Home » , , , , , , , , , , , , » Jkids Malaysia Playground & Kids Party, Tropicana City Mall

Jkids Malaysia Playground & Kids Party, Tropicana City Mall

Sumber dari Google
Penemuan Jkids Malaysia Playground & Kids Party ini berlaku secara kebetulan pada 2 minggu lepas semasa Farah ronda-ronda sendirian di Tropicana City Mall. Ronda punya ronda, terserempak dengan Jkids Malaysia Playground & Kids Party ni... Disebabkan warna-warna terang yang menawan jiwa, Farah mendekati pusat ini. Dekat punya dekat, terus Farah "study" mengenai pusat ini sebab seakan berminat pula untuk membawa Ash beriadah ke sini.

Bila hati Mommy dah tertarik dan merasakan pusat ini akan menggembirakan Ash, terus Farah merancang untuk tetapkan masa yang sesuai untuk membawa Ash ke sini. Bagi Farah, Farah telah berjumpa satu lagi tempat baru untuk "bonding time" kami dan aktiviti Ash. Tiba-tiba, Mommy dia yang terlebih teruja... apa kes??? Muahahaha... 

Susulan dari itu, pada 28 April 2015... sambil menyelam minum air... selepas sambutan secara ringkas hari lahir Abah Ash... Kami anak beranak menyinggah di Jkids Malaysia Playground & Kids Party untuk memberi ruang kepada Ash bermain dan bergembira. Sebenarnya... kertas cadangan telah diusulkan terlebih awal pada Abah Ash dan Alhamdulillah Abah Ash bersetuju dengan cadangan ini. ^_^... 

Yuran masuk ke Jkids Malaysia Playground & Kids Party ini adalah sebanyak RM 31.80 (termasuk GST) dan ibu bapa adalah tidak dikenakan bayaran walaupun ibu bapa masuk bersama-sama bermain... Heee... Hanya anak sahaja... Dan yang lebih menarik caj yang dikenakan adalah bukannya berdasarkan "per entry" tetapi boleh keluar masuk... "unlimited" di dalam hari yang sama sahaja. Kira-kiranya sangat berbaloi bila mana konsepnya begini. Boleh keluar dan masuk semula. Bila lapar boleh pergi makan, kemudian selesai makan boleh masuk bermain semula. Bila nak ke tandas ke, apa ke, nak "shopping" ke... kira-kiranya boleh bermain sepuas-puasnya... "Awesome!!!"... Siapa yang tak suka oii kalau konsepnya begini...

Oh apa lagi nak kongsi yer? Masuk ke dalam kawasan permainan, tidak boleh berkasut, hanya memakai stokin. Kalau tak ada stokin, boleh beli di kaunter pendaftaran. Barangan yang dibawa, boleh diletakkan di dalam "locker" yang disediakan. Sewa ataupun tidak Farah kurang pasti sebab Farah tak ada barangan yang nak disimpan pun. Jadi pada hari tersebut memang tidak menggunakan perkhidmatan "locker"...


"Locker" pun dah comel-comel, apatah lagi kawasan permainan di dalamnya... Nak masukkan Ash ke dalam "locker" tu pun muat...#ehhh... ha ha ha... gurau-gurau jer...


Ini adalah yang pertama yang menarik perhatian Ash. Sesampainya ke zon permainan, Ash dilepaskan dan dibiarkan bebas memilih mana yang dia suka. Bongkah-bongkah blok yang lembut dan ringan, memudahkan Ash bersesuaian dengan kudrat dan tenaganya untuk mengangkat blok-blok tersebut. Alat permainan yang bulat tu adalah berpusing seperti yang kita selalu lihat di dalam sangkar "hamster" peliharaan. Ianya berpusing dengan sendirinya dan tidaklah pula kami membiarkan Ash sendirian. Tergolek pula si kecil molek itu nanti.


Bola dan Ash tidak dapat dipisahkan, sebab dia memang minat pada bola. Ibarat berenang-renang Ash di dalam lautan bola. Videonya ada, Farah rakamkan... Tetapi tak sempat pula nak muat naik di You Tube untuk dikongsikan. Kalau nak lihat kegembiraan Ash pada waktu dan ketika itu, bolehlah lihat Instagram Farah di @farahwaheda yer...Dah masuk dalam lautan bola tu, tak nak keluar pula dia. Dengan Abah, dengan Mommy sama-sama masuk ke dalam itu. Hu hu hu... Tapi seronok juga, layan juga. Kerana Ash tu kecil, tak boleh dibiarkan sahaja sebegitu walaupun kawasan permainan menepati ciri-ciri keselamatan. Malang tidak berbau, makanya baiklah beringat yer tak? Bila melibatkan Ash, Farah memang cepat risau dan Farah memang "overprotective"... Ya ampunn... Mak mak biasalah kan? Semua macam tu...


"I am sailing... I am sailing..."... Begitulah agaknya dalam pemikiran Ash... Yang ini seakan-akan berombak... Konon-kononnya di laut lettew...


Kusss semangattt... Yang ini paling semput nafas dan kecut nafas. Nak gugur jantung dibuatnya... Papan gelongsor ni tinggi, dan sebenarnya, Farah memang tak galakkan Ash yang kecil molek tu main papan gelongsor ni. Takut dia tergolek dan mengalami kecederaan... Tetapi yang kita tak suka, yang itulah berulang kali dia minta Abah dia bawakan. Gambar ni diambil kerana ingatkan Abah dia sempat turun sama, tak dan dah, sempat klik, campak tablet ke bawah dan berlari mengejar untuk sambut dia cepat-cepat... Laju nafas Mommy ok? Risau yang amat... Kalau jadi apa-apa? Menjawab... Hu hu hu... Ash jangan buat lagi macam ni "please"... Ha ha ha, memang taklah nak bagi dia lagi main menda alah ni lagiii...kalau nak juga naik, salah seorang sama ada Mommy ataupun Abah kalau ada kena naik dan turun bersama-sama... Hu hu hu... Umang aiii.... seriau yang amattt, tapi dia gembira dan boleh gelak ketawa lagi... Dush dush dush...



Habis semua ditawaf dan habis semuanya Ash main... Waktu berlalu pun tak sedar...Sampai hujan lebat petir sabung menyabung kat luar pun tak sedar, bila nak balik baru sedar...Muahahaha... Memang "enjoy" betul dia dapat bebas dan lepas sebegitu... Masa kami pergi ni adalah hari bekerja, makanya, memang kosong dan tiada sesiapalah di situ...Ash "conquer" satu zon permainan tu, tak dapatlah dia nak bersosial bersama rakan-rakan sebaya dan yang lebih tua atau muda dari dia pada hari tersebut. Apa yang buatkan Farah merasa yakin untuk biarkan Ash bebas ke sana ke mari di dalam zon permainan di JKids adalah disebabkan ianya adalah "fully padded" dan hampir kesemua alat-alat permainan dan mesin dibalut dengan "foam" ataupun "spongy type of covers"... Kira-kira kalau "heading" ke mana-mana pun, ianya lembut dan tidaklah sampai menjadi lebam... He he he... Apa pun pengawasan tetap perlu dilakukan...

Peraturan di JKids:

  • "A parent / guardian MUST accompany the child on the premises at ALL TIMES. Accompanying adults are always FREE"
  • "Open to children from 6 months"
  • "JKids is NOT responsible for guest's belongings"
  • "Socks required for both kids and parents. Available to purchase."
Bukan sekadar zon permainan, tetapi ada satu sudut yang buatkan Farah tertarik juga untuk berkongsi dengan semua... iaitu "Kids Party Room"



Sedikit maklumat berkenaan degan Kids Party:

  • "Decorated party room from RM100 / 2 hours"
  • "Party admission with unlimited play time RM 25 / child"
  • "Fun-filled add-ons such as food package, catering service, party packs, face painting, party clown and mascot appearance".
Ini kalau tak ada tempat, kalau anjurkan "birthday party" Ash di sini pun menarik juga ni...Heee... Tiba-tiba terfikir kan? Cita-cita tu ada nak buat tapi tak taulah menjadi ke tidak tahun 2015 ni? Sebab "birthday party" ni akan bertambah-tambah seronok dianjurkan bila mana anak-anak dah mula bersekolah...Ramai sikit kawan-kawan sebaya yang boleh datang kan??? Namanya untuk kanak-kanak, tetapi kalau sekarang pun boleh, ramai jer rakan-rakan sebaya, hampir sebaya atau yang lebih berusia dari Ash boleh datang... Layangkan ajerlah kad jemputan... Ho ho ho... 

Bukan sekadar itu sahaja, JKids adalah lebih dari itu... Ada kelas "fun, art and craft" yang dibuka untuk anak-anak bermula dari 30 Mac 2015 yang lepas. Kelas-kelas ini terbuka di cawangan JKids di Paradigm Mall, Publika dan juga Tropicana City Mall yang mana yurannya adalah sebanyak RM 250.00 sebulan "with playground admission"... Menarik ni... Tapi Ash terlalu kecil lagi...belum boleh lagi hantar ke kelas sebegini, tunggulah bila waktu yang bersesuaian, jika ada rezekinya In Shaa Allah... 

Cawangan-cawangan JKids terdapat di:

Sumber dari SINI 
Jika kurang jelas, sila klik pada pautan jaringan laman web itu yer untuk lebih jelas... Hik hik hik... Dah malam-malam semasa menyediakan entri ni, nak cepat sebab mata dah tak mampu nak buka lagi dah... Ya ampunnn.... dikatakan juga bahawasanya Jkids akan membuka cawangan di Mitsui Outlet Park KLIA tak lama lagi... Wahhh banyak betul cawangannya... Jadi ramai-ramai boleh pergi... 

Bagi ibu bapa yang berminat untuk membawa anak-anak beriadah di Jkids dan untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk:



ataupun boleh juga e-mel-kan maklum balas serta pertanyaan ke:
jnews.jnm@gmail.com

*Akibat puas bertawaf, akhirnya Ash tidur di dalam kereta sepanjang perjalanan pulang dan malamnya memang tidur awal... "Enjoy" dan letih sangat lettew... In Shaa Allah, ada kesempatan, bakal ke sana lagi... *_^... Ada sesiapa yang nak pergi sama-sama dengan Ash? Jom jom... "date" dengan Ash... 

**Jkids Malaysia Playground & Kids Party adalah pemenang kepada Baby Talk Readers' Choice Awards 2014...

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jkids Malaysia Playground & Kids Party, Tropicana City Mall, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, May 5, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. wah, menarik ni...yurannya boleh tahan juga ya...(kira-kira 31.80 x 4 orang anak..hheheh), kena tunggu besday anak2 ni...barulah ada alsan dgn suami-"bawa anak2 sempena besday" hihihi

    ReplyDelete
  2. ok ni memang menarik! Mujur jauh ...kalau tak kak long pun nak menyinggah jugak hehe :D

    ReplyDelete
  3. menarik ni. seronoknyaaa ash main :D

    ReplyDelete
  4. anak2 saya kalau masuk ni memang payah nak keluar...jenuh mak pak menangis ajak balik..hahah

    ReplyDelete
  5. anak sorg ok lagi tapi anak 3 pitam mak nak hehehee...

    ReplyDelete
  6. Wah... Seronok ni.. Bawa anak2 psti tak nak balik..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia