Home » , , , , , , , » Slot Samarinda TV3 Zahira : Errrr...Bila Nak Habis Ni?

Slot Samarinda TV3 Zahira : Errrr...Bila Nak Habis Ni?

Sumber dari Google
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... Heee...gembira ni gembira...tapi sebab apa dan kenapa...biarlah rahsia...teeet.... Ok sambung cerita sebenar kepada entri ini dari merepek merapu meraban panjang panjang... 

Ini yang malas ni bila mula ikut satu-satu drama bersiri ni... kenapa? Sebabnya... huwaaa...terjebak lepas tu emosi... Dah banyak dah entri-entri sebelum ni yang mengisahkan betapa emosinya Farah bila mengikuti dan menonton drama bersiri tu...#ehhh jap fikir...banyak ek? Rasanya banyak jugaklah dah bebel... 

Sebelum apa-apa, walaupun ramai yang dah tau sinopsis cerita Slot Samarinda TV3 yang berjudul Zahira ni... Farah tak kira, nak jugak kongsi... ha ha ha... dipetik, dipinjam, ditampal dari sumber di SINI

ZAHIRA, sebuah drama bersiri terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd ini membariskan para pelakon handalan seperti Adi Putra, Zara Zya, Bea Balqis, Ryzal Jaafar dan Fazreen Rafi. Ianya menyelami keikhlasan hati dan perasaan cinta sejati antara sahabat dan kekasih. Dalam kehidupan ini, kita diduga dengan pelbagai permasalahan dan semuanya dapat diselesaikan dengan usaha, jujur dan keikhlasan. Begitu juga yang terjadi dengan Zahira, seorang gadis yang mempunyai ijazah sarjana muda jurusan kejuruteraan perisian, ditipu oleh kekasih hatinya demi untuk mendapat pekerjaan. 

Cinta itu buta…dan sebab itulah Zahira tidak pernah mengendahkan nasihat daripada sahabatnya Amira supaya berhati-hati dengan kekasihnya. Bagi Zahira, Sufian merupakan keutamaannya di samping ibu angkat yang telah menjaganya sejak kecil iaitu Mak Ani. Selain impian Zahira ingin mengahwini Sufian, dia juga bercita-cita untuk mendapat pekerjaan dan membantu mengurangkan beban Mak Ani dengan membayar hutang keluarga mereka. 

Selepas tamat pengajian, Zahira dan Sufian berusaha mencari pekerjaan. Suatu hari, Zahira ditawarkan pekerjaan di syarikat kejuruteraan Datuk Othman iaitu Intellect Sdn Bhd, dan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga. Sehari sebelum temuduga itu, Zahira telah berkongsi perisian yang diciptanya kepada Sufian. Ini membuatkan Sufian merasa cemburu dan mencuri ciptaan tersebut tanpa pengetahuan Zahira.

Keesokan harinya sewaktu ditemuduga, pihak pengurusan memaklumkan bahawa Zahira sememangnya memiliki ciri-ciri pekerja yang mereka cari. Akan tetapi, seorang lagi calon yang ditemuduga sudah membentangkan idea sama yang dikemukakan Zahira. Zahira bertambah hairan memandangkan perisian yang diciptanya itu sememangnya baru dan tidak terdapat di pasaran lagi. Apabila ditanya siapakah calon tersebut, Zahira amat terkejut apabila mendengar nama Sufian. Ini membuatkan Zahira benar-benar kecewa! Apatah lagi apabila mendapat tahu Sufian diterima bekerja di sana dan kini Zahira pula yang menganggur! Setelah berjaya, Sufian mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Lebih kecewa apabila mendapat tahu syarikat tersebut semakin berjaya dengan perisian ciptaannya yang dicuri oleh Sufian! Kekecewaan itu menambahkan lagi semangat Zahira untuk mendapat pekerjaan kerana terutamanya dengan sokongan kawan baiknya Amira dan Mak Ani. Tanpa berfikir panjang, Zahira mencuba nasib dalam bidang perhotelan. Pada hari sesi temuduga itu, Zahira terlambat dan tidak berjaya bertemu dengan penemuduga iaitu Syed Iqbal Hakim, seorang yang mementingkan disiplin. Syed Iqbal telah memberitahu pengurus hotelnya agar jangan terima sesiapa yang lambat termasuklah Zahira. Perwatakan Zahira yang ceria dan sangat pandai mengambil hati pengurus hotel membuatkan dia diterima bekerja tanpa pengetahuan Syed Iqbal. 

Ok ok, baiklah itulah sinopsis dia... tapi cepat-cepat sikit boleh tak sampai ke penghujung cerita ni...wakakaka... suka layan lepas tu emosi... errr... apakah? tak suka konflik dalam drama-drama...tak suka perkara yang kadang-kadang rasa macam duhhh.... macam Zahira ni lah... awatlah "blur" sangat...muahahahaha... tak suka tapi tengok jugak sebab suka...haaa faham tak? faham kan perasaan tu... Jadinya sampai sekarang tak puas hati sebab cerita tu tergantung setakat semalam... ha ha ha...kalau boleh nak cepat-cepat laju jer jalan kasi pukul habis "uolss"... tak sabar nak tengok pengakhirannya... huh? ini betul-betul emosi ni...

Tapi macam yang diperkatakan oleh seorang kawan di Facebook lah...itulah yang penerbit dan pengarah nak... Maknanya mereka berjaya! He he he... 

Udah sampai sini aja dong buat sekarang... makan "time"... ekekekeke... Selamat menjamu selera semua! 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Slot Samarinda TV3 Zahira : Errrr...Bila Nak Habis Ni?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, January 9, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

11 comments:

  1. kak farah tak lama dah nak habis cerita ni. nani pun dok layan jugak . sanggup tau tahan mata nak tengok zahira ni. bhahahha :P

    ReplyDelete
  2. tak ada masa nakk layan cerita samarinda lagi, hurmm

    ReplyDelete
  3. Kakak tak mengikuti sangat tapi malam tadi punya kakak ada tonton.
    Baru kakak tahu kisah awalnya bila baca sinopsis yg Farah buat..

    ReplyDelete
  4. sama la kita..saya ni pun terjebak dengan zahira sejak episod pertama lagi..saya ni susah nak tengok drama bersiri macm ni sampai tak lepas satu episod pun..kalau drama aain..masuk episod ke tiga boring dah.,terus tinggal je..ehhehe

    ReplyDelete
  5. hehe. PG memahami perasaan farah :)
    sebab memang tak sabar nak tengok minggu hadapan. hehe.
    psst..perasan sungguh melayan perasan, sepanjang wayang, senyum je. haha.

    ReplyDelete
  6. nadia pon suka tengok..tp sangat berharap iqbal n zahira bersatuu...aummm

    ReplyDelete
  7. Follow juga cerita ini, memang best. Tapi bila tengok emosi kita melampau2. haha..Tak sabar nak tunggu penghujung cerita Encik Iqbal & Zahira. Cepatlah habis. :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia