Home » , , , , , , , , , » Menghadapi Sesi Memotong Kuku Anak Yang Sudah Mula Melasak...

Menghadapi Sesi Memotong Kuku Anak Yang Sudah Mula Melasak...


Setiap minggu, ini adalah salah satu rutin yang mesti Farah lakukan, iaitu memotong kuku di jari yang comel-comel dan kecil-kecil ini. Sewaktu dalam pantang dulu, Farah akui memang Farah tak pernah potong langsung kuku dia... Tak berani ooooo.... Halus sangattt, takut terkepit daging ke apa ke, kalau luka nanti dah jadi satu hal lain pula. Farah mula mengamalkan rutin memotong kuku Ash secara mingguan bermula dari usia Ash 4 bulan. Waktu tu baru mula-mula berani-berani takut.

Perkara ni rasanya normal bagi semua ibu-ibu baru... bapa-bapa baru... Perasaan takut-takut berani untuk memotong kuku si comel yang memang comel dan halus-halus jarinya. Al-maklumlah, tiada pengalaman memotong kuku si kecil sebelumnya. Memanglah tak berani kan? 

Farah juga pernah kongsikan tentang Cara-Cara Memotong Kuku Bayi di dalam entri Farah dahulu yang bertarikh 24 Januari 2014. Di dalam entri tersebut, Farah sempat berkongsikan tips hasil dari pembacaan Farah untuk pengetahuan bersama. Dan diakui, sememangnya bukan mudah untuk Farah yang pertama kali ini membiasakan diri serta memberanikan diri untuk memotong kuku Iman Ash sewaktu mula-mula dahulu. 

Kuku yang bersih itu juga penting untuk kesihatan serta keselamatan anak-anak kecil. Walaupun bukan mudah untuk memberanikan diri memotong kuku mereka di jari halus itu, tetapi mahu atau tidak adalah amat disarankan kita supaya memastikan kuku anak-anak adalah pendek serta bersih. Bila kuku sudah dipotong makanya risiko untuk tubuh badan anak-anak calar balar akibat kuku yang panjang dapat diminimakan, kuku yang mempunyai kotoran di bawahnya juga tiada dan sekurang-kurangnya nampak kemas serta bersih. 

Ingatkan semakin membesar semakin mudah tugas memotong kuku anak nih... Ha ha ha...Silap perkiraan itu rupa-rupanya, lebih-lebih lagi bila anak sudah mula melasak. Mencabar betul!!! Tetapi itu adalah misi penting dan utama yang perlu diselesaikan. Lasak ke tak lasak ke, susah ke tak susah ke, tetap kena potong juga kuku tu. 

Apa nak buat bila menghadapi situasi yang begini??? Bagaimana untuk mengatasinya??? Bagaimanakah caranya yang dapat dilakukan supaya tugasan memotong kuku itu terlaksana dengan jayanya??? Heeee... Maka dengan ini, sebagai ibu dan juga sebagai bapa, terpaksalah menjadi kreatif di dalam menghadapi situasi ini.

Cara Farah Memotong Kuku Ash Yang Sudah Mula Melasak

Tidak mudah, memang tidak mudah. Jika di rumah dia akan berlari ke sana ke mari. Yang pastinya tidak akan duduk diam setempat dan sangat sukar untuk duduk diam walaupun sesaat. Kadang-kadang jarinya dikeraskan. Kadang-kadang jarinya ditarik dan dia beralih kedudukan dari tempat dia duduk. 

Phewww... Ya ampunnn...Macam mana nih??? 
  • Berikan dia alat permainan yang dia suka supaya dia boleh leka dengan permainan tersebut. Seboleh-bolehnya permainan yang boleh dipegang dengan sebelah tangannya yang kecil itu. Berkomunikasi dengan dia tentang alat permainan tersebut untuk mengalihkan perhatiannya; atau
  • Pasangkan kartun atau rancangan kegemaran dia, supaya dia boleh menumpukan perhatian kepada apa yang diminati olehnya, sambil-sambil berkomunikasi juga dengannya; atau
  • Berikan dia memegang makanan yang boleh dipegang dengan sebelah tangan dan berkomunikasi dengannya tentang makanan yang dimakan; atau
  • Pasangkan tablet untuk alihkan perhatian dia, kemudiannya berkomunikasi dengan dia tentang apa yang ada di tablet tersebut dan buat-buatlah aksi seolah-olah Farah ni teruja sangat dengan apa yang dilakukan atau ditonton.
Begitulah caranya Farah mengendalikan sesi memotong kuku Ash. Kena cepat tetapi teliti. Jangan cepat sehingga tercedera. Sebab semua perkara di atas belum tentu dia akan duduk diam di dalam masa yang lama. Kanak-kanak yang sedang aktif bereksplorasi ni bukannya boleh duduk diam lama-lama sangat. Sekejap sahaja, selepas itu mereka akan mula bergerak kembali. 

Minggu yang lepas, sesi memotong kuku dilakukan ketika di dalam kereta sementara menunggu Nek Ma Ash pergi ke kedai membeli barang sedikit. Teknik yang sama, pasangkan tablet untuk dia tonton kartun kegemaran dia, berikan makanan untuk dia makan dan kita potong! Alhamdulillah, selamat... Hik hik hik... 

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan yer tak? Cuma kena jadi kreatif terlebih sedikit jerlah nak menghadapi. Farah pasti bukan Farah seorang sahaja ibu yang menggunakan teknik serta kaedah ini. Ramai ibu-ibu di luar sana yang turut melakunya juga kan??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Menghadapi Sesi Memotong Kuku Anak Yang Sudah Mula Melasak... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, July 6, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

13 comments:

  1. Hiii..kena hati2 ngn dieorg nehh...tp abg long zaryth pantg tgk ibu nk potg kuku..sibuk suruh potg kuku dia yg dh sedia pendek...

    ReplyDelete
  2. Hehehhe tq atas perkongsian ni...huhuhu anak sy kene tunggu waktu dia tidur baru boleh potong kalau tak huhuhu tak dapat la...

    ReplyDelete
  3. Ashkan anak yang baik..kan..kan..**mommy nak kucing seko..hihihi...upah ketip kuku..ngeeee...**mommy pinggggsan..

    ReplyDelete
  4. sy skrg nak sng potong time dia tido..kalo time dia sedar, kena pndi pujuk la ckp kotor ke teacher mrh ke ape ke..tp masa besar ash dlu, memang susah gak la nak potong hehe

    ReplyDelete
  5. Boleh guna tips ni. Anak buah Nani kalau nak potong kuku je punyalah susah

    ReplyDelete
  6. Dugaan besar utk ank yg mula aktif ni. Huhu

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. Kalau sha buka kan cite upin ipn untuk bg dia diam..
    Pssst.. Nak alamat dan nama penuh...
    email kat coklat.funky@gmail.com
    TQ

    ReplyDelete
  8. Mmg mencabar... Beza dgn si kakaknya dulu..

    ReplyDelete
  9. Mmg mncabar...utk saya...nk potong kuku kaki che mek la paling mnguji kesabaran..ketip kuku x smp lg dkt kuku dh ckp sakit...sabar aje la..huhu

    ReplyDelete
  10. sib baik la anak2 aida bertiga tu dari kecik behave bila nak potong kuku.
    kurang susah la...
    sebab aida warning, "nanti terketip kulit, darah, sakit tau. dok diam-diam!"

    ReplyDelete
  11. Seriusly skrang bile baheja besar.. mmg agak mencabar sikit nk potong kuku dia..sengaja meragam nak perhatian.. padahal bukan sakit pun

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY