Gong Xi... Gong Xi... Om Koi...


Gong Xi... Gong Xi... Om Koi... terima kasih banyak-banyak pada kawan-kawan Atuk Ash dan juga kawan-kawan Farah kerana sudi menghulurkan sampul-sampul merah ini kepada Ash. Syukran Allah di atas rezeki yang Engkau kurniakan untuk anak ini. 

Errr... Ash? Mummy pinjam dulu boleh tak? Bha ha ha... Jawapannya... Mummy jangan mimpi dan jangan harap. Awal-awal lagi Nek Ma Ash dah beri arahan... jangan guna simpan terus di dalam buku simpanan anak tu. Ha ha ha... belum apa-apa Nek Ma Ash dah keluarkan arahan. Tidak berapa lama selepas itu Atuk Ash pula keluarkan arahan. Iya... iya... Mummy tak pinjam pun.. muahahaha... tolong kira dan tolong masukkan ke dalam simpanan Ash sahaja... Sob sob sob... 

Banyak sangat ke sampai Mummy nak pinjam? Ha ha ha... Tak adalah... Biasa-biasa sahaja... Kira-kira lepas lah kalau nak beli 4 paket lampin pakai buang dia. Tak adalah, itu duit Ash... Mummy tak akan guna pun... Mummy terus simpan dalam simpanan Ash... nanti Nek Ma dan Atuk tanya soalan bertubi-tubi, apa Mummy nak jawab???Lagipun, kita kenalah menabung untuk masa hadapan Ash yer nak? Nanti nak sekolah ke apa ke... In Shaa Allah... cukup duit simpanan Ash tu untuk bantu tampung kalau-kalau Mummy tidak kecukupan. ^_^... Ngeee... Al-maklumlah, kos sara hidup sekarang bukannya murah... dan kos untuk pendidikan juga bukan murah... Pendidikan itu kan penting? Mummy tak sanggup pula tengok, manalah tau kan? Kalau-kalaulah ketidakcukupan Mummy ke membuatkan Ash terkorban tidak dapat apa yang sepatutnya terbaik untuk Ash. 

Tak apa... Mummy usaha yer nak? In Shaa Allah... ada rezeki Ash tu nanti... Tentunya Mummy akan usaha sedaya upaya untuk Ash, demi yang terbaik untuk Ash... Anak nak membesar ni kan semakin banyak perkara yang perlu difikirkan? Semakin meningkat usianya semakin bertambah keperluan, semakin perlu berusaha keras mencari rezeki... Semua ibu bapa pun macam tu... Tetapi tak taulah kalau-kalau ada yang berfahaman lain yer tak? Ekekekeke... 

Tak jangka pun yang Ash dapat angpow... Tak berharap pun... Tapi dah macam dia pula yang beraya... Hik hik hik... Syukran Allah... Bukanlah menunjuk, bukanlah riak... errr... cuma cerita-cerita kosong jer... Pssst pssst ... Ash... Mummy pinjam dulu boleh? Ahaksss.... larikkkk... Tak ada lah gurau-gurau jer...  

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Gong Xi... Gong Xi... Om Koi..., diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, February 22, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. wahhh ash dapat sampul merah tuu ^^ nnai tak dapat pun tahun ni. hahahah :P

    ReplyDelete
  2. Wah..Bertuah Ash dapat Ang Paw..huhu

    ReplyDelete
  3. Aqil pon dpt gak....sm la...lps la klau nk buat beli pampes susu Aqil...hihihi

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY