Kidal-kah Ash???


Setiap kali melakukan apa-apa perkara, apa yang dapat Farah perhatikan adalah Ash lebih cenderung kepada tangan kiri dan juga anggota tubuh badannya di bahagian kiri. Bukan tidak pernah menduga dia dengan memegang tangan kanan dan mengajar dia menggunakan tangan kanan, walaupun telah diajar dia tetap juga akan menggunakan tangan kiri. Kecuali makanlah... hik hik hik... bila makan dia secara automatik akan menggunakan tangan kanan untuk memegang serta menyuap makanan. Hanya apabila melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan sahaja dia menggunakan tangan kiri. Untuk makan... tangan kanan. Kalau nak diikut-ikutkan, Farah bukanlah seorang yang kidal. Abah Ash pula... hurm... boleh menulis dengan kedua-dua belah tangan iaitu kanan dan juga kiri. Mungkinlah kot genetik itu yang meresap masuk secara kuat. 70 peratus macam Farah rasa Ash ni memang kidal ajer??? Buat masa sekaranglah... masa akan datang tak tahu lagi... apa-apa pun kalau nak kepastian kenalah tunggu sehingga Ash dah benar-benar mahir memegang pensel dan juga warna. 

Farah cuma menduga dan tidak pernah pula cuba memaksa Ash untuk cenderung kepada tangan kanan. Tidak mahu menggunakan paksaan di dalam didikan anak yang boleh merencatkan pola perkembangannya. Bila Farah perhatikan kecenderungan Ash begini, Farah pun mulalah mengambil tahu serba sedikit dan cuba untuk memahami dengan lebih lanjut tentang kidal ini. Bukannya pasti sangat sehingga Ash dah betul-betul mahir menulis, tetapi rasanya tidak salah mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang ada melalui mana-mana medium supaya diri bersedia dan juga mempunyai ilmu yang lebih meluas lagi tentang sesuatu isu yang melibatkan anak supaya Farah sendiri tidak cepat melatah. He he he... Lagipun, Farah memang suka membaca... 

Menurut satu artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia di SINI, kidal itu adalah istimewa dan bukannya kecacatan yer? Penceramah keibubapaan, Dr.Rozieta Shaary, perlakuan kidal berlaku apabila seseorang individu itu menggunakan otak kanan secara dominan.

"Otak manusia mempunyai dua bahagian iaitu bahagian kanan dan kiri yang mempunyai fungsi tertentu di dalam mengawal pergerakkan tubuh badan. Otak sebelah kanan akan mengawal bahagian badan sebelah kiri dan begitulah sebaliknya."

Kidal bukanlah satu masalah ataupun penyakit kerana ia adalah sifat semulajadi yang berlaku disebabkan penguasaan dominan otak sebelah kanan. Kidal tidak ada kaitan dengan masalah kesihatan dan sebab ith ia tidak boleh dianggap sebagai penyakit. Individu kidal mempunyai jiwa yang lebih cenderung ke arah seni, muzik dan perkara kreatif.

Menurut artikel lain di SINI pula... orang kidal lebih cepat bimbang berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan iaitu lebih cepat bergerak. Siapa yang kidal di sini??? Ha ha ha... baik angkat tangan laju-laju, ... Jangan rasa diri berbeza yer? Kerana tahukah anda terdapat beberapa tokoh terkenal bersifat kidal? Antaranya Mahatma Gandhi, Albert Einstein, Aristotle, Isaac Newton, Henry Ford Jr., Bill Gates, Saidina Umar Al-Khattab, Julius Caesar, Alexander The Great, Napoleon Bonaparte, Leornardo Da Vinci dan Barrack Obama.

Tambahan pembacaan Farah lagi melalui artikel di SINI pula, otak di sebelah kiri (kecenderungan menggunakan bahagian kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, logik, matematik dan sains. Otak yang di sebelah kanan (kecenderungan menggunakan bahagian kiri), menguasai muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Orang Kidal Bijak? 
Dengan penguasaan otak kanan dikatakan individu kidal ini lebih bijak dari segi seni, kreativiti dan kebijaksanaan. Memang ramai orang-orang tersohor menggunakan tangan kidal bukan kerana kidal tetapi 80 hingga 90 peratus menggunakan kedua-dua bahagian otak. Ini berpendapat bahawa si bertangan kidal ini bukan sahaja menggunakan otak kanannya secara maksima malah mereka juga turut menggunakan otak kiri lebih banyak daripada orang biasa yang menggunakan otak kiri. Orang kidal menggunakan hampir keseluruhan bahagian otak kerana secara ringkasnya mereka juga turut melakukan beberapa kerja yang melibatkan penggunaan tangan kanan. Dan secara automatiknya orang yang bertangan kidal menggunakan hampir kedua-dua belah otak daripada orang biasa. Bijak atau tidak itu bergantung kepada individu. Kanan atau kiri tetap sama, yang memisahkan antara bijak atau tidak hanyalah usaha yang dilakukan untuk berjaya.

Cumanya, dikatakan seseorang yang menggunakan tangan kiri mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandungkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi.

Bagi Farah, tak kisahlah sama ada kidal atau tidak... Itu semua anugerah Allah SWT... Cumanya... betul ke Ash ni kidal? Muahahaha... Kenalah pantau sehingga benar-benar pasti jawabnya kann??? Aunty Mira dia kata... "Saya rasa yerlah kak, Ash kidal..."...He he he... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kidal-kah Ash???, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, June 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. Aqil kdg2 guna tgn kanan kdg kiri...xtau sm da dia kidal ke x....adehhhh

    ReplyDelete
  2. kalau selalu tu nampak gayanya memang kidal la kot..dalam keluarga saya ada sepupu je sorang yang kidal..tapi memang dia agak bijak,kreatif dan kelakar orang nya..heheh

    ReplyDelete
  3. saya seorang kidal.. dan 2 org anak pempuan pun kidal juga... alhamdulilah..rezeki Allah..swt

    ReplyDelete
  4. hahaha..Saya kidal orgnya...Bile dkt dapur memasak, fmly mesti nmpk kekok sebab pegang sudip/senduk/pisau guna tgn kiri..hahaha

    ReplyDelete
  5. yeayhh, betul tuu. nampak comel jee yg kidal tuu

    ReplyDelete
  6. Kidal x mnjdi mslh..ok juga tu.org kata kreatif pemikirannya

    ReplyDelete
  7. Takpelah mana2 pun asalkan ash bijak..hehe

    ReplyDelete
  8. Saya kidal.
    Tp buat kerja semua tgn knn..
    Tulis je tgn kiri...


    Blogwalking Sini..
    Jombaca artikel baru saya
    Biskut Semperit Sedap

    ReplyDelete
  9. Normal je kot.. Sbb masih kecil... Si adik pun lebih ke kiri... Tapi ajar juga kanan.. Terutama bab makan.. Lain2 tak kisah la sgt..

    ReplyDelete
  10. anak aida skang yg sulung kidal.
    ijat tak tau lagi.
    rasa nyer kanan :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY