Home » , , , , , » KWSP | Pengeluaran Pada Umur 60 Tahun & 4 Inisiatif Tambah Baik Skim KWSP

KWSP | Pengeluaran Pada Umur 60 Tahun & 4 Inisiatif Tambah Baik Skim KWSP

Sumber dari Google
Isu yang sedang hangat diperkatakan, tentang pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada umur 60 tahun dan 4 inisiatif tambah baik skim KWSP.Hu hu hu... Menurut sumber dari SINI
"Adalah penting dijelaskan di sini, bahawa perubahan kepada umur pengeluaran ini dibuat khusus untuk menangani isu ketidakcukupan simpanan persaraan majoriti besar ahli KWSP apabila mereka bersara pada umur 55 tahun"
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, agensi itu sedang menimbang menyelaraskan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya hampir kepada usia persaraan 60 tahun:
"Kata Shahril, negara perlu menangani isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang mencukupi dalam akaun mereka. 
Bagi pekerja-pekerja yang mencarum di KWSP...apa pendapat anda? Setuju ke? Pendapat peribadi TAK SETUJU boleh??? Hew hew hew... Tengah nak mengisi borang kajiselidik ni nak menyatakan ketidaksetujuan hati ini... "Why don't, just let it be the way it is??? I would prefer it at the age of 55 years old to be disbursed or why don't KWSP itself set an option" sama ada nak keluarkan pada umur 55 tahun ataupun 60 tahun??? Macam had umur persaraan, ada sesetengah syarikat memberikan pilihan sama ada seseorang itu memilih untuk bersara pada usia 55 tahun ataupun 60 tahun... Betul tak? Errr ke ada yang rasa tak betul apa Farah omelkan ini??? 

Dan kemudiannya, dikatakan juga... ada 4 inisiatif tambah baik skim KWSP yang diperkenalkan... Menurut sumber di SINI ... 4 inisiatif itu termasuklah:
  • Menyelaraskan umur pengeluaran penuh dengan umur persaraan minimum seperti yang ditentukan oleh kerajaan.
  • Menyelaraskan caruman minimum dengan undang-undang umur minimum.
  • Melanjutkan bayaran dividen daripada umur 75 tahun kepada 100 tahun.
  • Memperkenalkan simpanan persaraan patuh Syariah sebagai tambahan kepada skim sedia ada.
Yang tidak berubah adalah pengeluaran prapersaraan sedia ada yang kekal. 

Bagi ahli KWSP aktif pada usia 54 tahun dan tidak mencapai simpanan asas pada RM196,800 dan juga mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000. Dikatakan ahli-ahli akan diminta menimbang 2 cadangan iaitu:
  • Melanjutkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat di dalam tempoh 15 tahun; atau
  • Mengekalkan umur pengeluaran 55 tahun bagi simpanan sedia ada dan memperkenalkan umur pengeluaran baharu pada 60 tahun bagi caruman mereka yang bekerja selepas usia 55 tahun. 
Dan pada waktu ini dikatakan bahawasanya tidak ada sebarang keputusan yang telah dimuktamadkan dan pihak KWSP amat menggalakkan para ahli untuk mengambil bahagian di dalam proses ini kerana maklum balas pencarum adalah sangat penting kepada pihak KWSP. Kalau katakan pihak KWSP menerima maklum balas yang baik serta memberangsangkan, mereka bercadang nak melaksanakan apa yang dirancang seawal tahun depan... iaitu 2016... 

Semalam sewaktu dengar berita mengenai perkara ini di saluran Astro Awani tak fokus sangat sebab sibuk bergelumang dengan Iman Ash... he he he... selepas dia dah tidur, sediakan entri ni pecahkan kepada satu persatu untuk menghadamkan dan memahamkan... Phewww.... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel KWSP | Pengeluaran Pada Umur 60 Tahun & 4 Inisiatif Tambah Baik Skim KWSP, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 21, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

7 comments:

  1. Dah hbis duit kwsp... Lepas dpt pencen trus kuarkan... rasa x setuju gak sbb kesian org kan... Lama tu nk tggu 60 tahunn..

    ReplyDelete
  2. Klu umur panjang..ok la, kalau tak..heheh..kwsp pun dah semakin kejam dan tamak

    ReplyDelete
  3. tak setuju juga. lambat sangat. kesiankan. sebab mesti dah ramai rancang kewangan.

    ReplyDelete
  4. Tak setujuuuu! Kalau pengeluaran umur 60 tahun tu optional ok laa. Tapi kalau sebgai syarat wajib memang tak setuju sama sekali. Kalau panjang umur, dapatlah rasa our hard earned money tu. Itupun umur nak tunggu umur 55 tahun masakan hidup lagi atau tak. Wallahualam. :)

    ReplyDelete
  5. Cara pandai dalam menyiasiati pengeluaran biaya dimasa tua, makasih banyak ilmunya.

    ReplyDelete
  6. berilah option...senang cerita...lagipun bkn semua org kita ni hidup sng lps pencen ;-)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY