Home » , , , , , , , , , » Berpeluh 4 Kali Ganda & Bakar Lemak Bersama Hot Shapers Hot Belt!!!

Berpeluh 4 Kali Ganda & Bakar Lemak Bersama Hot Shapers Hot Belt!!!

Ada satu cerita yang agak menarik untuk dikongsikan ni. ^_^... Khusus bagi mereka-mereka yang berhajat untuk mengempiskan bahagian abdomen tubuh badan yang sudah mula membuncit ataupun memboroi. Lelaki boleh, wanita lagilah boleh. He he he. Menarik tak? Bahagian buncit, boroi ni hampir majoriti daripada kita menghadapi masalah ini. Tak kira lelaki ataupun wanita. Yang paling "concern" adalah wanita yer tak? Kadang-kadang perut tu tak buncit pun dikatakan buncit. Kalau buncit sikit pun risaunya, ya ampunnnn.... boleh jadi tak tidur malam pun ada. Ngeh ngeh ngeh. Kalau buncit akibat perbuatan manusia tu... itu tak payah gatal-gatal atau nak sibuk ambil tahu tentang apa yang Farah nak kongsi ni. Tunggu dah selamat melahirkan baru baca entri ni sedalam-dalamnya yer? 

Apa tu? Farah nak kongsi tentang apa? Sekejap yer... Farah letakkan gambar dulu untuk beri anda semua gambaran...


Jeng jeng jeng... tadaaaa.... Neotex Hot Shapers Hot Belt!!! Memang sedang hangat pun di pasaran sekarang ni. Salah satu usahawanitanya adalah Junn Outlet

Sebelum bercerita lebih lanjut... sukalah sekiranya Farah berkongsi gambar Hot Shapers Hot Belt ini dari pandangan dekat supaya anda lebih jelas.



Rupa paras Hot Shapers Hot Belt ini dari luar dan dalam. Seperti yang kelihatan pada gambar di kotak pada gambar yang pertama. Hot Shapers ni diperbuat daripada teknologi Neotex... ataupun lebih dikenali sebagai fabrik pintar... ha bukan telefon jer ada telefon pintar ok? Zaman sekarang fabrik pun fabrik pintar... Ianya merupakan fabrik berteknologi tinggi yang mempunyai lapisan dalaman yang meningkatkan peluh sehingga 4 kali ganda.

Fabrik Neotex:

  • Membakar kalori.
  • Menyingkirkan toksin. 
  • Membantu mengurangkan berat badan.
Lapisan luarnya membantu menyerap peluh sehingga 4 kali ganda. Makanya tak basah lencunlah kan sebab dah berpeluh dengan banyak dari bahagian dalamnya tu. Ianya menyerap lembapan. Kita berpeluh tetapi kita rasa kering. Haaa... macam tulah.

Yang menariknya tentang kualiti Hot Shapers ini... 
  • Kualitinya sama seperti sut renang yang mahal.
  • Tidak mudah koyak.
  • Bila dipakai mengikut bentuk serta lekuk badan ("fit").
  • Boleh dipakai ke pejabat. (Tiada bunyi geseran seperti "sauna pants magnetic").
  • Boleh digunakan semasa melakukan kerja rumah.
  • Boleh membentuk semula pinggang dan peha. 
  • Boleh dipakai semasa cuaca panas ataupun sejuk.
  • Boleh dipakai ketika bersenam.


Untuk penerangan yang lebih jelas dan lanjut... anda boleh melawat ke pautan video You Tube di SINI ataupun boleh lihat pautan video yang Farah dah siap-siap pautkan untuk semua di bawah ini...


Ya ampunnn jangan anggap Farah melucah pulak ek? Ini adalah sekadar video penerangan yang tidak mendorong kepada sebarang kenyataan yang ditaip di dalam entri ini untuk berbaur kekuning-kuningan. Ha ha ha... Untuk diperjelaskan supaya lebih mudah untuk semua memahami kaedahnya giteww...

Hot Shapers Hot Belt ni, melalui pengalaman Farah sendirilah kan? Sejak 2 minggu yang lalu setelah menerima bungkusan dari Kak Junn... memang betul membuatkan kita berpeluh lebih daripada biasa. Berganda-ganda seperti yang dikatakan. Serasa seakan-akan lemak-lemak yang berkumpul di bahagian perut itu terbakar yawww... ahaksss... #ehhh tapi betullah... badan pun ada terasa ringan sedikit... memang benarlah seperti yang dikata rupa-rupanya ek? Kalau ber-zumba apatah lagi... Phewww... memang banyak yang dibakar... "Awesomeness!!!" ... Farah suka...

Perkara yang paling Farah suka lagi satu ialah ianya tidak mengganggu bahagian perut yang telah dibedah untuk keluarkan Ash dahulu... Hua hua hua... dan juga tidak sakit. Farah ni kan seriau sikit tentang bahagian itu... Al-maklumlah perut berpotong kan? Begitulah... sedangkan kalau dengan Ash pun Farah akan jauhkan kaki dia yang suka berdiri di atas perut tu dari kawasan tu semasa Ash belum mencecah usia setahun dulu. Sekarang dah setahun ni, tak adalah dia berdiri atas perut lagi bila bergurau dengan Mummy dia. He he he... Makanya, bagi yang agak-agak ada perasaan yang sama dengan Farah tu selepas pembedahan bersalin... Tak perlu risau... Hot Shapers Hot Belt ini selamat digunakan dan tidak mengganggu bahagian itu.



Cara pakai pun bukannya susah, sarung sahaja dah selesai! Tiada zip! Tiada cangkuk! Sarung sahaja dan diakui ianya sangat selesa.


Tidak cukup dengan itu... rangkaian produk Hot Shapers ini ada set lengkapnya seperti yang kelihatan di dalam imej di atas. Bukan swkadar bahagian abdomen sahaja. Bahagian-bahagian lain pun ada.

Keberkesanannya diakui oleh pelanggan-pelanggan Junn Outlet sendiri melalui testimoni demi testimoni yang dihantarkan selepas penggunaan produk.


Sendiri pakai sendiri tahulah kan? Komen tambahan Farah... kalau betul-betul berminat, tak rugi rasanya beli.

Untuk maklumat lebih lanjut: 


Laman Instagram Junn Outlet

What's App Kak Junn di:
013-9548783

http://www.hotshapers.com

Dengan adanya Hot Shapers ni, tiba-tiba jadi lebih bersemangat pula nak ikut suami ke gimnasium setiap hari untuk bakar lemak dan berpeluh dengan banyak setiap hari... Ha ha ha, jika sebelum ini selang sehari atau 2 hari... kini tiba-tiba rasa lebih rajin pula nak "workout"... *_^ 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Berpeluh 4 Kali Ganda & Bakar Lemak Bersama Hot Shapers Hot Belt!!!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, February 17, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. wahhh. semangat semangat kak farah ^^

    ReplyDelete
  2. Perghhh..cam tertarik je...hehehhe...best review farah...keep it up...baru follow ur blog...cantikkkkkkkk ye blog dia :)

    ReplyDelete
  3. Cool!! Meletops la DIVA sorang ni kang..

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tunggu parcel sampai..huhuuu

    ReplyDelete
  5. Alahai, lemah tengok review macam ni, nak merasa tapi takut pulak tulang patah hihi, btw chaiyok2 kak Farah! :D

    ReplyDelete
  6. kalau fiza ni pakai sekejap dah rimas..adesh =__='

    ReplyDelete
  7. Wah..menarik... Mcm blh buat gift utk suami.. Hehe

    ReplyDelete
  8. menariklah kak..teringin nak beli

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY