Home » , , , , , , , , , » Pengumpul Setia Segala Jenis Belon...

Pengumpul Setia Segala Jenis Belon...


Ash??? Memang gemarkan belon... Pantang jumpa belon dan pantang nampak belon mesti jari jemari comel itu menunjukkan ke arah belon dan meminta dari Mommy dia supaya dibelikan atau diberikan belon. Kalau jalan-jalan makan angin di dalam pusat membeli-belah tu, kadang-kadang selamat, kadang-kadang tidak...Ha ha ha... Selamat yang bagaimana? Selamat bila mana Mommy tak perlu keluarkan duit dari poket membeli belon untuk Ash...Muahahahaha... Errrr...kedekut ke Mommy??? Bukan kedekut tetapi berjimat cermat kaedahnya... Di rumah tu segala macam jenis belon dah dikumpulnya... Tak taulah apa Ash nak buat banyak-banyak... Ekekekeke... Nak buat tukun gamaknya??? Selamat bila mana, ramai jer kakak-kakak cantik yang suka sangat nak bagi belon banyak-banyak pada Ash... Ha ha ha... 

Kalaulah Mommy boleh melihat dari kaca mata Ash betapa istimewanya belon itu sentimennya pada Ash... Ahakss... Iya, bukannya Farah tak tau, mereka kanak-kanak ni suka pada belon kerana terapung-apung, kerana ada banyak warna warni... ekplorasilah, eksplorasi mereka di fasa-fasa perkembangan dan tumbesaran... Macam tulah... Cuma yang tak seronoknya, Mommy bukan takut belon, tapiiii takut kalau belon tu pecah... pommm!!! Kadang-kadang kena sakat dengan anak tau takkk!!! Ash-lah suka sangat sakat Mommy... Saja dia tekan-tekan belon tu depan Mommy, lepas tu gelak-gelak...Amboiiiii... 

Bukan setakat belon biasa tu jer... belon yang mahal ni punnnn jadi koleksi dia... 


Yang bertangkai, yang tangkai dah hilang ke mana... Ho ho ho... Ini baru tiga... Satu koleksi dari Setia City Mall, satu koleksi dari Mid Valley, satu koleksi dari TESCO. Yang besar sekali tu, belon Mickey tu baru jer kena "tag" hari minggu yang lepas... Hu hu hu... Belon lagi besar dari tuan... Ada lagi, tapi tak adalah Farah nak punggah semua malam-malam buta semasa gambar ini diambil kan??? Bagi Farah mahal-lah... yang paling besar tu harga RM15.00 kot??? Pengsannn.... Sebab mahal dan belon jenis begini takkan senang-senang pecah, makanya nak buang pun tak sampai hati... Dari buang baiklah kita simpan...Ekekekeke... Lagipun comel jer belon-belon tu kan? 

Serasanya selepas ini nak ajar Ash untuk berhenti membeli belon lagi... Kalau berterus-terusan Ash beli belon... nanti mau penuh rumah kami dengan belonnnn jerrr... Ahakss... Tapi oklah tu kan? "By the time birthday" Ash, tak payah beli belon lagi...wakakakaka... Ting tong Mommy Ash ni kan??? Obses sungguh dengan belon anakku ini... Huh!!! Abah Ash tengok senyum jer... Tak boleh nak kata apa dah... "Words" yang keluar... "manja Mommy"... Ha ha ha...memanglah pun... Ash anak manja Mommy apa? Bukan ada ramai pun, sorang tu jer... tapi manja bertempatlah... bukan manja semberono... Yang boleh tetap boleh, yang tak boleh tetap tak boleh, setiap perkara ada batasan dan kawalan...Ha gitchewsss... 

Memang Ash seorang sahaja yang begini ke? Atau sama jer kawan-kawan Ash yang lain? Hik hik hik, rasanya sama jer kan? Cuma antara dibelikan dan tak dibelikan sahaja... Macam Ash ni, tak lama lagi Mommy nak catu beli belon...  

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Pengumpul Setia Segala Jenis Belon... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, March 17, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. kann.. irine pon dah pandai tunjuk tanda nak mintak lettewww..tp kengkadang malas nak layan.. hehehe

    ReplyDelete
  2. irfan main sekejab jer, lps tu bosan

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia