Kalau dah mata ke bawah dan tersenyum-senyum sendiri tu, maknanya dia sedang tonton sama ada Cip Cip Cip - Upin Ipin ataupun Timmy Time, ataupun Special Agent Oso ataupun Mickey Mouse Clubhouse. Kadang-kadang entah apa yang menggelikan hati sangat punnn Mommy tak faham... Muahaha... Mommy dia dah tak larat nak asyik ulang-ulang kartun yang sama sahaja... Sebab? Dah naik hafal dah jalan cerita dari A ke Z... Tak ada "excitement" dah... #ehhh... Ha ha ha... Mommy kan cepat bosan???
Ada satu bahagian menari dan menyanyi yang buatkan dia automatik berdiri dan selepas itu???
Ash menari secara "slow motion"!!! Mula-mula, pusing beberapa kali sampaikan Farah risau dia yang jadinya naik pening... Tapi takkk, makin bertambah seronok pula dia... Selepas itu goyang ke kanan, goyang ke kiri dan menyanyi... Tu diaa... Hai-lah Ash... Cuba rancak sikit menari tu??? #ehhh... Hik hik hik...
Ingatkan gaya dia yang tersendiri... Rupa-rupanya memang bulat-bulat ikut video Mickey Mouse Clubhouse itu... Bila Mickey pusing, dia pun berpusing. Bila Mickey goyang ke kanan dan kiri dia pun goyang ke kanan dan kiri... Bila tiba bahagian "finito" di mana Mickey dan kawan-kawan Mickey yang lain menarik suara di dalam nyanyian... Dia pun sibuklah nyanyi sama... Koordinasi yang tepat dengan apa yang dia tonton. Itu tandanya perkembangan koordinasi dan pemikiran Ash sedang berkembang... Alhamdulillah di atas perkembangan yang positif ini... Semoga terus berkembang dengan baik...
Pada usia ini memang benarlah anak-anak kecil mudah mengikuti apa yang dilihat dan diperhatikan... Makanya tugas ibu bapa pada waktu ini adalah memantau serta memerhatikan setiap apa yang dilihat, setiap apa yang ditonton...
Pada usia ini memang benarlah anak-anak kecil mudah mengikuti apa yang dilihat dan diperhatikan... Makanya tugas ibu bapa pada waktu ini adalah memantau serta memerhatikan setiap apa yang dilihat, setiap apa yang ditonton...
comelnyaaa ash...thaqif sekarang dok teruja dengan phone.lg asyik dok dengar doa dhuha kat phone ibu.
ReplyDeletesuka tengok perkembangan anak2 ni, comel!
ReplyDeletenanti bila mereka dah besar kita akan rindu moment ni..
happynya dia
ReplyDeleteHoho..Seronok tgk ndk blaja menari ni..menghiburkan..huhu
ReplyDeletebudak sekarang mudah terikut bijak budaknya..
ReplyDeleteComelnya Ash... Kanak2 sekarang bijak2 dan cepat belajar...
ReplyDeletesuka tengok telatah kanak2 :)
ReplyDeleteRalit Ash tengok :D
ReplyDeletesetuju...at this stage anak kita tgh explore...
ReplyDelete