Aku, Kau Dan Sebarang "Vulgar Words Is A No No!!!"

Sumber dari Google
Di dalam perkara ini, mungkin ada ibu bapa yang "sekapal" dengan Farah... dan tidak kurang juga mungkin ada yang "against" Farah. Biasalah... di dalam kehidupan ini tidak semua orang sekepala dengan kita, tidak semua orang sependapat dengan kita dan tidak semua orang bersetuju atau akan menyokong kita. Ianya satu lumrah. Akan tetapi bagi diri Farah sendiri, ini adalah pendirian Farah sebagai seorang ibu. 

Sewaktu usia Ash beberapa bulan sehinggalah mencecah usia setahun, Farah pada mulanya tidak menyekat Ash untuk menonton beberapa rancangan kartun yang mampu menarik perhatian dia. Tetapi bila melihatkan perkembangan Ash yang sudah faham dan sudah mampu untuk mengajuk beberapa perkara atau aksi yang ditonton oleh dia melalui rancangan kartun. Dengan tidak semena-mena, Farah telah menghenti beberapa rancangan kartun yang ditayangkan di kaca televisyen. Farah telah mula mengawal serta menapis dahulu apa yang ditonton oleh Ash. Apa yang boleh, apa yang tidak. Begitulah. 

Pedulilah apa yang orang nak kecam Farah, nak kata Farah dari belakang "or what so not... I am just trying to do my best for my son". Iya, kelihatannya seperti Farah terlalu mengawal kehidupan Ash. Terlalu "protective". Tetapi, apa yang Farah lakukan ini adalah atas sebab musabab yang kuat yang menyokong tindakan ini. Keibubapaan sekarang, didikan anak-anak sekarang adalah sangat "challenging". Ada perbezaannya di antara zaman dan juga peredaran semasa antara dulu dan sekarang. Pendekatan di dalam mendidik anak-anak di zaman ini adalah berbeza dari zaman-zaman kita dididik dahulu oleh ibu bapa kita. Cabarannya lebih besar pada zaman sekarang ni kot? 

Kenapa Farah mula mengawal dan memilih serta menapis apakah kartun yang boleh ditonton oleh Ash dan kartun yang tidak boleh ditonton oleh Ash? Kerana Farah tidak mahu Ash terdedah dan Ash terpengaruh sehingga menjadi ikut-ikutan bahasa-bahasa yang pada Farah kesat atau tidak bersesuaian untuk Ash gunakan. Contohnya aku, kau dan juga sebarang "vulgar words". Tidak! Jawapannya tidak walaupun watak kartun itu disukai oleh ramai kanak-kanak dan seboleh-boleh bukan pada usia yang terlalu awal untuk Ash kenal perkataan aku, kau dan sebarang "vulgar words" yang tidak sedap didengar itu. 

Iya, mana mungkin kita nak mengawal sepenuhnya penggunaan aku, kau dan "vulgar words" berlama-lama bagi pendapat sebahagian dari kita yang di luar sana. Bila sudah bersekolah, sudah bergaul mungkin akan terjadi juga. Ramai kawan-kawan kan? Tetapi sekurang-kurangnya kita cuba yang terbaik di dalam mendidik dan Farah tak rasakan ianya adalah mustahil. Pernah jer Farah lihat seseorang yang menggunakan perkataan saya, "I", di dalam pertuturan dari kecil sehingga dewasa. Setidak-tidaknya paling koman, menggunakan kata ganti diri dengan nama sendiri. Farah sendiri pun begitu. Lebih selesa menggunakan saya, awak, "you", "I" dan kata ganti sendiri dengan menggunakan nama sendiri. Cuma sesekali sahaja bersama orang-orang tertentu Farah menggunakan aku dan kau. Itupun memang sangat-sangat jarang. Hurmmm... 

Entahlah, rasa serta membayangkan, tak sedap pula telinga nak mendengar perkataan-perkataan kesat keluar dari mulut Ash yang comel itu. Hew hew hew... Kalau boleh dielak-elakkan, Farah elaklah... tapi kemungkinan perkataan itu terluncur bila Ash sudah mula bersekolah dan telah mula bergaul dengan rakan sebaya tidak mustahil. Tetapi, In Shaa Allah... Farah akan cuba meminimakan penggunaan perkataan-perkataan yang agak kesat dari terkeluar dari mulut Ash... Pada Farah perkataan-perkataan seumpama itu adalah agak kesat tetapi pada ibu bapa lain Farah tak pasti. Ini mungkin pada Farah sahaja. Tak kisahlah sesiapa nak mengata Farah cuba mendidik Ash untuk jadi "nerd" ke apa ke... Tidak semestinya menggunakan perkataan-perkataan skema saya, awak, kita itu "nerd" ok? Ha ha ha...

Farah pernah juga berkongsi tentang cara pengendalian Anak Menggunakan Bahasa Kasar Atau Kesat Di Dalam Pertuturan... di dalam entri yang bertarikh 6 Januari 2015. Mungkin entri ini dapat sedikit sebanyak membantu dan memberi panduan kepada kita semua sebagai ibu bapa... Bukan mudah kan menjadi ibu bapa di alaf baru ini...Banyak cabaran dan dugaannya seperti yang Farah nyatakan berulang kali... ^_^... Semoga kita semua bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan juga dugaan dan kita dapat menangani setiap permasalahan dengan bijak...

Aku, Kau Dan Sebarang "Vulgar Words Is A No No!!!"... Seboleh-bolehnya... Perkara akan tetap terjadi tetapi selagi boleh dikawal, kita sebagai ibu bapa kenalah kawal kan?

*Entri ditaip di dalam tempoh 5 minit sebab nak pergi Management Meeting... ngeee... "peace no war!!!" 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Aku, Kau Dan Sebarang "Vulgar Words Is A No No!!!", diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 18, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. tindakan akk sama dgn kami suami isteri.. sebarang kartun mmg ditapis... biar lah kn.. anak kita .. cara kita..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan farah kak MV selalu marah anak2 kalau guna aku....sebab tue biasakan dorang guna kata ganti nama sendiri atau gelaran kalau haikal n ayu mv biasakan guna kakak n abg...wani..MV guna wani....mcm tue jg mimi...bahaya guna aku ni kasar sgt..tp kalau kat sabah mmg kata ganti diri guna aku...sebab tue MV skg membiasakan diri guna sa...

    ReplyDelete
  3. Same la kite...Selagi boleh elak, kite elakkan.. Nanti kite jgk yg sakit telinga dengar anak bercakap bahasa vulgar ni...kan?

    ReplyDelete
  4. betul-betul..jangan nanti dah terlambat baru nak bentuk anak balik kan..

    ReplyDelete
  5. sama dengan saya la..masa anak saya umur baya2 ash ni saya langsung tak bagi dia tengok upin ipin..dan sebarang kartun melayu...cakap merepek2 dan kasar...umur 7 tahun baru dia start tengok upin ipin,boboiboy semua tu...

    ReplyDelete
  6. Para ibu bapa patut prihatin tentang perkara nie seperti Farah, barulah anak-anak tu penuh adap sopan kaan ^-^

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY