Rawat Lebam & Bengkak???

Sumber dari Google
Lebam dan bengkak tu sangat sinonim dengan anak-anak yang sudah mula melasak. Terutama yang mempunyai anak lelaki lah kan? Sekejap masuk bawah meja makan, sekejap bawah kerusi, sekejap panjat sana, sekejap panjat sini. Phewww... memang anak-anak ni beri peluang pada ibu-ibu masing-masing untuk bakar kalori dan lemak berlebihan di dalam badan. Agagagaga... 

Di usia-usia anak-anak sedang "naik" dan melasak, memang sekurang-kurangnya sekali mesti ada sama ada lebam ataupun bengkak. Hurmm... tipulah kalau Farah kata Ash tak pernah benjol dahi dia kan? Sekali jer...sekali tu jer di tahun 2014 yang lepas. Hua hua hua, tu pun sebab Farah tak sempat sampai sebelum kejadian. Tapi tak adalah serius mana pun... sikit ajer... Selepas pada tu, memang duduk menghadap dia jerlah dan tak pernah terlepas pandang sekali pun. Alhamdulillah... akan datang ni tak taulah pulak... Hu hu hu... Kalau bolehnya, janganlah jadi lagi. Berderau darah rasanya. 

Apa yang Farah lakukan adalah... cepat-cepat ambil kiub ais dan tekapkan di dahi yang benjol tu. Phewww... laju jantung Mummy berdegup tau tak Ash? Dia? Dah tentu-tentulah ligat menangis. 

Sedikit peekongsian dari sumber di SINI...

Malang sememangnya tidak berbau. Anak kecil kita sentiasa terdedah kepada sebarang kemalangan yang tidak diduga pada bila-bila masa. Oleh itu sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa bersedia dengan ilmu dan pengetahuan untuk sebarang rawatan kecemasan bagi meredakan kesakitan yang dialami dengan segera.

Masalah lebam dan bengkak boleh terjadi kepada kanak-kanak kecil semasa mereka bermain. Lebam timbul apabila suatu pukulan atau jatuhan menyebabkan pendarahan dalam tisu di bawah kulit yang menghasilkan bengkakan dan perubahan warna. Lebam biasanya pudar secara beransur-ansur dan hilang selepas tempoh seminggu.

Masalah lebam dan bengkak boleh berlaku sekiranya jari anak kita tersepit pada pintu atau tingkap atau sesuatu yang berat jatuh ke atas kaki atau tangannya. Kita hendaklah memegang bahagian yang tercedera di bawah air sejuk yang mengalir selama beberapa minit.

Jika bahagian yang tersepit menjadi sangat bengkak atau masih berasa sangat sakit selepas kira-kira setengah jam, bawa anak kita ke hospital.

Bagi masalah bengkak atau lebam yang dialami di bahagian kaki akibat jatuh atau terhempap sesuatu objek, pegang sekeping pad yang diperah di dalam air yang sangat sejuk atau ketulan ais yang dibalut dengan sehelai kain lembap, pada lebam tersebut selama kira-kira setengah jam. Ia sepatutnya membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak.

Tetapi sekiranya anak kita masih lagi berasa kesakitan atau jika anggota yang lebam itu berasa sakit apabila digunakan, terutamanya jika bengkaknya serius, periksa sebarang tanda sama ada sendi itu tergeliat atau tulang mengalami masalah patah. Segera bawa berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.

Lebam, bengkak dan benjol bukan perkara yang boleh dipandang remeh sebenarnya. Macam Ash... sekarang ni dah tentu-tentu lasak... memang risaulah kan? Lagi-lagi dalam fasa sibuk nak berdiri sendiri lepas tu terduduk atau tergolek sendiri... Rasa macam nak letak permaidani di seluruh lantai rumah jer... hu hu hu... setakat ni belum ada lebam, bengkak dan benjolan lagilah pada dia, sebab sama ada Nek Ma Ash atau Farah sendiri akan sentiasa ada berdekatan dengan dia dan pantau dia... Kalau boleh tak maulah, tapi kalau nak terjadi, siapa kita nak jangka apa yang Allah dah tentukan ye tak? Cuma selagi boleh elak, Farah cubalah elakkan... 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Rawat Lebam & Bengkak??? , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Monday, January 12, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

9 comments:

  1. hero nak membesar..tapi kalau asyik jatuh je mau tak risau ye dak..

    ReplyDelete
  2. sangat berkesan guna kiub ais tu kan :)

    ReplyDelete
  3. nani selalu mata lembam sebab tak cukup tido. hahaha :P

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    singgah sebentar disini
    sory sangat2 anum baru masuk kerja hari ini
    bz day

    ReplyDelete
  5. Kalau diam je bahaya pulak budak2 ni. Tapi bila melasak, hahaha semua ibu memahami perasaan anak yg tengah melasak. Sabar jela. Berdoa yg baik-baik. Dan alert dengan keadaan sekeliling. Kadang depan mata pon boleh sakit.

    ReplyDelete
  6. Ibubapa mna yg x risau klau anknya jatuhkan

    ReplyDelete
  7. Zumal pernah tengok ada parent yang tak ambil kisah anak bermain, kita yang nampak nie lagi risau takut anak-anak dorang jatuh ke, luka ke... Bahaya kalau tiada pengawasan...

    ReplyDelete
  8. Adoi dah lama tak bengkak lebam ni
    Hati je yg bengkak ni acane ni kak farah kikiki

    ReplyDelete
  9. Hi farah wahida..boleh pm no fon awk x? Ade sesuatu nk tanya.tq

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY