Home » , , , , , , , , » Ash Tertarik Dengan Candylicious, One Utama Shopping Centre

Ash Tertarik Dengan Candylicious, One Utama Shopping Centre

Sumber dari Google
Sebenarnya, kisah Beransur-Ansur Membeli Baju Raya??? adalah merupakan kali pertama Ash dibawa ke One Utama Shopping Centre. Sebelum ni memang Farah tak pernah bawa Ash ke situ disebabkan malasssss... Jalan sesak, "parking" sesak, orang pun "sesak" sentiasa... Kesian Ash... ^_^... Sunway Pyramid dia dah pernah pergi dah, KLCC dia dah pernah pergi dah, Setia City Mall dia dah pernah pergi dah, Empire Subang dia dah pernah pergi dah, Subang Parade dia dah pernah pergi dah... Errr, macam Mummy kena buat list jer mana yang dia dah pernah pergi dan mana belum... Yang belum tu nanti kita utamakan yer? *_^... Nak tawaf "shopping mall" apa kita ni Ash? Hik hik hik... 

Ada satu perkara yang sangat menarik perhatian Ash semasa berada di One Utama Shopping Centre tempoh hari... Apakah? Dia tertarik dengan kedai gula-gula... Candylicious... Hu hu hu, bila Mummy bergerak ajer dari kedai tu, dia menangis, bila Mummy bergerak ajer, dia menangis... Ahhh sudah... Yang dia nak berlegar-legar di dalam kedai tu... Baik punya pancinglah Candylicious ni.. 

Bukannya apa...dia tertarik dengan gula-gula atas "display" untuk dijual yang ada bermacam-macam warna (tak usahkan Ash, Mummy dia pun sama jugak...tertarik...ha ha ha...tapi nak membeli taklah... bukan apa tak larat nak makan manis-manis sangat banyak-banyak...)... dan yang paling dia suka mengakibatkan mata dia tak berkalih sedikit pun dari posisi penglihatan asal adalah.... 

Sumber dari Google
Pokok gula-gula ataupun "candy tree" ini... Kemain asyik dia memerhati...agaknya dalam hati dia... "becarnya "candy" ni... agak-agak Mummy beli tak?"...bha ha ha... Tak larat Mummy nak beli pokok gula-gula ni Ash... kalau wujud pun untuk dijual... kalau beli, habis bersemut rumah nanti kalau letak pokok ni... Tak habis-habis tangan dia menunjuk ke arah pokok gula-gula tu... Obsesi seorang kanak-kanak yang teruja kaedahnya...Biasalah tu kan? 

Oh ya! Gambar Farah terpaksa pinjam dari Google yer kawan-kawan sebabnya sambil dukung anak sambil nak ambil gambar gunakan tablet sangat tak praktikal kot? 

Dan tadi semasa terlintas nak taip entri ini... saja belek-belek laman web rasmi Candylicious di SINI


Laman web pun warna warni "uolss"... memang tertarik dan menariklah tengok... Hurmm...info dari laman web mereka rupa-rupanya gula-gula di Candylicious dan juga produk-produk lain di Candylicious ada yang halal dan ada yang tidak. Errrr...tak percaya ke? Ingat Farah tipu ke? Cuba klik SINI ke laman web rasmi mereka, dan cuba klik di "Candy"... Di situ ada senarai gula-gula dan dimulai dengan Halal Candy, yang mana pada Farah secara logiknya ia membezakan gula-gula yang halal dan gula-gula lain yang tidak halal. Dan cuba pula klik pada Chocolate... ada disenaraikan juga Alcohol Chocolate. Jadi, jangan main boh beli jer dan seronok-seronok sebab tempat tu cantik yer... 



Ke Farah yang salah? Kalau Farah yang salah harap dimaafkanlah yer... Yerlah kami-kami ni sebagai orang Muslim pastinya ada "concern" kami tentang isu HALAL makanan ni yer tak? Kalau nak beli atau makan apa-apa di Candylicious tu silalah tanya dulu HALAL ke tidak. Tanya dulu apa kandungannya... Ok ok mungkin nampak kekampungan sikit bagi sesetengah orang cara ni... Tapi rasanya tak ada yang salah kot? 

Farah ni mungkin terlebih teliti sampai siap belek-belek laman web Candylicious sebab kekononnya nak kaji latar belakang mereka. Jujur, memang Farah pernah membaca di sana sini tentang Candylicious ni, tapi baru pertama kali macam Ash jugak ke sana...Ekekekeke.... Memanglah masuk kedai tu macam Willy Wonka... tapi entah kenapa Farah lebih suka kenal dengan kedai dulu sebelum beli produk... Kita beli produk yang kita faham, kita tahu dan kita kenal isi kandungannya kan? Tak naklah ada rasa ragu-ragu pulak... Jangan salah faham yang Farah nak menjatuhkan ataupun apa...Cumanya... semasa membelek-membelek laman web mereka terjumpa perkara-perkara ini. Ataupun laman web itu dijanakan untuk laman web antarabangsa dan produk-produk di Malaysia sememangnya halal ke, kita tak tau kan?

Cop!!! Farah tak fitnah ek? Sebab memang tergoda dengan deco menarik baq hang kalau masuk kedai tu... Tanya pada mereka tak pun semak dengan JAKIM ke? Yang lebih afdal... Kot kot memang dah dimasukkan dalam senarai HALAL. Tak perlu "uolss" nak terperanjat sangat bila Farah cerita penemuan Farah ni... Cumanya... hati-hati...Itu sahaja... Tidak lebih dari itu... 

Mesej di sebalik menceritakan keterujaan Ash tentang dekorasi di Candylicious... Pastikan apa yang kita teruja tu HALAL... Errr...he he he... Makan, telan kalau yakin... Tak perlu kalau ragu-ragu...Begitulah... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Ash Tertarik Dengan Candylicious, One Utama Shopping Centre, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, January 27, 2015.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

10 comments:

  1. wah kalau ida lari dulu kang anak nk suruh beli.hehhehe

    ReplyDelete
  2. teruja tengok candylicious yang besar warna warni tu kot..
    dari was² better tanya pada JAKIM terus ataupun xyah makan :)

    ReplyDelete
  3. colorful tu yg dia excited sgt tu..:)

    ReplyDelete
  4. memang teruja bila masuk kedai ni..hahaa..nad pun suka..oo ade yang tak halal erk..

    ReplyDelete
  5. dah berwarna warni gitu makcik2 Ash yang baca ni pun semua telan air liur nampaknya..hahahah

    ReplyDelete
  6. suka tengok coklat dia yang besar gedabak tuu. hehehe :D

    ReplyDelete
  7. ash ke mummy yang melekat ni ehhehehhee

    ReplyDelete
  8. Budak2bila tgkcolour yang cantik2 tu buat diaorg tertarik tu Farah ..Tapi kalau ada yang HALAL dan TAK HALAL susah gak tuu takut terbelki yang TAK HALAL..Huhuhuhu..

    ReplyDelete
  9. syira pernah pergi sekali...masuk ambil gambar je..beli takk..heheheeh

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia