Home » , , , , , , , , , , , » "Camera Survey" & "Camera Hunting"...

"Camera Survey" & "Camera Hunting"...

Sumber dari Google
Fotografi adalah salah satu yang Farah minat, cumanya masih tiada peluang dan tiada ruang untuk melabur dan membeli kamera idaman hati. Di dalam hati ni, memang ada beberapa jenis kamera yang Farah dah senaraikan untuk Farah "survey"... tetapi buat masa dan ketika ini hanya mampu pandang, mampu tengok dan mampu telan air liur jer lah...Ihikss... Kerana masih ada perkara-perkara lain lagi yang menuntut perhatian Farah dan memerlukan Farah untuk mendahulukan apa yang dulu... Bagi Farah, tak apa, perlahan-lahan kayuh, In Shaa Allah, jika tiba pada waktu dan ketika rezekinya, satu hari nanti Farah akan berjaya juga memiliki sebiji dari gambar di atas!!! Ha ha ha... In Shaa Allah, semuanya bergantung kepada usaha diri sendiri dan juga keizinan Allah SWT... 

Jika di waktu zaman persekolahan dulu, Farah adalah salah seorang yang rajin menggumpul kamera...Alaaa...kamera dulu-dulu pakai filem kann??? Masa sekolah rendah, sekolah menengah jika ada apa-apa acara, mesti bawa kamera dan jadi tukang ambil gambar...Sebenarnya saja untuk memahirkan diri dan bereksperimentasi...Hik hik hik... Macam mana boleh minat kamera? Sebab Atuk Ash dulu memang buat kerja separuh masa juga sebagai jurugambar untuk majlis-majlis, kenduri kahwin. Dari situ timbul minat, sebab asyik tengok Papa sendiri yang sibuk jadi jurugambar kann??? Kamera Atuk Ash, tu diaaa, kamera Nikon lama... 

Sumber dari Google
Yang jenisnya main pacak-pacak lampu tambahan ataupun lebih dikenali sebagai "flash" tu...ha ha ha... bila tak nak pakai tak pacak, bila nak pakai pacak... Begitulah seadanya.... Sehingga kini masih tersimpan rapi dan elok lagi kamera tersebut, pandai betul Atuk Ash jaga barang... (puji Papa sendiri sekali sekala...ha ha ha...)... 

Tapiii, tak kanlah "I is" nak guna kamera tu juga meh??? "So the old school" dan sangat leceh tau... Ha ha ha... Sekarang ni dah tak pakai dah filem-filem dah... semua digital... Kamera-kamera Farah yang dulu, ada 4 biji, 3 biji gunakan filem, 1 biji adalah digital...Yang gunakan filem tu, dah tentu-tentu lah dah tak pakai kann??? Yang digital tu, heee... Sudah rosak... Alaaa... Olympus yang kecil tu jer punn, bukan kamera hebat sangat punnn... 

Haaa...tulah, memandangkan sekarang ini ianya sudah menjadi keperluan dan ianya sudah mula relevan untuk ada sebiji, hati ni dah terdetik-detik dan berkocak-kocak (amboiiii...berkocak-kocak ko...) untuk menyimpan jika ada lebihan untuk membeli sebiji kamera. Elehhh, itupun selepas "Inchik Boss" - bukan Abah Ash ok??? selepas "Inchik Boss" beri nasihat pada anak buah ni semalam ke dulu semalam...In Shaa Allah, In Shaa Allah "boss", sedang berkira-kira ni...Ihikss... Nasihat "boss" memang "briliiant" dan memang betul punnn... 

Makanya untuk permulaan semula ni, Farah rasakan Farah ingin bermula dari yang "basic" dahulu atau yang "simple" dahulu... Apa yang bermain di fikiran... kalau boleh nak "smartcamera" dengan WiFi... ha ha ha...senang kerja nak "upload" kann??? Kalau tak suka "upload" masakan berkodi-kodi gambar yang entah apa-apa di-"upload"...La la la la... Buat permulaan nak asah "skill" dulu... Tapi ada juga terfikir nak teruskan cita-cita nak mencuba mendapatkan DSLR juga... Hurmm... Yang penting ada "features" yang penting yang Farah nak dan juga hasil gambar yang dirakamkan haruslah bom kebabom... Ok ok teknik itu penting...Kamera mahal-mahal mana pun, orang kata kalau tak reti nak rakam gambar tak menjadi juga... Boleh pakai kenyataan tu, tapiii... sebenarnya kamera dan jenis kamera juga memainkan peranan yang besar sebenarnya... Bergantung kepada pendapat dan pendirian masing-masing.... 

Ada cadangan??? Apa yang baik, apa yang elok dan apa yang senang dibawa oleh Mommy beranak kecil ni??? Haaa, faktor tu pun patut ambil kira tu.... Pakar-pakar kamera sekalian, sila keluarkan cadangan serta panduan anda...kalau ada yang nak cadangkan sesebuah jenama kamera tu, sila nyatakan harga secara "approximately" di pasaran yang anda tahu yer... Ha ha ha, tak perlu buat kajian segala bagai..."just randomly"... 

*Errrr...hati pun kemaruk juga nak GoPro ni sebenarnya... La la la...Tiba-tiba teringat ada rakan sepejabat yang dapat hantaran kahwin set GoPro terkini lengkap semua aksesori... Wahhh huntunglahhh...Hakak tumpang "happy" dik non oiiii... Nanti bolehlah sewa...Ihikss... ^_* 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel "Camera Survey" & "Camera Hunting"... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, June 2, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. jom cari sebijik jom...pas tu leh gedik2 posing...

    ReplyDelete
  2. Hihi....anak bongsu okje sebok nak DSLR le bagai le....go pro tu okje tau dari dia lah Farah...Dasat tak dasatnya budak sekarang...Omaknya, ketinggalan sungguh

    ReplyDelete
  3. Weheee beli lah camera hihik nanti jumpa boleh rasmi sekali ekeke

    ReplyDelete
  4. Simple tips dari Mia ....
    Pilihan photographer normally jenama Nikon dan Canon. Yang suka editing after snap, Mia suggest Nikon. Yang nak gambar cantik lepas snap, malas nak edit bagai, ambik Canon.
    Nak beli kamera ada 3 type, beginner, semi pro dan pro. Mia suggest ambik semi pro, tapi kalau dah biasa guna kamera, ambik pro terus. Itu kalau Farah nak kamera DSLR.
    Tapi kalau yang suka snap dan upload terus kat FB ke insta ke, ambik smart camera cam Samsung tu .. :D

    ReplyDelete
  5. Nani tengah kumpul duit nak beli akmera gitu jugak. Hehehe :D

    ReplyDelete
  6. akak nak jual kamera nikon D3100 sbb dah tak guna, kalau simpan lama takut rosak jer..
    kalau berminat pm akak ok..

    ReplyDelete
  7. Huhu..Sy pun suka camera...Dulu ade DSLR..tp dh jual..Skrg tetibe teringin balik..boleh???kiki

    ReplyDelete
  8. dapat hantaran gopro? omaiiiii bestnyaaaaaaaaaa.. ida kumpul berbulan duitt HHAHAHA sedihhh!!

    ReplyDelete
  9. Saya pun sedang mencari-cari kamera. hehehhehe

    ReplyDelete
  10. waktu rumah kena pecah dulu camera adalah salah satu barang yang diambik selain koleksi jam tangan dan juga tabung ;( nie pon tengah berkira-kira nak beli camera sbb saya pon suka ambik gambaq dan berposing heheheheee

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY