Babah Aye Alik...


"Bahhh..." sebut Ash setiap kali nampak kelibat orang lelaki sewaktu bermulanya sambutan Aidilfitri, Jumaat yang lepas. Kemudiannya, dia akan pergi ke arah orang itu, melakukan percubaan untuk mencium pipi dan duduk di atas peha orang yang berkenaan. Semua orang dia ingat Abah dia. 

Tapi dia kenal mana sebenar-benarnya Abah dia. Darah daging dia. Bapa kandung dia. Cuma mungkin bila melihat Abah orang lain dia teringatkan Abah dia. Jangan tersilap faham, Abah Ash bukannya sengaja selalu tak jumpa Ash, selalu tak ada di sisi Ash. 

Abah Ash bukannya sengaja tetapi ada tanggungjawab yang lebih utama yang Abah Ash perlu pikul dan galas. Yang mana, sebenar-benarnya ia amat menuntut agar Farah fahamkan Ash keadaan dan situasi yang sebenarnya. In Shaa Allah, dalam berterus terang tanpa berselindung, Farah akan cuba fahamkan Ash dengan sebaiknya. Farah yakin, Farah boleh fahamkan Ash dan matangkan Ash dengan cara yang positif dan bukannya dengan cara yang bercerita yang negatif. In Shaa Allah... Amin...

Bukannya Ash tak ada Abah. Adaaaa...cuma Abah Ash tak boleh nak ada di sisi Ash selalu. Itu sahaja. Seperti yang Farah jelaskan, ada tanggungjawab yang lebih utama yang tidak boleh ditinggalkan oleh Abah Ash. Cukuplah sekadar di situ sahaja penerangan Farah dan jangan "assume" yang pelik-pelik yer. 

Gambar di atas sempat dirakamkan ketika hari raya yang kedua sewaktu "BFF" Farah iaitu Nurul dan keluarganya datang beraya. Itu adalah gambaran bagaimana reaksi Ash bila terlihat kelibat orang lelaki. Yang sebenar, yang realiti dan yang bukan direka-reka cerita. 

Emosi Farah? Ha ha ha, tak tau nak kata apa... Ada rasa kasihan, ada rasa sebak, ada rasa simpati pada keadaan Ash yang tidak puas sangat bermanja dengan Abahnya disebabkan waktu yang amat terhad di antara Ash dan Abahnya. 


Setiap kali Abah dia jenguk dia, setiap kali Abah dia balik, dialah orang yang paling gembira dan teruja. Dialah orang yang paling nampak jelas riang. Kadang-kadang tu terfikir juga, kesian budak nih... Kurang kasih sayang dan belaian seorang lelaki yang bergelar Abah. Tapi nak buat macam mana kan? Dah sememangnya keadaan dan masa menuntut begitu. 

Ash kenalah belajar faham, sabar dan tabah dengan bantuan Mommy. Mommy dia ok jer... :-)... Sudah biasa dengan keadaan begini, cuma dialah kesiannya kan? Bukan kisahkan Mommy tapi kisahkan anaknya di dalam hal sebegini. 

Dia punya teruja, setelah Ash terpaksa ditinggalkan Abah buat seketika seperti biasa sehingga Abah balik lagi... Sampai dua puluh juta kali ulang "Babah aye alik..."... Perkataan tu jerlah yang diulang-ulang... Sambil tersenyum-senyum riang... Ulang dan ulang dan ulang... Dah macam trek MP3 yang di-"repeat"... Bertabahlah melayannya... Maksudnya... "Babah saya balik..."

Biarlah dia rasa gembira dan bahagia dengan cara dia kan? Dia berhak gembira dan dia berhak bahagia. Anak kecil yang tidak tahu mengenai apa-apa tetapi sudah mula faham perasaan rindu...Tidak dinafikan bahawa kasih sayang seorang bapa itu memainkan peranan yang penting kepada anak-anak. Seorang bapa menjadi tunjang utama dalam sebuah keluarga. Tanpa bapa, mana mungkin lahirnya zuriat yer tak?

Sentuhan dan belaian seorang bapa mencetuskan satu semangat dalam diri si anak untuk membesar sebagai insan yang positif. Begitu juga Ash, tidak terkecuali... Nasib baik ada Atuk yang boleh ganti tempat Abah sementara Abah tiada... Walaupun tidak sama, sekurang-kurangnya ada kan? :-) 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Babah Aye Alik..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, July 24, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. bertabahlah ye... sabar je selalu

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Ash faham dah tu. Yang penting mommynya kena selalu berada dengan dia, sebab Ash kan anak mommy kan kan kan hehe :)

    ReplyDelete
  3. Sabar la kak...insyaAllah Ash faham nnt...biasa la budak...dia rindu :)

    ReplyDelete
  4. takpa Ash...walaupun abah ash tak ada disisi sentiasa, tapi dia forever & ever dalam hati. Dan Ash pun sentiasa dalam hati Abah :-)

    ReplyDelete
  5. Ash..meh lepak umah aunty meh.. ;)

    ReplyDelete
  6. Bila abah balik seronok lah ash dapat lepaskan rindu :)

    ReplyDelete
  7. Dah besar nanti mesti Ash faham :)

    ReplyDelete
  8. Touching plak tetiba... Hm... ;(

    ReplyDelete
  9. Kene selalu bagitau kenapa abah ash jarang drngan ash..taknak die buruk sangka

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY