu, walaupun dilipat, baju "lace" tidak berkedut dengan mudah.
Macam tulah sedikit lebih kurang yang dapat Farah kongsikan. Tapi kalau rasa susah sangat... Boleh jer terus hantar dobi. Tengok-tengok dobi juga, kadang-kadang ada dobi ni yang kita hantar baju kita boleh rosak. Penyelesaian paling afdal dan mudah... Heee... Kalau bergaya jer, tapi tak jaga, sayang rasanya... Beli mahal-mahal dan tempah mahal-mahal lepas tu cepat rosak... Boleh nangisss ooo....
Tak kiralah macam mana pun penjagaan kita, tetapi yang penting, terjaga... Ikut pada keselesaan masing-masing...
Huuu dayana tak reti sangat kalau leceh2 ni, adoii tak rajin huhu
ReplyDeleteSensitifnya pakaian lace ni yer sis ^-^
ReplyDeleteThank for the tips, boleh apply ni
ReplyDeleteKain Lace mahal..sekali tercarik memang nangis..memang kena pandai jagalah kan :)
ReplyDeleteHAHAHAHA...KALAU sALLY MMG TAKDE LA NAK BERJAYA...NMPK TAK PEMALAS DIA...
ReplyDeleteaiyark! huruf besar palk...malas nak delete..kahkahkah
tak mampu nak berlace hahhaa.. lagi malas nak jaga, cam rumit sangat. hehee
ReplyDeleteCantik..dan cara menjaganya juga kena cantik..
ReplyDeletehoho dah ada anak kecik taleh nak melaram dgn lace... ni pun shawl habis dah kena tarik2 haha..
ReplyDeletetgh KIV kain lace kat tailor, x tau nak buat pesen apa...beli 2-3 pasang kat Jakarta ari tu...hehehehe....tp hantar dry cleaning pun ok kot
ReplyDeletepakai kain lace masa nikah dan sanding je :)
ReplyDeleteKain lace memang cantik dan delicate.
Dah berkeluarga, cari kain yang tak payah gosok.