Home » , , , , , , » Kadar Baru Passport Malaysia Terkini 2015...

Kadar Baru Passport Malaysia Terkini 2015...


Yoooo!!! Baru jer hari tu soh seh soh seh kata nak "renew" passport Farah di dalam entri di SINI... tiba-tiba Alhamdulillah, berita terkini yang diterima pagi ini dari HotFM mengatakan bahawa ada kadar baru passport Malaysia... Jeng jeng jeng jeng... "I like to move it, move it, I like to move it, move it"... Ha ha ha...suka macam orang yang layak dapat BR1M dan orang kerja kerajaan yang dapat bonus semalam jer... Melampau betul... 

Melalui sumber di SINI


Satu notis arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia memaklumkan bahawa kadar bayaran membuat atau memperbaharui passport untuk tempoh lima tahun bagi warganegara Malaysia adalah sebanyak RM200.

Kadar bayaran baharu tersebut menyaksikan pengurangan sebanyak RM100 jika dibandingkan dengan kadar harga terdahulu iaitu sebanyak RM300.

Dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun, pasport untuk tempoh sah selama dua tahun telah dimansuhkan.

Sehubungan itu, hanya Pasport Malaysia Antarabangsa tempoh sahlaku lima (5) tahun sahaja yang akan dikeluarkan dengan kadar bayaran seperti lampiran yang disertakan dibawah... 


Harga baru ini akan berkuatkuasa mulai 15 Januari 2015.

Menurut notis yang sama, bayaran pasport untuk warga emas, kanak-kanak di bawah 12 tahun dan jemaah haji dikenakan bayaran sebanyak RM100 berbanding kadar asal iaitu sebanyak RM150.

Sementara itu, bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak dikenakan bayaran untuk perkhidmatan tersebut.

Apa lagi teman-teman? He he he... Yuk kita buat atau "renew" passport beramai-ramai? Jom jalan-jalan makan angin jom? 

*Ok, "got to go for now" ada MD Huddle pagi ni pukul 9.00 pagi... Daaaa... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kadar Baru Passport Malaysia Terkini 2015... , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, January 16, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

14 comments:

  1. hihihi..baru tadi kawan whatsup..ingatkan fakta tu tak betul...bila tgk farah bgtau ni..sah lah ya..hiiih...saya blum ada apsport...nk buat lah..hiihih..tp tk tau nak g mana ^__^

    ReplyDelete
  2. tunggu tiket flight murah pulak ni. haha

    ReplyDelete
  3. Blh la lya buat paspport suda mcm ni

    ReplyDelete
  4. yeahh!! alhamdulillah..
    zaza pun nak kena renew passport hihihi.. lega tempoh selama 5thun utk RM200 je :)

    ReplyDelete
  5. bolehlahh renew passport lepas ni. ^__^

    ReplyDelete
  6. Akak baru je renew minggu lepas, tetiba semalam turun harga..cisss

    ReplyDelete
  7. pasport dah lama mati..hehe..kene reniew gak ni sb ingt nak pegi brunei..

    ReplyDelete
  8. alamak...dah buat passport hari tu baru keluar berita ni.uhuhuhu...tapi ok la ni,lepas ni boleh renew passport,harga pun lagi murah.

    ReplyDelete
  9. Boleh ler jalan2 jauh skit nanti ... Mesti Ash suke nanti ...

    ReplyDelete
  10. Boleh la buat dh turun harga ni... Sy mmg xde passport lagi..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia