Home » , , , , , , » Ini Nak Rasa Serammm Ke??? Nak Rasa "Happy"???

Ini Nak Rasa Serammm Ke??? Nak Rasa "Happy"???


Semalam Farah tidak masuk ke pejabat kerana ada urusan tertentu yang penting di luar... Makanya tidak tahu apa yang berlaku di pejabat semalam. Pagi ini, seawal 7 pagi dah terpacak di pejabat... Seperti biasa, datang awal masuk awal, datang lewat balik lewat... Lebih memilih untuk masuk awal dan pulang awal... Ada anak kecil yang semakin hari semakin manja menanti Mommy dia balik ke rumah dan bila sampai ke rumah dia sangat "clinging"...Iya sejak akhir-akhir ini dia sangat "clinging"... Semakin hari semakin manja... 

Sewaktu lalu di "security post", pihak sekuriti beritahu bahawasanya ada satu "parcel" untuk Farah...Oklah kann??? Ingat biasa-biasa jer, mungkin barangan "review" yang sampai itu... (elehhh..."review" lahhhh sangatttt...macam banyak benau pula "review" Bubblynotes.Com yer? Tak sedor yang awak tu "review" adalah secoet...Ha ha ha....)... Maka dengan "happy happy" nya, Farah pun membukalah "parcel" berkenaan... Kalau dilihat dari pengirim di "airway bill" cuma ada nama syarikat. Buka dulu... Dan apa yang Farah lihat adalah, 2 botol Philips Avent Special Edition berwarna biru... Memang Ash menggunakan Philips Avent sebagai botol susu tetapi Farah tak ada pula membeli atas talian baru-baru ini... Hurmmm... Di kotak??? Mesejnya berbunyi... 

Specially For:
Iman Firash Bin Husaini
From:
Iman Firash Lovers

Errr... Iman Firash "Lovers"??? Aikk... kecil-kecil dah ada "lovers" ke? Pelik sungguh ni... Sebab melalui alamat yang dihantar pun salah... Pihak pengirim menghantar botol-botol itu ke alamat pejabat seberang jalan... Dan melalui nota ringkas..Katanya dia tengok alamat pejabat melalui entri Farah tentang "Family Day" syarikat... Haaa, ni nak habaq mai sikit ni... Farah sebenarnya orang yang tak suka nak "disclose" alamat atau maklumat surat-menyurat ataupun maklumat pekerjaan serta tempat tinggal sangatttt di media sosial mahupun di blog...Tetapi disebabkan ada acara tertentu, Farah sekadar berkongsi di mana syarikat Farah bekerja, itupun bukan melalui kenyataan kot? Yang dilihat adalah pada gambar-gambar... Hik hik hik... Sebabnya...tak nak terima benda-benda misteri macam ni lerr... Ha ha ha... Ko dah tau tapi ko pergi "update" juga kann??? Iyalah niat di hati nak bercerita aktiviti... Tapi "tiada kusangka, sejak detik itu..." #ehhh ternyanyi pula... Ada yang memerhati... Errr...memang hidup ini sentiasa diperhatikan pun... Cuma buat-buat tak tahu jer... Dan tak nak ambil tahu... 

Ok berbalik kepada pengirim misteri ini, baru sebentar tadi Farah cuba menghubungi syarikat yang dinyatakan di dalam ruangan pengirim...Farah dapat bercakap dengan seseorang dari syarikat tersebut dan berikan "tracking no parcel" tersebut... Katanya... "Maaf Puan... Melalui rekod, pengirim minta dirahsiakan identiti dan tidak mahu diketahui, pengirim datang sendiri ke syarikat kami dan buat pembayaran secara tunai serta minta diposkan kepada pihak Puan"... Farah sambung lagi... "Saya betul-betul perlu tahu siapakah pengirim tersebut, sebab saya rasa serammm dan saya rasa seriau juga, tiba-tiba anak saya dapat hadiah misteri... Sebelum-sebelum ini saya terima juga hadiah, tetapi tidak pernah pula begini..."...Ha ha ha, hamik ko... Bukan main "kan cheong" "I is" kannn??? Nak siasat punya pasal... Hamboiii, pengirim, sampai datang ke pejabat jualan produk Avent ni dan bayar secara tunai... Kalau bayar secara atas talian tu, mungkin boleh tahulah juga namanya kann??? Tapiii... kalau datang sendiri... Hurmm... Agaknya mungkin dia tak beritahu nama kot??? Farah sambung lagi bertanya... "Boleh saya tahu, pengirim ni lelaki ke perempuan???"... Orang tu jawab... "Pengirimnya apa yang boleh saya gambarkan perempuan dalam lingkungan usia pertengahan 30-an".... Errrrr... Siapa pula ni bermurah hati nak memberikan Ash hadiah misteri ni??? Ahhh sudah... 

Fikir-fikir boleh jadi pening kann??? Rasa macam tak nak fikir boleh tak??? Ha ha ha... Tapiii, BFF Farah pesan dalam perbualan What's App kami tadi... 

BFF: Nampak, Firash dapat botol susu. Sebelum awak pakai, awak baca ayat apa2 eh? Buang sihir ke apa ke? Google... 

Farah: Baik. Tulah seram saya.

BFF: Bukan apa, langkah berjaga-jaga. Tak ada manusia di dalam dunia ni bagi orang benda "free" tanpa niat. Hati-hati ajer, bukan bersangka buruk. 

Farah: "Better" berhati-hati sebelum apa-apa kan??? 

BFF: Yup. Takut la wak. Kalau ikut rasa hati saya tak bagi awak pakai. Hik hik hik.

Farah: Errr ye ker???

BFF: Ha ha ha... Awak bacalah doa apa-apa dulu erk? Takpun cari siapa yang bagi. Nak pakai boleh.

Krik krik krik... Ok, kemungkinan perbualan kami ni bunyinya seperti ortodoks sedikit. Tetapi Farah faham sangat pemikiran BFF Farah yang seorang ini ok??? Dia bukannya calang-calang lulusan...dia adalah lulusan guaman... (bukan "bragging" ada kawan yang bijak pandai yer... cuma cerita...). "Concern" seorang sahabat itu tidak salah... Tapi yerlah risau juga... Tiba-tiba jer kannn??? Apa-apa pun, bak kata BFF Farah bukan bersangka buruk tetapi sekadar berhati-hati... zaman sekarang ni kann macam-macam... Hu hu hu... Bagi pihak pengirim, siapa pun kamu, terima kasih di atas hadiah ini...cumanya...boleh tak e-mel secara peribadi pada Farah di bubblynotes@gmail.com ataupun "private message" Farah di Facebook??? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ini Nak Rasa Serammm Ke??? Nak Rasa "Happy"??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, June 2, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

12 comments:

  1. amboi ash, kecik2 dh ada SA tu..hehe.arap org yg bagi adiah tu dgn niat yg baik lah :-)

    ReplyDelete
  2. Seram pula Farah. Mmglah best dpt benda free tapi bila org yg bagi tu berahsia sangat mcm ada something pula. Nak fikir positif tapi kena hati2 jugalah ...

    ReplyDelete
  3. hmm kalau akak pun rasa risau & was was nak guna, especially sbb tak tau siapa yg bagi kan...

    ReplyDelete
  4. secret admire ash la tu.. amboi hero kecik ni kemain ada peminat misteri dah

    ReplyDelete
  5. kecik2 dah ada peminat ash ni...

    ReplyDelete
  6. bersangka baik tapi berhati - hati ... klu betul ikhlas , tunjukkanlah je diri tu kan ...

    ReplyDelete
  7. ash ada seecretadmire ni. hehhe. nani pun setujuuu dengan apa yang kawan kak farah cakap tu. was was jugak bila jadi gini.

    ReplyDelete
  8. Seram pon ada....for me..maybe tak guna dlu kot kecuali tahu sape pengirim...hehehehe

    ReplyDelete
  9. ada baiknya buat la apa2 yang patut dulu..x yah bawak balik...letak kat opis sampai betul2 tau sapa pengirimnya...ok?

    ReplyDelete
  10. Betul jugakkan Farah firasat kawan Farah tu...Kita cuma berhati hati aje bukan niat nak bersangka buruk. Insyaallah tak de papelah....

    ReplyDelete
  11. Takutnya baca..Kalau niat pengirim baik, mesti die letak detail..Kite sbg penerima bkn nk marah bile tahu..At least we can say thank you..kan?..huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY