Ash Dah Nak Pergi "School" Dah???


Boleh ke Ash pergi "school" di usia 1 tahun 5 bulan ni??? Bukanlah sekarang tetapi In Shaa Allah di usia Ash 18 bulan nanti dan bukanlah "school as in terms playschool" di mana Ash diletakkan di "playschool" pada hari waktu bekerja... Ash masih lagi dijaga sepenuhnya oleh Nek Ma Ash... Cumanya, "school" yang Farah maksudkan adalah "activities school" di mana Farah akan turut berada bersama-sama Ash untuk memantau dan mengikuti perkembangan Ash di sana. 

Ianya sesuatu yang Ash minat dan suka, ianya sesuatu yang Farah percaya mampu mengasah minda, IQ, EQ, bakat serta memberikan Ash peluang untuk bersosial bersama-sama rakan-rakan sebaya ataupun abang-abang dan kakak-kakak yang lebih berusia dari dia... Terima kasih di atas tajaan ke atas Ash yang diterima... Ngeee.... ^_^... Syukran Ya Allah... Bukan mahu membangga diri kerana Ash mendapat tajaan, tetapi cuma berkongsi kegembiraan di atas rezeki anak ini...Riak apatah lagi, jauh sekali... Tak pernah terdetik dan terlintas pun... 

Wohooooo, yang jadi teruja lebih-lebihnya adalah Mommy ok??? Sangat "over" Mommy tau tak??? Tiba-tiba seronok pula anak nak masuk sekolah... Bha ha ha...Ini baru sekolah aktiviti kalau sekolah betul-betul tak taulah macam mana terujanya lagi Mommy Ash ni kannn??? "Over" tau, nyampahhh...Ha ha ha... Tiba-tiba teruja fikirkan nak kena beli kasut...errr ke kasut mereka taja sekali, baju seragam tu dah tentu-tentu mereka berikan sebab ianya termasuk sekali di dalam pakej... Rasanya semua sekali kot.... Dan rasa tak sabar pula, (kan Mommy yang lebihhhh...ha ha ha)... nak hadiri kelas aktiviti berkenaan... 

Ash nak pergi mana ni??? "School" mana ni???


Ash nak pergi Little Kickers Malaysia!!! Little Kickers ni apo??? Ha ha ha, tak nak cerita ulang-ulang kalau nak tahu lebih lanjut dan maklumat lanjut sila rujuk entri terdahulu mengenai Little Kickers di entri Yang Ada Anak Lelaki Kecil... Jom Kenal Dengan Little Kickers Malaysia...

Anak Mommy nak pergi sepak-sepak bola, tendang-tendang bola... Wahhh seronoknya, boleh Mommy "joinnn" samaaa??? Ahakss...Memanglah, Mommy kena ada untuk tengok... Harap-harapnya sampai tempoh matang nanti dah pakar berlari dan jalan pun dah tegap betul-betul... Hik hik hik... Tazzabarrrr nak rekod video Ash tendang bola, tazzabarrr nak "capture" gambar Ash... Sangat-sangat tazzabarrr.... Nampak sangat mak yang lebih dari anak kann??? Yelah Mommy faham "excitement"nya macam mana, Ash belum faham lagi sampailah Ash tiba di tempat kejadian... Hik hik hik... 

Ya ampunnn...maafkan "I is" kalau terlebih-lebih "over" yer... Tetapi rasa seronok sangat... Ahaksss... Maafler kalau ada yang rasa macam... eeeeeee... puhleaseee... Tapi seronok kerana minggu-minggu kami bakal terisi dengan aktiviti yang menarik... ^_*.... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ash Dah Nak Pergi "School" Dah??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 7, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

8 comments:

  1. wahhhh seronok lah ash nanti, dapat akwan baru dapat belajar. hihihi :D

    ReplyDelete
  2. Sue yg baca pun rasa seronoknya.. nnt ash dpt kawan baru dan skill baru di sana. Bertambah2 syokla ash nk pergi school setiap hari. ^^

    ReplyDelete
  3. Amboiiii sonok laa ash nt yer..heheh

    ReplyDelete
  4. BESTNYA...berapa yuran bulannanya kak?? dak iqy pon minat bola..

    ReplyDelete
  5. wahhh untungnyer Ashhhhhhh dpt g sana....nak ikuttt :p

    ReplyDelete
  6. Have fun with Little Kickers Malaysia in advance! Don't forget to update us pictures!!! :)

    ReplyDelete
  7. Wahhhhh auntie juju lg tazabar nk tgk ash masuk school little kickers tu...besttttttttttttt

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY